Khamis, 24 Mac 2011

STATUS HALAL MAKANAN DAN MINUMAN KOPI DI KLUANG RAIL COFFEE DI RAGUI

MPG menerima kiriman pesanan ringkas (SMS) dari orang yang di kenali oleh MPG. SMS yang di hantar " Pengumuman Penting!!!.Keputusan analisis sampel mkanan yg tlh d'ambil di Kluang Rail Coffee bersama Jabatan Agama telah di terima. Didapati kndungan serbuk kopi(tmasuk kopi uncang yg djual) mgandungi campuran babi yg tlh dkesan positif. Dan juga tdapat kandungan alkohol dlm madu yg dgunakn dlm ramuan roti bkar..Tlg sebarkan mklumat ini.

Di fahamkan juga SMS ini sudah banyak di sebarkan di kawasan Pasir Gudang dan Johor Bahru. Serentak dengan itu Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Pasir Gudang telah membuat  laporan polis agar maklumat ini di siasat kebenarannya. Jika sah Kluang Rail Coffee menghasilkan ramuan kopi yang bercampur dengan zarah-zarah babi maka tindakkan sewajarnya oleh pihak yang berkenaan harus lah segera di buat dan jika perkara ini tidak di laporkan tiada sesiapa yang akan bertindak dan boleh bertindak. Dan jika laporan telah di buat tetapi masih tiada tindakkan maka tanggunglah pihak yang berkuasa itu.

Tiada ulasan: