Puak-puak pembangkang sibuk memukul canang kononnya dana BR1M adalah hasil pinjaman dari Bank Dunia, PM Najib selaku Menteri Kewangan menjelaskan Malaysia mempunyai  kekuatan ekonomi dalaman berikutan pentadbiran yang cekap sehingga  berjaya meningkatkan hasil negara sebanyak RM22 bilion tahun lepas  berbanding tahun sebelumnya.
Menerusi  program BR1M, yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 pada   Oktober lepas, bantuan kewangan RM500 akan diberikan kepada isi rumah  berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah bagi meringankan beban rakyat  berpendapatan rendah. Najib berkata walaupun kerajaan mengadakan program BR1M, defisit negara tidak meningkat malahan berkurangan.
   
Beliau berkata pembangkang juga cuba mencetuskan kontroversi dan memberi gambaran negatif kepada program kerajaan yang berjaya. "Tunjuk  bukti, kalau tak ada bukti jangan cakap saja. Kita tidak gentar. Kita  tidak takut kerana kita berdiri di atas kebenaran," cabaran dari PM Najib.
  

Tiada ulasan:
Catat Ulasan