Salam, tulisan MPG kali ini bukan nak menghentam juak-juak pembangkang tapi nak ajak juak-juak pembangkang yang sama agama dan bangsa dengan MPG, guna kepala otak sikt berfikir, jangan guna otak untuk menghentam kerajaan aje. Jangan sampai otak kau orang kering dalam tempurung kepala baru nak sedar.
Kau orang semua baca artiekl ini dengan hati terbuka dan lapang dada. Baca berulang kali tulisan yang di gariskan itu.
Guan Eng ketika temu ramah eksklusif begitu bersahaja apabila beliau menyatakan jika Parlimen mempunyai 222 kerusi, pihak pembangkang hanya memerlukan 100 kerusi sahaja.
“Secara terus terang saya katakan kita hanya memerlukan 100 kerusi di Parlimen dan ia sudah cukup memadai walaupun bilangan ini tidak membolehkannya pihak pembangkang membentuk Kerajaan Pusat.
“Saya mahu bertanya kepada awak (wartawan), mungkin atau tidak pemimpin dan ahli UMNO akan berebut-rebut kuasa dan saling bercakaran sesama sendiri kerana kita hanya menunggu untuk memungut habuan sahaja,” ujarnya.
Tambah Guan Eng, jika pembangkang mendapat 100 kerusi dan pihak pemerintah tidak dapat mencapai dua pertiga majoriti kerusi di Parlimen sudah pasti UMNO dan BN akan menghadapi masalah dalaman dan bergelora. Ketika itu akan ada pihak yang mencabar kuasa pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak. Jika ini berlaku, ia sudah pasti membuka peluang pihak pembangkang untuk merampas Kerajaan Pusat.
Fikir-fikirkanlah. Bertaubatlah. Keluarlah Bulatan, Masuklah Barisan.