Ahad, 11 Mac 2012

MAJLIS PEGUAM MENYANGGAH SIYASAH SYAR'IYYAH

Hukuman bunuh ataupun gantung sampai mati terhadap pengedar dadah adalah bertepatan dengan Siyāsah Syar‘iyyah. Ini berdasarkan kesan jenayah pengedaran dadah terhadap orang ramai. Jenayah berkenaan adalah terlalu merbahaya, bukan sahaja boleh membunuh penagih tetapi turut menggugat ketenteraman dan keselamatan masyarakat. Akibat daripada jenayah pengedaran dadah, orang ramai berada dalam ketakutan dan tidak tenteram berikutan daripada timbulnya kes pembunuhan, rompakan, pelacuran, pecah rumah dan sebagainya. Memandangkan tujuan pelaksanaan Siyāsah Syar‘iyyah itu adalah untuk mendatangkan kebaikan kepada masyarakat dan mencegah segala bentuk kerosakan, maka didapati hukuman berkenaan memenuhi konsep, matlamat dan kaedah Siyāsah Syar‘iyyah.

Majlis Peguam dalam mesyuarat Agung Tahunannya ke - 66, telah membuat keputusan untuk mendesak kerajaan memansuhkan semua bentuk hukuman mati. Presidennya Lam Chee Wee berkata perlaksanaan hukuman mati di negara ini terutama melibatkan pemilikan dan pengedaran dadah tidak membawa kepada penurunan kadar jenayah tersebut. Keputusan yang di buat oleh 6.33%  ahli Majlis Peguam, bilamana hanya 877 ahli yang hadir dari 13,844 orang ahli..

Tiada ulasan: