Rabu, 20 Oktober 2010

DARI KALABAKAN KE KELANA JAYA

Teguran membina dari seorang ahli Parlimen. Tahniah MPG ucapkan kepada Ahli Parlimen (BN-Kalabakan) Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh yang mengambil bahagian dalam perbahasan budjet 2011 di Parlimen. Beginilah contoh terbaik Ahli Parlimen yang berbahas dan bercakap bagi pihak rakyat dan untuk kepentingan rakyat, bukan macam ahli Parlimen yang di sebelah sinun yang membangkang membuta tuli, berbahas tanpa fakta merapu-rapu menunjukkan ke DUNGU annya..

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Seorang Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) mendesak pengurusan Lembaga Tabung Haji mengubah sistem pemilihan bakal haji berasaskan kuota kerana ia menimbulkan banyak masalah, selain terlalu berorientasikan perniagaan.

Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) yang membangkitkan isu itu berkata, sistem kuota berkenaan telah menyebabkan ketidakadilan berlaku apabila ada pencarum mendakwa tidak diberi peluang sama rata untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu.

"Jadi orang Sabah kata, ini BN mahu masuk syurgapun ada kuota... dalam Islam kita tahu antara syaratnya (masuk syurga) ialah naik haji... jadi bila mereka tidak boleh naik haji kerana dikawal oleh kerajaan, siapa yang mahu tanggung dosa?

"Dalam televisyen kita nampak ramai rakyat diberi peluang untuk bersuara mengatakan mereka sudah empat, lima, enam kali naik haji...mereka ini tak pakai kuotakah?" katanya ketika membahaskan Bajet 2011 di Parlimen hari ini.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya Tabung Haji mengamalkan sistem tidak akan menawarkan peluang sama kepada individu yang telah mengerjakan haji di bawah Tabung Haji dalam tempoh lima tahun, bagi membolehkan kuota itu diberikan kepada mereka yang tidak pernah menerima tawaran tersebut.

Abdul Ghapur juga mempersoalkan bagaimana kuota 35,000 jemaah haji yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia ditentukan.

"Ke mana kuota 35,000 jemaah itu diberikan kerana apabila kita minta kuota, Tabung Haji kata sudah tidak ada kuota...tahun ini, seluruh Sabah hanya mendapat 1,000 kuota...sedangkan kalau bagi 2,000 kuota bagi 13 negeri pun, baru 26,000," katanya.

Beliau turut bersetuju dengan pandangan Taib Azamudden Md Taib (PAS-Baling) yang mencelah bahawa Tabung Haji kini sudah "lari" daripada asas matlamatnya iaitu memberi kemudahan kepada jemaah haji menunaikan ibadah kepada perniagaan.

"Tabung Haji ini berfikiran untuk berniaga, ada pakej Zamrud dan macam-macam pakej kerana mahu berniaga. Ada juga pakej am di mana VVIP, kawan-kawan, anak saudara pergi naik haji... bayar RM10,000 semua kelas pertama... ini mana boleh.

"Sedangkan orang miskin hendak kumpul RM10,000 pun kais pagi, makan pagi... kenapa, Tabung Haji untuk orang kaya sahajakah? Rakyat menabung untuk naik haji, bukan mahu pakej yang mahal-mahal," kata Abdul Ghapur.- Bernama.

Tiada ulasan: