Isnin, 5 Mac 2012

LAGI PAS JADI BONEKA PKR

Hari ini dikhabarkan kemelut pentadbiran PAS Kedah sudah selesai dengan 2 orang Exco yang mengugut MB Kedah - Ostad Azizan, dipaksa menerima jawatan Exco.

Menurut Pahrolrazi dan Ismail yang kelihatan amat pro dengan Ketua Umum PKR,mereka menerima perlantikan Exco tersebut dengan syarat MB mesti menerima nasihat jawatankuasa khas pemandu yang di tubuhkan untuk mentadbir negeri. Apa cite MB Kedah, kesian Ostad Azizan yang tidak punya kuasa lagi menentukan corak pentadbirannya, lepas satu -satu ulama PAS di goreng. Bermula di Pulau Pinang dengan Salleh Man kempunan jadi exco agama, Hassan Ali di tendang dan sekarang giliran Ostad Azizan di permainkan oleh Pakatan sendiri.

Begitu hebatnya Pharaohrazi dan Ismail  (di sebut sebagai betapa hebatnya pengaruh Anwar) ke atas kepimpinan PAS Kedah sehinggakan Menteri Besar yang ada sekarang kehilangan kuasa mentadbir. Selagi PAS terus berada dalam Pakatan selagi itu lah PAS akan diperkudakan.

Tiada ulasan: