"Orang dahulu berjuang, pertama hilang, kedua terbilang, tetapi orang sekarang berjuang, pertama cari menang, sudah menang cari wang, dapat wang jatuhkan orang,hidup di awang-awang, akhirnya jatuh terlentang". ~Tan Sri Abdul Aziz Tapa
Isnin, 5 April 2010
PETUNJUK MUDAH UNTUK MENENTUKAN CALON P094
Assalamualaikum,
Secara peribadi saya berasa yakin bahawa jika calon UMNO di letakkan bertanding di kerusi Parlimen Hulu Selangor P094 pada PRK akan datang (25/4/2010) pasti BN akan menang Besar.Keyakinan saya bukan hanya berdasarkan gerak hati tapi adalah hasil analisa dari sahabat saya bloger ustazsaid.
Ustazsaid menulis,Berikut dinukilkan beberapa perkara menarik berkaitan P.094 Hulu Selangor, untuk tatapan semua, khusus untuk pucuk pimpinan BN. Harapannya boleh membantu dalam memutuskan calon yang bakal dijadikan ayam sabung merampas kembali kerusi ini dari tangan PKR.
1. Keputusan PRU 2008:
P094 - HULU SELANGOR
Peratus keluar mengundi 75.24
Undi Rosak 1,466
Majoriti 198
1. PALANIVEL A/L K. GOVINDASAMY (BN) 22,979
2. ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD (PKR) 23,177
N09405 - HULU BERNAM
Peratus keluar mengundi 73.69
Undi Rosak 318
Majoriti 3,549
1. MOHAMED IDRIS BIN ABU BAKAR (BN) 7,985
2. ABDUL SUKOR BIN ALI (PAS) 4,436
N09406 - KUALA KUBU BAHARU
Peratus keluar mengundi 73.20
Undi Rosak 549
Majoriti 448
1. WONG KOON MUN (BN) 6,555
2. K ANNAMALAI RAMU A/L KANDASAMY (DAP) 6,107
N09407 - BATANG KALI
Peratus keluar mengundi 77.87
Undi Rosak 404
Majoriti 2,179
1. MOHD. NASHRUDDIN BIN ABD. AZIZ (PKR) 9,545
2. MOHD. ISA BIN ABU KASIM (BN) 11,724
Kesimpulannya, Majoriti yang diterima BN dari ketiga-tiga DUN berjumlah 6719, tetapi BN kalah 198 undi di kerusi Parlimen.
Terdapat 5981 pengundi memangkah BN di peringkat DUN tetapi tidak mengundi calon BN di peringkat Parlimen.
Jumlah undi rosak 1,466, jauh lebih banyak daripada majoriti kemenangan PKR, 198.
Sejak PRU 2008, 9 PRK telah dijalankan. Tiada seorang pun calon yang kalah dalam PRU dicalonkan semula oleh BN.
Kemenangan PRK ini penting untuk moral BN, ketika PKR sedang porak-peranda!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
[Ziarah2lah ke Blog Asral Ent]
Catat Ulasan