Notis POL 17A, ditakrifkan sebagai borang yang dikeluarkan oleh Pihak Polis kepada pemilik kenderaan berdaftar menurut Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan bagi mendapatkan maklumat dan identiti serta alamat pemandu yang dikesan melakukan kesalahan trafik berkaitan had laju yang dirakam menerusi kamera perakam elektronik. BUKAN SAMAN.
Dalam hal ini Pihak Polis seharusnya mewujudkan tribunal kesalahan jalanraya yang berfungsi sebagai Mahkamah dalaman untuk memberikan ruangan yang cukup kepada pesalah lalu lintas untuk mengaku kesalahannya atau mencabar kesahihan kesalahan lalulintas itu. Kalau mengaku salah bayar kompaun.Tutup kes dan tiada tertunggak.
Dan setiap notis itu mestilah di nyatakan bahawa pesalah mesti mengadap tribunal itu dalam masa kurang dari 14 hari dari tarikh kesalahan di rekodkan. Jika pesalah jalanraya masih engkar barulah waran saman di keluarkan oleh pihak mahkamah. Selepas perbicaraan barulah pihak mahkamah menentukan jumlah saman yang perlu di bayar dan lain-lain tindakkan yang wajar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan