Dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi suara pembangkang juga di ambil kira dalam membuat sesuatu dasar, bagaimana kerajaan ingin mendengar suara mereka kalau mereka enggan bersama duduk semeja meluahkan kemahuan dan pandangan rakyat yang mereka wakili. Keenganan pihak pembangkang menyertai Jawatankuasa Pemilihan Parlimen (PSC) merupakan satu pengkhianatan terhadap rakyat yang mereka wakili.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa, DAP menganggap PSC berkenaan cuma bertujuan memaksa orang awam menerima loji berkenaan tanpa mempedulikan soal keselamatan, alam sekitar dan kesihatan.“DAP juga mencadangkan kepada pemimpin pakatan pembangkang supaya tidak membenarkan pihak tertentu menggunakan penyertaan Pakatan Pembangkang untuk `menghalalkan’ loji Lynas terbabit.
“Ini bagi memastikan pakatan pembangkang
tidak terlibat dengan apa-apa perkara yang mungkin berlaku pada masa
depan,”.
Jelas bahawa isu Lynas sengaja di mainkan pembangkang oleh pihak pembangkang sebagai satu pecaturan politik, menggunakan isu tersebut untuk mengelirukan rakyat, mengambil kesempatan membantu kuasa asing atau "tangan ghaib" yang telah menghulurkan dana berjuta dollar untuk mengagalkan kemakmuran ekonomi negara Malaysia, yang tidak mahu melihat Malaysia menjadi pengeluar bahan mentah terbesar dunia yang amat penting untuk keperluan industri masa akan datang.
PAS pula terus menjadi pengikut yang di 'keldai" kan oleh DAP, Pengikut-pengikut PAS di takut-takutkan kononnya Lynas akan menyebabkan janin menjadi cacat hingga ada di kalangan mereka sampai tahap tidak beriman, lupa kepada kekuasaan Allah, lupa kepada janji Allah dalam Al-quran, surah yassin ayat 82 "Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia
menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat)
benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi".
Pelbagai tindakkan dari cadangan dan pandangan banyak pakar bukan sahaja dalam negara malah luar negara telah di laksanakan bagi mempastikan keselamatan dan kesihatan manusia dan alam sekitar akibat pengoperasian logi Lynas tidak terjejas.Maknanya mereka telah melakukan Pengenalpastian Hazard, Penilaian Risiko dan Kawalan Risiko yang cukup baik, selebihnya kita serah pada Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan