Rabu, 23 Mac 2011

DILEMA MEMPERKASA SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR

Sebagai anak watan Johor yang pernah terlibat dengan sekolah Agama di negeri Johor ini saya amat berterima kasih kepada YB Adun Endau merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman ,yang telah menyambung usaha mereka yang terdahulu untuk membantu sekolah yang 100% muridnya adalah Berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Di kesempatan ini saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Datuk Zainal Abidin, selaku Pengerusi J/kuasa Agama Islam Negeri. Selain dari sekolah- sekolah di bawah kategori  SAR (Sek.Agama Rakyat) dan SABK (Sek.Agama Bantuan Kerajaan). Terdapat juga di Negeri Johor ini, Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor (SAKNJ) yang merupakan sekolah pendidikan Islam yang ditadbir terus oleh Kerajaan melalui Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor

Justeru itu saya juga mengesa Yang Berhormat Datuk Zainal agar dapat membantu Sekolah Agama Kerajaan Negeri ini mendapat bantuan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, kerana sehingga hari ini lebih 389 buah Sekolah Agama kerajaan Negeri hanya bergantung sumber kewangan daripada Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Negeri untuk menampung kos gaji dan elaun guru serta pembinaan sekolah. Pada masa ini di anggarkan seramai 5,000 guru terbabit dengan sistem persekolahan ini. Bermakna 5,000 guru ini tidak mendapat gaji serta elaun yang di perolehi oleh rakan mereka yang sama-sma bergelar guru di sekolah harian. Dan sebanyak hampir 121 buah Sekolah Agama Negeri yang masih belum mempunyai bangunan sendiri, tindakkan diambil bagi mengatasi masalah kekurangan bangunan sekolah agama yang semakin kritikal dengan guru dan pelajar terpaksa menumpang di bangunan sekolah kebangsaan, masjid dan juga menyewa rumah kedai atau lot bawah rumah pangsa yang di ubahsui sebagai bilik darjah.

Kedaifan sekolah Agama Negari Johor akan dapat di atasi sekiranya rakyat sanggup menyerahkan urustadbir sekolah ini kepada Kementerian Pelajaran, Taraf pendidikan tenaga pengajar, kemudahan dan gaji  serta elaun tenaga pengajar akan dapat di tingkatkan selari dengan kemudahan dan gaji taraf guru sekolah harian biasa sekiranya rakyat bersedia menyerahkan sekolah ini kepada Kementerian Pelajaran @ Kerajaan Pusat untuk menguruskanya.

PERSOALANNYA SANGGUPKAH RAKYAT JOHOR DAN PIHAK YANG TERLIBAT MENYERAHKAN URUSTADBIR SEKOLAH INI KEPADA KERAJAAN PUSAT?

Sejarah mencatitkan bahawa Sekolah Agama Kerajaan Johor diwujudkan atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abu Bakar. Dan terus menjadi hak kepuyaan  Sultan dan masyarakat Islam negeri Johor.

Tiada ulasan: