Pe hal nie YAB Menteri Besar Johor Dato' Abdul Ghani Othman (DK., (JOHOR), SPMJ. PIS). Pe hal penduduk Kampung Pasir Gudang baru (sebut ahli UMNO kg.Pasir Gudang Baru) kata Dato' Pembohong...lain macam aje bunyinya. Dato' ada bohong diaorang macam DSAI bohong nak rampas kuasa 16 Sept?.ke....
Dari makulmat yang MPG peroleh Dato'MB ada janji kepada 84 buah keluarga di Kampung Pasir Gudang baru nak bagikan geran hak milik tanah melibatkan 94 lot tanah termasuk untuk kemudahan awam seperti balairaya,masjid,padang bola dan sebagainya sejak pilihanraya ke 10 (1999) lagi. Sampai la nie habuk pun tak dok. Janji nak datang ke kampung serah geran hak milik tanah tapi sampai masa cancel. PRU dah sampi ke 12 dah nak masuk PRU ke 13 pun, batang hidung MB pun tak pernah nampak datang ke kampung Pasir Gudang Baru. Kampung nie bukan macam kampung buah pala atau kampung plentong tengah tuk...Kampung nie kampung yang di janjikan hak milik tanah kerana pertukaran, kawasan penempatan yang asal di ambil alih oleh kerajaan untuk kawasan industri. Nak tanya datuk la agak-agak sapa lah yang jadi Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan Negeri Johor. sekarang nie lah yek.
Dato'..... Nizar dulu tu baru 11 bulan jadi MB Perak, kawan tu dapat 999 tahun pajak tanah....Dato' nampaknya kena belajar dengan orang yang pengalaman 11 bulan jadi MB walaupun dato'jadi MB Johor dan jaga portfolio tanah dah 16 tahun.
Dato'.....dah 2 kampung meradang nampaknya tu hari kampung rumah sepuloh.....nie belum lagi kg.seri bahagia,kg seri makmor, kg.Pandan, Jalan Jasa,kg Plentong utama,kg Masai Baru,Kg.Baru Masai, Kg Pertanian..semua nie kg tradisi orang melayu dan kubu kuat UMNO tukkk...fikir-fikirkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan