Ketetapan ini di ambil oleh pemuda bahagian setelah segala usaha secara diplomasi dan mesyuarah dengan pihak Saujana masih tidak menampakkan hasilnya sedangkan janji itu telah di beri sejak tahun 1999 lagi.(dah 12 tahun).Corak kepimpinan pemuda UMNO Pasir gudang dengan gandingan Rohazam-Roslan akan mengikuti corak kepimpinan Pemuda UMNO era Datuk Harun Idris -Datuk Musa Hitam.
Ketegasan Pemuda UMNO ini telah merisaukan Syed Othman dan Murad Jailani lantas mencabar Rohazam untuk meninggalkan UMNO. Kedua-dua mereka khuatir jika Pemuda UMNO berjaya mendesak Menteri Besar memberikan borang 5A dan geran hak milik tanah kepada setinggan dan kampung tradisi di Parlimen Pasir Gudang sebelum PRU 13 maka mereka pembangkang sudah tidak ada isu untuk di eksplotasikan.Maka pembangkang akan hanya di anggap sebagai sampah sahaja. Ini lah ketakutan mereka.
Kenyataan akhbar Pemuda UMNO Pasir Gudang menjawab pelawaan Syed Othman dan Murad Jailani.
Kenyataan akhbar oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pasir Gudang, Syed Othman Syed Abdullah yang mendesak ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, meletak jawatan memperlihatkan beliau berada di dalam keadaan tercabar dan tidak cukup akil baligh dalam politik walaupun sudah mempunyai bilangan anak yang ramai.
Tindakan Ketua Pemuda UMNO Bahagain Pasir Gudang, Sdr. Rohazan Shah Bin Ahmad mewakili Pemuda UMNO bahagian Pasir Gudang menawar diri sebagai pendesak kepada kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Dato’ Abdul Ghani Othman untuk segera menunaikan janji yang di buat kepada penduduk-penduduk setinggan dan Penduduk kampung tradisi dalam kawasan Parlimen Pasir Gudang memberikan tekanan kepada pembangkang, kerana selama ini mereka (Pembangkang) gagal menjalankan tanggungjawab sebagai pendesak (force), penyemak (check) dan pengimbang(balance) kepada kerajaan.

Selepas Pilihanraya Umum ke 12 (2008) yang lepas YB Datuk Hj.Mohamad Khalid Bin Hj.Nordin ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang bersama-bersama Ahlijawatankuasa UMNO bahagian telah melakukan kunjungan hormat dan mengadakan mesyuarah di Saujana (Kediaman Menteri Besar) untuk menyelesaikan perkara tersebut, dalam perjumpaan dan perbincangan itu sekali lagi YAB Menteri Besar Johor berjanji untuk menyelesaikan masalah hak milik tanah kampung tradisi dan penempatan setinggan di kawasan Parlimen Pasir Gudang.
Setelah usaha diplomasi di lakukan namun masih belum menampakkan hasilnya maka sampailah masanya Pemuda UMNO Pasir Gudang ke hadapan memimpin gerakan massa mendesak YAB Menteri Besar segera menunaikan janji yang telah di buat pada PRU 10 (1999).
Pembangkang memang berharap agar isu setinggan dan hak milik tanah ini tidak akan dapat di selesaikan sebelum PRU 13. Inilah senjata ampuh mereka untuk mengurangkan majoriti Barisan Nasional dalam PRU 13 nanti terutama di Parlimen Pasir Gudang. Tindakkan Pemuda UMNO ini menimbulkan rasa gerun pembangkang kerana mereka khuatir tiada lagi isu pokok yang boleh di manipulasikan di dalam PRU 13 akan datang. Mereka juga tidak senang bila pemuda UMNO sudah mula berperanan sebagai golongan pendesak dalam UMNO bagi menjadikan UMNO itu sebuah Parti yang paling berpengaruh kepada rakyat. Mereka takut kalau Pemuda UMNO hari ini setanding dengan pemuda UMNO di era Dato Harun Idris dan Syed Jaafar Albar.
Desakan supaya Sdr. Rohazam Shah keluar Parti oleh Syed Othman ini mengingatkan kita kepada apa yang berlaku kepada diri Syed Othman itu sendiri, beliau merupakan ketua penaja pemuda UMNO di salah sebuah cawangan di Taman Rinting, namun bertindak keluar parti dan menyertai PAS kerana kalah dalam pemilihan Ketua Pemuda Cawangan. Jika Sdr.Rohazam mengikut jejak langkah Syed Othman ini bermakna Rohazam juga tidak cukup akil baligh dalam dunia politik.
Rohazam Shah selaku Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang harus istikhamah dalam perjuangan, tidak perlu keluar parti untuk membela nasib setinggan dan penduduk kampung tradisi ini, sejarah membuktikan bahawa hanya UMNO dan Barisan Nasional lah yang mampu memimpin Negara dan membela rakyat tanpa mengira perbezaan kaum, bangsa, Agama
mahupun warna kulit malah Perjuangan UMNO juga memberi manafaat kepada penyokong-penyokong PAS dan pembangkang lain, Sekolah-sekolah, Masjid-Masjid, Hospital-Hospital yang di bina oleh kerajaan Barisan Nasional bukan untuk ahli UMNO dan penyokong Barisan Nasional sahaja malah turut galak di gunakkan oleh pihak pembangkang dan pihak kerajaan tidak pernah pun menghalang mereka ini walaupun mereka setiap masa dan saat tidak pernah bersyukur dengan apa yang telah kerajaan lakukan malah sanggup bersubahat untuk menjatuhkan kerajaan Melayu Islam.

Mengulas kenyataan Ketua AMK Pasir Gudang, Murad Jelani di dalam akhbar yang sama, berkaitan cadangan Pemuda UMNO melalui ketuanya Rohazam Shah untuk menjadi pendesak di dalam parti membuktikan bahawa beliau bersetuju dengan tindakkan tersebut dan percaya bahawa tindakan tersebut adalah tindakkan untuk membela hak rakyat. Murad juga percaya tindakkan pembangkang mengadakan perhimpunan secara besar-besaran tidak pernah berjaya mendesak kerajaan, justeru itu cadangan dari pemuda UMNO untuk mengumpul penduduk kampung yang di janjikan pemilikan tanah oleh Menteri Besar adalah langkah terbaik dalam usaha mendesak Menteri Besar agar segara menunaikan janji.
Rohazam dalam temubualnya bersama penulis sempat menjelaskan bahawa tindakkan beliau ini bukan melangkaui usaha UMNO bahagaian tetapi sebagai sebahagian usaha Pemuda untuk sama-sama memperkasakan UMNO agar di hormati dan di pandang tinggi oleh rakyat, Inilah antara maksud “Rakyat di Dahulukan, Pencapaian di utamakan”. Janji pemimpin kepada rakyat adalah janji yang sangat agung dan perlu di kotakan. Beliau menambah, bukan menjadi suatu yang sukar bagi Menteri Besar untuk melangsaikan janj- janji itu kerana bidang kuasa tanah adalah di bawah bidang kuasa Menteri Besar yang memegang porfolio Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam.
Ramli Ahmad
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan