Selasa, 20 April 2010

PRK Hulu Selangor :Isu-isu yang perlu di fahami - oleh Datuk Ahmad Maslan.

The Unspinners menerima SMS ini dari kawan-kawan. Dipercayai ianya datang dari YB Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO. Terima kasih kepada kawan-kawan dan Ketua Penerangan UMNO untuk maklumat ini. Isu-isu ini perlu ditulis dan dihebahkan oleh para pengusaha blog, penceramah dan pekerja kempen. Sebarang kesilapan dalam pengunaan bahasa adalah tanggungjawab kami. 1. Kejayaan Perdana Menteri mengilhamkan 1 Malaysia sebagai gagasan negara dicemburui Pembangkang lantas ditohmah macam-macam oleh mereka. 1 Malaysia tidak sama dengan mana-mana konsep negara lain sebab ada dua tema iaitu “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” berserta dengan dua lagi aspek iaitu Perpaduan dan juga Lapan Nilai Aspirasi. 2. Program Transformasi Kerajaan (Government Transformation Program atau GTP) adalah untuk manfa’at rakyat tanpa mengira kaum dari segi pendidikan, prasarana asas, kualiti hidup, pengangkutan bandar, banteras jenayah & rasuah (6 NKRA) 3. Model Ekonomi Baru (NEM) yang telah dilancar oleh Perdana Menteri berusaha tingkatkan pendapatan rakyat dari purata RM24 ribu kepada RM49 ribu setahun pada 2020 serta mengangkat negara agar berpendapatan tinggi. Pembangkang tidak boleh sokong idea ini sebab mereka sendiri bangkrap idea lain. 4. PKR sekarang makin tidak dipercayai oleh pemimpin mereka sendiri. Sehingga sekarang sudah sembilan (9) orang YB mereka keluar parti menjadi Bebas iaitu 2 ADUN Kedah, 1 ADUN Selangor, 2 ADUN Perak dan 4 Ahli Parlimen. Mungkin ada lagi yang akan menyusul. Apakah PKR maksudnya Parti Kian Rebah? 5. Pembangkang hanya menumpang pembangunan yang dibina oleh BN di negeri-negeri yang mereka perintah. Tiada pembaharuan ketara yang dibuat. Di Hulu Selangor segala kilang seperti Perodua, Tan Chong, kawasan perindustrian Rasa, MIEL Batang Kali, Jenjarum, Bukit Beruntung yang memberi berpuluh ribu peluang kerja untuk anak-anak dibina oleh BN. 50 sekolah rendah, 16 sekolah menengah, prasarana, hospital, klinik, masjid, bandar-bandar baru seperti Batang Kali, Bukit Sentosa, Bukit Beruntung dan Sg Buaya semuanya dibina oleh kerajaan BN. 6. Khalid Ibrahim rampas UiTM daripada dibina di Serendah dan merampas peluang pembangunan dan pekerjaan jika UiTM dibina di situ. Tindakan Khalid juga merampas peluang Yayasan Basmi Kemiskinan untuk meningkatkan lagi kerja kebajikan yang dirancang. Sebaliknya Perdana Menteri janji jika negeri Selangor ini ditawan semula oleh BN, maka UiTM akan dibina semula di Serendah. 7. Selangor cacamerba di bawah pembangkang. Jawatankuasa tender tak telus, pelaburan lembab, rumah urut dan penjualan arak bertambah didalangi Ronnie Liu. Exco lain bergaduh dgn Exco Hasan Ali, isu ladang babi, isu pindah kuil dan banyak lagi isu menjadi-jadi. Kerajaan Negeri janji jualan pasir akan mendapat hasil RM150 juta tapi yang dapat cuma RM5 juta. YB Khalid Samat dan YB Zulkifli Nordin bertelagah berkenaan kalimah Allah, ahli Exco Elizabeth Wong berbogel menjadi tatapan umum, UniSEL makin kurang pelajar, manifesto pilihanraya mereka tidak ditunai seperti dijanji, mereka janji nak turun cukai pintu 20% tidak jadi, RM1000 untuk anak masuk University pun tak jadi, juga tabung warga emas dan macam-macam lagi semuanya gagal. Khalid hanya jadi boneka jahat DAP. 8. Kes Anwar & Saiful tiada kaitan dengan kerajaan atau BN. Yang membawa kes ialah Saiful yang telah berani bersumpah di Masjid Wilayah, disaksi oleh bapa sendiri, rela dilaknat Allah swt, dunia & akhirat jika pengakuan dia diliwat Anwar tidak betul. 9. Pendedahan oleh YB Dato Seri Zaharin, kawan Anwar selama 30 tahun bahawa cubaan (palsu) rampasan kuasa 16 Sept 2008 adalah usaha jahat pembangkang untuk menjatuhkan negara ini dengan salah guna nama Agong / Panglima Angkatan Tentera, juga penipuan kononnya ada 30 MP lompat semuanya palsu. 10. Pembangkang guna fitnah diakui sendiri oleh YB Zulkifli Nordin yang dia diminta membuat sumpah palsu untuk kaitkan Perdana Menteri dengan Altantuya. Ezam akui dia tersilap menyokong Anwar. Fairus bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang akui agenda Bumiputera Pulau Pinang telah diketepikan. Anuar Shaari bekas SUS Anwar pula membuat kenyataan bahawa Mohd Azmin Ali kaya raya memegang saham syarikat tertentu. 11. APCO bukan syarikat milik Israel atau Yahudi. APCO ada 51 orang penasihat antarabangsa dari pelbagai negara. Pejabat APCO berada di 29 negara, berpusat di USA dan bukan di Israel. Mereka pakar perunding komunikasi antarabangsa dan bukan penasihat dasar negara Malaysia. Anwar akan dihadapkan ke Jawatankuasa Hak & Kebebasan Parlimen sebab berbohong di Dewan Rakyat dengan mengatakan APCO nasihat Ehud Barak & kaitkannya dengan 1 Malaysia. 12. Zaid Ibrahim seorang yang tidak setia kepada parti, dia menolak DEB, pernah saman PAS sebab PAS hendak laksana Hudud (tapi sekarang rela duduk semeja dengan Pas), pembinaan bangunan UMNO atas tanah UMNO menjadi isu yang melibatkan Zaid dan banyak perkara lagi. 13. P Kamalanathan 44 tahun ialah Ketua Penerangan MIC Malaysia. Beliau kelulusan daripada Edith Cowan University, Australia dan menjadi anak tempatan dari Rawang. Kamalanathan sangat hampir dengan penduduk Hulu Selangor, mempunyai masa dan tenaga untuk rakyat, fasih berbahasa Melayu, rajin turun padang dan boleh menjadi Ahli Parlimen yang komited untuk semua kaum. 14. BN adil kepada semua. Buktinya 53% pengundi Melayu di Hulu Selangor mendapat 50% daripada Wakil Rakyat (2 ADUN daripada 4 YB), 26% pengundi Cina dapat 25% wakil rakyat (1 ADUN daripada 4YB). Oleh itu memang wajar 19.3% pengundi India diberi 1 kerusi Parlimen di Hulu Selangor. Salam perjuangan dari Hulu Selangor Datuk Ahmad Maslan.

2 ulasan:

Kuda Perang berkata...

Satu lagi fitnah tambahan tidak berasas saat akhir terhadap Kerajaan Negeri Selangor demi menjatuhkan kredibiliti PR....hahaha

Unknown berkata...

Salam Perjuangan,

Kami dari Unit Media Wangsa Maju ingin mengucapkan syabas buat anda kerana pengendalian blog anda yang begitu menarik dan artikel2 yang tangkas dan berani.

Kami ingin menjemput anda mengunjungi blog kami di www.mediawangsamaju.blogspot.com dan berikan komen2 yg bernas di setiap artikel yang kami kemaskini.

Kami juga mengalu2kan penyertaan anda sebagai salah seorang follower di blog kami.

Kami telah link blog anda dalam senarai blog pilihan di blog kami.

Di harap kita dapat bekerjasama dengan lebih baik di masa akan datang.

Sekian.

AMAT
Crew Unit Media Wangsa Maju