"Orang dahulu berjuang, pertama hilang, kedua terbilang, tetapi orang sekarang berjuang, pertama cari menang, sudah menang cari wang, dapat wang jatuhkan orang,hidup di awang-awang, akhirnya jatuh terlentang". ~Tan Sri Abdul Aziz Tapa
Khamis, 8 April 2010
MEMAHAMI MINDA PERDANA MENTERI
Assalamualaikum....
Apabila selsai sahaja mendengar ucapan PM Najib di Konvensyen BN di Shah Alam baru-baru ini aku tiba-tiba hilang pertimbangan lalu menganggap PM Najib cakap tak serupa bikin,pengecut dengan Semi Value, tiada semangat kemelayuan, tiada perjuangan UMNO, Pengkhianat rakyat hulu selangor dan macam-macam lagi kerana marah PM Najib mengumumkan Kerusi P094 bakal di serahkan kepada MIC.
Setelah hampir 2 hari 2 malam aku berdukacita akhirnya aku akui dan akur bahawa PM DS Najib BIJAKSANA DALAM TINDAKKANNYA.
Kenapa aku tiba-tiba sahaja berpusing 360 darjah?.
1. Aku cuma rakyat biasa yang tidak sampai pemikiran seperti PM.
2. Jika aku bimbang P094 kembali kepada PR, aku rasa PM Najib lagi bimbang.
3. Aku cuma berfikir untuk menang P094 mesti letak calon UMNO, sedangkan PM Najib berfikir meletakkan calon UMNO akan lebih huru hara biarpun calon UMNO itu menang kesan huru -haranya akan berpanjangan mungkin sampai PRU 13 atau mungkin lebih buruk akan sampai bila-bila hingga kiamat,andaian aku PM Najib mungkin telah mengkaji mendalam, menang atau kalah p094 tidak membawa apa-apa erti kepada struktur pemerintahan kerana satu kerusi ini tidak dapat menjatuhkan pembangkang dengan TKO dan kalau menang pun tidak juga menambah jumlah kerusi hingga 2/3 parlimen. Jadi kalau kalah pun kalah pada kerusi yang memang milik pembangkang.Jika menang MIC bermakna BN telah di terima oleh rakyat.satu bonus buat BN. Jika kalah MIC harus di bubarkan kalau semi value tidak mahu berhenti jadi presidennya.Maka semua orang India yang menyokong kerajaan akan di minta untuk menyokong PPP,Makkal sakti,Parti India Malaysia Bersatu dan banyak lagi parti kaum India yang di tubuhkan semata-mata tidak dapat menerima dan di terima dalam MIC oleh semi value ini.Intipatinya MIC menang Semi value akan turun,MIC kalah Semi value lagi cepat turun Semua orang India akan bersatu lagi menghadapi PRU ke 13. Harapan Najib di PRU 13 nanti tiada lagi liabiliti untuk BN.
4.Aku fikir PM Najib tak letak calon melayu dari UMNO di P094, PM Najib bodoh, sebenarnya PM Najib tidak bodoh!! Dia mewarisi kebijaksanaan bapak dia. Dia ambilalih teraju BN dlm keadaan yang teruk sebab kebodohan Pak Lah terlalu mendengar nasihat al-menantunya. PM Najib sedang membina momentum rakyat untuk percaya & sokong BN balik denga teras '1Malaysia'. Kalau letak calun UMNO umpama lari dari teras. Yang penting BN mesti menang RU13. Untuk itu sekali lagi UMNO kena berkorban dan kita sendiri akan lihat macamana penerimaaan org bukan melayu terhadap BN. Jika BN tak menang maka strategi PRU13. ialah melatakkan calon UMNO di semua kawasan majoriti melayu dan kawasan-kawasan yang kita boleh menang besar, waktu itu parti komponen lain terpaksa akur kepada konsep ketuanan pula.
5. Aku fikir kalau letak Calon MIC, yang kena kerja kuat ialah orang UMNO dan memang orang UMNO lah yang bersunguh-sungguh bekerja pada setiap kali PRK atau PRU. Tapi aku rasa PM Najib tak fikir macam aku fikir,tentu dia telah mengarahkan MIC untuk bekerja mati-matian supaya bukan sahaja menang P094 malah berpeluang untuk mempertahankan kerusi yang kalah pada PRU 12. Kalau MIC tak kerja mati-matian dan di takdirkan MIC kalah P094 maka harapan untuk dapat balik kerusi yang kalah pada PRU 12.Hancussss.
6.Aku ingat PM Najib hanyut dalam Konsep 1Malaysianya kerana mengumumkan MIC kekalkan kerusi p094. Tapi ternyata aku yang salah PM Najib lebih BIJAKSANA dari aku.
Konsep 1 Malaysia lah yang akan kembalikan kekuatan UMNO. Bila BN sudah di terima semua rakyat maka UMNO akan menjadi payung mahkota.
7. Aku fikir PM Najib takut dengan 19% pengundi India di Hulu Selangor sebab itu dia umumkan MIC kekalkan kerusi di Hulu Selangor,ternyata tuduhan ku melesst,jauh panggang dari api, PM Najib tak lihat pun angka itu, PM najib lebih melihat 40% jumlah pengundi yang bukan terdiri dari orang melayu untuk PRU 13.PM Najib lebih lihat pengundi bukan melayu di SABAH dan SARAWAK yang tidak menjadi ahli UMNO.Ini lebih penting jika PM Najib letak calon UMNO di P094, sedikit sebanyak pengundi bukan melayu di Sabah dan Sarawak yang menguasai 70-85% jumlah pengundi akan berkecil hati atau paling tidak pun akan berkata bahawa PM Najib ialah PM untuk orang Melayu, bukan PM untuk rakyat Malaysia. INILAH PERKARA YANG PALING PM NAJIB TAKUT. Inilah huru-hara yang saya maksudkan.
8. Aku fikir BN dengan calon UMNO menang di p094, maka gagah dan kuatlah UMNO dan BN, tapi PM Najib melihat meletakkan calon UMNO di P094 mendatangkan kesan luka yang amat parah pada parti komponen lain dan rakyat bukan melayu, PM Najib melihat kalau letak calon Melayu UMNO di P094, sebab dan tujuan penubuhan UMNO perkara 3.6 "Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera".tak perlu lagi lah, kerana UMNO akan hanya menjadi parti yang memperjuangkan satu kaum sahaja.
Akhir sekali aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada ketua bahagian Aku Dato'Seri Khalid Nordin yang membalas SMS aku dengan kata-kata nasihat dan juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Ahmad Maslan yang tak jemu membalas SMS aku minta bertenang dan fikir dengan matang.Dan bloger House PK yang tembak aku sampai rabak.Terima kasih bro. Buat GAP dan DET aku masih lagi bersama mu...Melayu pertama, kemudian Malaysia, apa guna kita ada bangsa tiada negara,dan apa guna ada negara tiada bangsa.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
ape2 pon...kite trus berusaha menyatukan rakyat...memang xbleh disangkal lagi, DS Najib ambil alih tampuk pemerintahan dlm keadaan BN terumabang ambing...tp skit2, Najib dpt memulihkan keadaan...kite kene sokong ds najib..die tahu ape die wat...mungkin ader yg tersirat dlm setiap keputusan yg ds najib wat yg xdpt kite pikir lgsg....
satu tulisan yang dapat menyedarkan saya juga. terima kasih.
Catat Ulasan