Presidennya Pas ini menyatakan pendirian bahawa parti itu menyokong
mana-mana pihak termasuk umat Islam mengadakan kerjasama serta hubungan
dengan Yahudi. Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pendirian itu
dibuat selaras dengan prinsip yang dipegang parti itu mengenai kerjasama
dengan orang bukan Islam dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi dan
perdagangan.
“Yahudi adalah satu bangsa manakala Zionis adalah satu ideologi. Kita
menolak Zionis kerana ia satu ideologi yang meletakkan kefahaman bahawa
bangsa Yahudi adalah mulia dan menganggap bangsa lain adalah ‘goyim’
atau hina. Pengakuan itu turut didengari oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua DMPP, Siti Zailah Mohd. Yusof.
Komen MPG
Inilah Politik murahan PAS yang terdesak untuk merebut kuasa sanggup menghilangkn identiti perjuangan,kasihan orang kampung yang di perbodohkan yang masih percaya perjuangan PAS adalah perjuangan yang syumul.
Jelas pemimpin mereka menolak hubungan dengan UMNO parti yang ahlinya rata-rata beragama Islam berbangsa Melayu yang sebangsa dan seagama dengannya tetapi dengan Yahudi sanggup didakapnya, dengan DAP sanggup di Peluknya, dengan PKR sanggup di julangnya.
Menyokong UMNO dan BN di fatwakan sebagai Kafir, tetapi mereka bersekedudukan dengan Parti yang tidak menerima Islam sebagai agama rasmi di anggap halal.
PAS perlu melakukan tranformasi dalam partinya kalau mahu melihat parti itu menjadi parti alternatif kepada bangsa melayu dan umat Islam di tanah air ini, HJ.Hadi dan seluruh saf kepimpinan perlu di tukarkan, perlu di gulingkan. PAS perlu segera meninggalkan pakatan Syaitan antara PKR dan DAP. Pemimipin muda PAS perlu merampas kuasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan