"Orang dahulu berjuang, pertama hilang, kedua terbilang, tetapi orang sekarang berjuang, pertama cari menang, sudah menang cari wang, dapat wang jatuhkan orang,hidup di awang-awang, akhirnya jatuh terlentang". ~Tan Sri Abdul Aziz Tapa
Jumaat, 23 April 2010
KEMUNGKARAN PKR YANG PATUT ANDA KETAHUI
DI PETIK DARI LAMAN BLOG PANGLIMA CYBER.
1).JANJI BOHONG 16 SEPTEMBER- Pada 16 September 2008 Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Malaysia di Stadium MBPJ Kelana Jaya dikhabarkan bahawa tarikh pembentukan ‘Kerajaan Baru Malaysia’ tetapi tidak berlaku seperti yang dijanjikan.
- Dato’ Seri Zahrain Hashim Ahli Parlimen Bayan baru (bebas) menyatakan : Kami disogok cerita kononnya Panglima Angkatan Tentera dan angkatan tentera memberi sokongan pembentukan kerajaan oleh Pakatan Rakyat yang diketuai oleh ( Ahli Parlimen) Permatang Pauh.
- Mereka juga diberitahu bahawa Yang Dipertuan Agong sedang menunggu di istana untuk mendapatkan kenyataan jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional yang akan melompat (30) orang bagi membolehkan pihak pembangkang membentuk kerajaan.
- Hakikatnya tiada pun jumlah 30 orang ahli parlimen yang akan melompat parti, Panglima Angkatan Tentera Malaysia turut menafikan pembabitan mereka dan Yang Dipertuan Agong juga menafikan dakwaan itu bila ditanya oleh YAB Perdana Menteri.
2).TIDAK CEKAP TADBIR NEGERI- Kerajaan Negeri Selangor gagal mengotakan janji untuk mengutip hasil pasir negeri bernilai RM 150 juta pada tahun 2009. Ia disebut dalam ucapan bajet Menteri besar pada tahun 2009.
- Ketika pembentangan bajet 2010 pada November 2009 MB menyatakan sehingga 21 Oktober 2009 hasil royalty pasIr yang diperolehi hanya berjumlah RM 4,678,021.84.
- Ini bermakna Kerajaan Selangor hanya mencapai 3% dari jumlah sasaran asal berjumlah RM150 juta. Satu jumlah yang menunjukkan kelemahan ketara kerajaan pimpinan Menteri Besar Dato’ Seri Khalid Ibrahim
3) MEMBAZIRKAN WANG RAKYAT- Kerajaan Selangor tidak bermoral dan beretika apabila membeli hutang daripada syarikat korporat Talam Corporation menggunakan wang rakyat.
- DUN Selangor telah meluluskan bajet tambahan berjumlah RM392 juta untuk membeli hutang Talam Corporation.Ia sangat tidak bermoral kerana mengambil alih hutang swasta menggunakan wang Kerajaan Negeri yang diperolehi dari cukai yang dibayar oleh rakyat.
- Sedangkan pada masa yang sama mereka menekan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang berjuang membasmi kemiskinan dengan merampas tanah milik YBK.
- Pengambil alihan hutan ini menggunakan kaedah ‘round-tripping’ iaitu ‘ Syarikat menjual asset yang tidak digunakan kepada syariikat lain, dan pada masa yang sama setuju untuk membeli kembali asset yang sama atau yang bersamaan nilainya pada harga yang sama ‘
- Bekas Setiausaha Agung Agong PKR Datuk Salahudin Hashim mengkritik pembelian ini dengan mengatakan ‘ ini adalah muslihat lama yang digunakan oleh penyangak-penyangak dalam sektor korporat ( this is an old trick used by the crooks in the corporate sector )
4) ZALIMI RAKYAT MISKIN- Menteri Besar mengenakan syarat beliau dilantik dan diberi tiga kerusi Pemegang Amanah untuk meluluskan Kampus UiTM di Serendah.
- Beliau merampas tanah YBK yang digunakan untuk pembinaan kampus UiTM tersebut selepas syarat beliau tidak dipenuhi. Meskipun tunggakan cukai telah dilunaskan oleh Yayasan Melaka dengan persetujuan Bendahari Negeri Selangor sebelumnya.
- Tindakan ini sangat zalim dan tidak berperi kemanusiaan kerana Akta Tanah Negara membenarkan 4 pihak termasuk bukan pemilik tanah untuk membayar apa-apa cukai bagi pihak pemilik tanah.
- Keseluruhan cukai yang dipulangkan ialah RM 6.9 ( RM5.7 + RM 1.2 )
- RM 1.2 juta adalah cukai yang dibayar sebelum ini
- Tindakan memulangkan wang cukai yang dibayar adalah tidak patut sama sekali kerana ia boleh digunakan untuk manfaat rakyat
- Jelas Kerajaan Negeri Selangor telah menindas Yayasan Basmi Kemiskinan dengan merampas tanah untuk pembinaan Kampus UiTM sedangkan dalam masa yang sama telah meluluskan RM 392 juta untuk membeli hutan syarikat Talam Corporation
5) JANJI-JANJI PALSU PAKATAN RAKYAT- Banyak janji janji yang ditabur semasa PRU 12 gagal ditunaikan oleh Pakatan Rakyat khasnya di Selangor
- Antaranya gagal menurunkan cukai taksiran 20% seperti yang dijanjikan dengan alasan ekonomi yang tidak mengizinkan.
- Bekas pelajar UiTM Mohad Shaid Rosli, 25 tahun dari Simpang Tiga, Ijok membuat laporan polis kerana mendakwa tertipu berikutan kegagalan kerajaan campuran PKR DAP dan PAS negeri Selangor menunaikan janji dalam manifesto pilihan raya.
6) EKONOMI MAKIN MERUDUM- Meskipun Kerajaan Negeri telah mengumumkan pakej ransangan ekonomi meliputi 5 projek dengan jangkaan perbelanjaan melebihi RM 50 bilion melalui pembiayaan swasta.
- Walau bagaimanapun jumlah tersebut tinggal angka sahaja tanpa sebarang pengumuman lanjut tentang status projek yang diumumkan.
7) MONOPOLI INDUSTRI PASIR - Kerajaan Negeri telah menimbus lubang rezeki rakyat apabila industri pasir telah dimonopoli oleh syarikat tunggal iaitu Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) untuk menguruskan pasir dari tanah-tanah kerajaan negeri.
- Ia menjadikan KSSB tidak kompetitif, tidak telus dan bertanggungjawab serta menutup peluang rakyat menjana pendapatan dari industri pasir.
- Lebih memburukkan ialah KSSB turut mengawal kutipan doket pasir yang dahulu diuruskan Pejabat Tanah Daerah. Pihak swasta telah ambil alih peranan kerajaan. Ia telah mendedahkan amalan rasuah dan penyelewengan.
8) GAGAL MENGURUSKAN HASIL PASIR - Kecurian pasir masih berlaku di belakang kampus Unisel, Lembangan Sungai di Kuala Langat dan Dengkil di Sepang.
- Ada laporan polis dibuat berhubung kecurian pasir menggunakan lori KSSB di mana KSSB merayu atas kompaun akibat ‘kesalahan mengeluar bahan batuan tanpa wibawa yang sah’ contohnya di Kuala Selangor
- SPRM telah menahan Setiausaha Sulit Exco Kerajaan Negeri bagi membantu siasatan berhubunga dakwaan rasuah melibatkan kelulusan kontrak perlombongnan pasir dan lawatan ke China.
9) PENCEMARAN AIR - Kawasan tadahan air Selangor telah dicerobohi oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan aktiviti pengoreka dan mencuri pasir contohnya Sungai Baranang yang mengakibatkan pencemaran di muka sauk Sungai Semenyih yang terpaksa ditutup beberapa bulan yang lalu.
- Julai 2009 TImbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator T.Murugiah mengarahkan lombong di Sunway Semenyih ditutup serta merta kerana mengakibatkan pencemaran di Sungai Medang, Hulu Langat.
10) PENGAMBILALIHAN HUTANG YANG MERAGUKAN - Kerajaan Negeri menggunakan mekanisme yang tidak ada semak dan imbang ( check and balance ) apabila membuat pembelian hutang oleh Selangor Industrial Corporation (SIC) yang tidak memerlukan kelulusan dari Kementerian Kewangan untuk membuat pinjaman dari CIMB yang membiayai pembelian hutang.
- Janggal sekali apabila tiada kos syarikat konsultansi dalam proses pengambilalihan dan penebusan hutang Talam Corporation seperti yang diakui oleh Menteri Besar.
- Sepatutnya ia disertakan dengan dokumen perjanjian dan yuran guaman. Difahamkan SIC perlu menanggung kos guaman dan konsultasi sebanyak RM 700 ribu.
11) TERNAKAN PROJEK BABI RM 100 JUTA - Projek pertama yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bawah Pakatan Rakyat ialah ternakan babi moden bernilai RM 100 juta. Ia menjadi hadiah pertama mereka kepada rakyat Selangor
- Ia jelas tidak menghiraukan sensiviti umat Islam yang memandang jijik haiwan tersebut
- Kerajaan Negeri telah menuduh pihak Barisan Nasional yang meluluskan projek tersebut apabila rakyat bangkit menentangnya walhal mereka berkuasa untuk menghentikannya.
- Malang sekali apabila ternakan babi tersebut diternak dengan tujuan untuk dieksport ke luar negara walaupun ia telah mencemarkan air sungai dan mengguris hati rakyat.
12) TERNAKAN LEMBU/KAMBING DIANAKTIRIKAN - Penternak lembu dan kambing di Selangor yang mengalami kerugian akibat kematian hampir 300 ekor lembu disebakan empangan pecah di lembah sungai Tua di Ulu Yam telah berhimpun pada 9 September 2009 di hadapan pejabat SUK Selangor
- Mereka telah dianaktirikan dan tidak diberi pampas an sewajarnya atas kerugian yang dialami akibat insiden tersebut
- Mereka juga turut didakwa menternak secara haram walhal mereka mempunyai permit serta turut menjelaskan cukai kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
- Ini memperlihatkan sikap kurang prihatin Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat berhubung isu tersebut walhal sebelum itu mereka mendabik dada kononnya merekalah Juara Rakyat.
- Penternak menyifatkan ‘ kalau lembu pun tak boleh jaga bagaimana nak jaga rakyat ‘
13) KONSEP ‘PERTANIAN BANDAR’ YANG SALAH - Kerajaan Negeri mencadangkan program ‘ Program Pertanian Bandar ‘ (Urban Agriculture) yang membantu masyarakat bandar mengusahakan pertanian keliling rumah dan meringankan kos sara hidup dengan mendapatkan bekalan sayur-sayuran melalui usaha sendiri
- Konsep ini salah kerana perkata sebenarnya ialah edible landscape di mana individu dan suri rumah menanam sayur dan herba dalam pasu atau taman.
- Jika dikatakan pertanian di Bandar maka automatik kawasan tersebut akan dikategorikan sebagai luar Bandar kerana definisi Bandar ialah kawasan di mana aktiviti ekonominya tidak berteraskan pertanian.
- Jelas tahap intelektual Pakatan Rakyat sangat diragukan tahapnya kerana mereka telah gagal menunjukkan mengemukakan konsep yang betul untuk diaplikasikan kepada rakyat
14) TIADA WAWASAN - Kerajaan Selangor ketika di bawah Barisan Nasional telah membawa slogan ‘ Wawasan Selangor Maju 2005 ‘ di mana menampilkan 75 indikator pengukuran berdasarkan Modal Daya Saing Global yang menunjukkan Selangor adalah kompetitif.Kajian ini disediakan oleh NPC, UIAM dan UiTM.
- Hari ini, Pakatan Rakyat di Selangor masih lagi belum mengemukakan sebarang wawasan yang boleh dijadikan kayu ukur kepada pencapaian Selangor sebaliknya lebih menumpukan usaha kepada memburukkan kepimpinan Kerajaan BN sebelumnya.
- Tidak mustahil Selangor akan kembali mundur jika Pakatan Rakyat terus berkuasa dan diberi undi serta sokongan oleh rakyat yang masih belum sedar ‘kebenaran’ ini.
15) MB GAGAL MENGEMUKAKAN KPI EXCO SELANGOR - Ketika Kerajaan Barisan Nasional pimpinan YAB Perdana Menteri telah menetapkan KPI untuk barisan kabinet beliau namun Kerajaan Selangor ketika ini masih lagi belum menetapkan KPI anggota Exconya
- KPI adalah petunjuk prestasi untuk melihat adakah cekap atau tidak seseorang Menteri atau Exco yang dilantik dalam menjalankan tanggungjawabnya
- Kepimpinan yang cekap pasti mempunyai KPInya yang tersendiri bagi membuktikan mereka pandai mentadbir dan mampu memberikan apa yang dikehendaki oleh rakyat.
16) PERPECAHAN KALANGAN EXCO - YB Azmin Ali Adun Bukit Antarabangsa sewaktu siding DUN telah menempelak Exco yang gagal atau tidak layak memegang jawatan dan mencadangkan mereka diganti.
- YB Teressa Kok telah melatah dan menyarankan Azmin Ali dipecat dari Kelab Penyokong Kerajaan.
- YB Ronnie Liu juga turut melatah dan membidas Azmin Ali ekoran kenyataan pedasnya.
- Exco Selangor tidak menunjukkan prestasi yang baik ( contohnya isu SELCAT ) yang mana turut dibidas oleh YB Hassan Ali
- Isu campur tangan Exco Ronnie Liu dalam isu rampasan arak serta larangan menjual arak yang ditentang oleh beliau sehingga menimbulkan polemik hebat di dalam pentadbiran MB Khalid Ibrahim
17) BANGLO EXCO SELANGOR - Kerajaan Pakatan Rakyat pernah memberitahu rumah Exco yang dibina oleh BN adalah projek pembaziran
- Mereka memberitahu akan menjual rumah Exco tersebut atau dijadikan produk pelancongan
- Namun mereka telah menipu rakyat dan rumah tersebut telah digunakan oleh Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Selangor termasuk ditadbir oleh De Palma Hotel ( anak syarikat Kerajaan Negeri ) untuuk tetamu Kerajaan, pelabur dan orang kenamaan.
- Mereka menuduh projek tersebut satu pembaziran namun akhirnya mereka sedar bahawa projek tersebut bermanfaat untuk digunakan oleh Kerajaan Negeri khasnya agar Exco – Exco dapat berkhidmat dengan baik dengan lokasi penempatan yang dekat dengan Pusat Pentadbiran Kerajaan.
- Mereka telah terlajak kata dan tidak mahu menggunakan kemudahan ini kerana pernah pembinaan Exco ini telah dijadikan modal politik mereka untuk mengutuk Barisan Nasional.
18) ADUN DAN PEMIMPIN PKR KELUAR PARTI - YB Badrul Hisham Bin Abdullah Adun Pelabuhan Klang telah mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi ahli bebas selepas beliau disisihkan oleh pemimpin PKR dan tidak diberi bantuan peruntukan untuk melaksanakan projek untuk rakyat.
- Ini menunjukkan bahawa MB Selangor gagal menguruskan Adun PKR dengan baik sehingga menjejaskan keyakinan mereka terhadap parti dan mengambil keputusan untuk keluar dari PKR
- Konflik dalaman seperti ini turut melibatkan beberapa pemimpin dan ahli ahli yang lain yang tidak lagi percaya terhadap perjuangan PKR yang sudah menyimpang dari slogan asal mereka untuk membela rakyat
senarai lengkap 34 pemimpin PKR yang telah selamat meninggalkan Anwar Al Juburi di sini http://penembak-tepat.blogspot.com
19) PENGGANTUNGAN 5 ADUN BARISAN NASIONAL - Lima Adun BN telah digantung perkhidmata dan ditarik kemudahan elaun kerana didakwa menghina Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan , Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT)
- Ia melibatk mantam Menteri Besar Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo selama setahun dan Adun lain iaitu Dato Marsum Paing, Mohd Isa Abu Kasim, Dato’ Warno Dogol dan Dato; Mohamed Idris Abu Bakar selama 6 bulan
- Tindakan ini jelas penuh dengan politik balas dendam serta menunjukkan Pakatan Rakyat menipu dalam slogan perjuangan mereka menuntuk HAK KEBEBASA BERSUARA
- Ini juga jelas satu tindakan tidak berperikemanusiaan terhadap Adun BN yang digantung kerana sumber pendapatan mereka telah terjejas sehingga menyebabkan rakyat menderita.
20) PILIH KASIH - Isu SELCAT turut dikritik oleh YB Dato’Dr Hassan Ali yang merupakan Exco Kerajaan Selangor ekoran tindakan SELCAT yang memalukan penjawat awam seperti Pegawai Daerah. Ini kerana proses dijalankan secara terbuka dan telah mengaibkan pihak yang dipanggil mengadapnya
- Meskipun Dato’ Hassan Ali mengkritik SELCAT namun hingga kini beliau tidak dikenakan sebarang tindakan walaupun jelas kesalahan tersebut sama seperti yang dilakukan oleh Adun BN
21) SALAH GUNA KUASA MENTERI BESAR - Isu Menteri Besar yang meminta PKNS membiaya program korban lembu di kawasan yang diwakilinya di Parlimen Tun Razak telah dibongkarkan dan disiasat oleh SPRM.
- Ia menunjukkan MB telah menyalahguna kuasa untuk keuntungan politik beliau sendiri.
- Begitu juga isu kereta peribadi beliau ( LEXUS ) yang didakwa diselenggara menggunakan wang rakyat sedangkan ia tidak dibenarkan mengikut peruntukan perlembagaan Negeri.
- Ini kerana perlembagaan negeri menetapkan MB perlu menggunakan kereta rasmi untuk menjalankan tugas beliau sebagai MB dan tidak boleh sesekali membuat tuntutan penyelenggaraan untuk kereta peribadi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan