Salam ukhwah.
Dengan izin Allah cita-cita Anwar Ibrahim untuk jadi Perdana Menteri ke -5 itu tidak menjadi kenyataan kerana terbongkarnya perbuatan terkutuk yang menjadi hobi Anwar Ibrahim yang tidak dapat di terima oleh ajaran Islam dan norma kehidupan masyarakat di negara ini. Allah telah menyelamatkan Negara ini dari di pimpin oleh mahluk yang tidak bermoral dan sesat.
Dengan peristiwa liwat 13 tahun lampau membawa kepada beribu-ribu rakyat mengadakan solat Hajat agar Anwar di lepaskan dari apa yang di katakan sebagai " konspirasi", akhirnya berkat solat hajat tersebut, Hakim Mahkamah tinggi memutuskan 9 tahun penjara kepada Anwar dan 6 tahun Penjara kepada Sukma kerana meliwat Azizan Abu Bakar dan 3 orang Hakim Mahkamah Persekutuan bersetuju bahawa kejadian liwat memang benar-benar berlaku cuma tidak dapat di teruskan hukuman kerana "SAKSI ADALAH RAKAN SEJENAYAH".
BACA SINI KEPUTUSAN LIWAT 1998
Kali ini anwar terlepas.
Jun 2008 sekali lagi negara di goncangkan dengan kes liwat yang melibatkan Anwar Ibrahim, bezanya pengadu kali ini ialah mangsa sendiri bukan orang ketiga. Seperti biasa berpuluh-puluh malah beratus-ratus solat Hajat di lakukan agar memohon petunjuk dari Allah s.w.t tentang kebenarannya. Maka datanglah petunjuknya.
1. Anwar tak berani bersumpah muhabalah.
2. Perbicaraan kes di tunda-tundakan @ di lewat-lewatkan.
3. Seorang demi seorang Peguam bela Anwar yang beragama Islam menarik diri.
4. Seorang demi seorang mereka yang pernah menjadi pahlawan, sahabat karib, kuda tunggangan meninggalkan Anwar dan PKR.
5. Muncul Ummi Hafilda membongkar peristiwa liwat (i) 1998 tanpa saman dari Anwar.
6. Muncul "A Doctor in the house" the memoirs of Tun M.
7. Terbaharu muncul video seks "seorang ahli parti pembangkang dengan pelacur cina".
Bagi mereka yang mahu berfikir dan di bukakan pintu hati oleh Allah s.w.t, sudah tentu boleh menerima 7 perkara itu sebagai petunjuk dari Allah. Takkan lah nak tengok anwar itu buruk berulat baru percaya petunjuk allah. Jangan mempermain-mainkan Solat Hajat kalau tidak mahu memerima petunjuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan