Isnin, 22 Mac 2010

MODEL EKONOMI BARU DAN DASAR EKONOMI BARU -Pertembungan antara Dasar Bapak dan Model Anak.

Assalamualaikum. Model Ekonomi Baru (MEB)yang di ilhamkan oleh Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak, PM ke 6 Malaysia antara lainnya bertujuan untuk. 1. Meningkatkan Produktiviti Pekerja melalui penambahan inovasi dan kreativiti di kalangan pekerja yang dengan secara langsung membantu meningkatkan pendapatan. 2.Menganjakkan kedudukan ekonomi negara dari pendapatan sederhana tinggi kepada pendapatan tinggi. 3.Tahap pengangguran akan berada di tahap minimum dan kerajaan akan terus berusaha mewujudkan peluang pekerjaan. Di fahamkan Model Ekonomi baru ini mensasarkan untuk meningkatkan sumbangan sektor perkhidmatan kepada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)dalam usaha membentuk sebuah ‘ekonomi berasaskan pengetahuan’(e-knowledge) yang kurang bergantung kepada eksport barang perkilangan dan tenaga buruh.Bidang Perkhidmatan yang telah di kenal pasti adalah antara lainnya adalah sektor Perkhidmatan Kewangan Islam,Perkhidmatan Perubatan, Perkhidmatan Pendidikan,Sektor Pelancongan dan beberapa sektor Perkhidmatan yang akan di kenal pasti oleh Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MPEN). Jika di lihat dari segi tujuan dan matlamat Model Ekonomi Baru ini saya tidak dapat melihat mengapa Dasar Ekonomi Baru yang di wujudkan pada tahun 1971 oleh Allahyarham Tun Abdul Razak iaitu bapa kepada DS Najib, kemudian di tukar nama kepada Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada tahun 1991 itu perlu di usik,di hapus atau di gantikan. Seharusnya MEB ini juga mengambil kira tujuan dan matlamat DEB. Perlu di ingat bahawa Dasar Ekonomi Baru juga dibentuk menerusi Majlis Perundingan Negara sebagai jentera penggerak untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.Apa guna MEB kalau jurang ekonomi antara kaum dan negeri tidak dapat di kurangkan atau di hapuskan?. Apa yang lebih menyedihkan adalah orang Melayu yang sudah hidup selesa hasil dari DEB turut sama menyarankan dihapuskan DEB. Tengkuk mereka sudah lepas, maka mereka tidak peduli tengkuk orang lain. Kalau pelaksanaan yang menjadi masalah, jangan keseluruhan dasar hendak dibuang.Kita kena lihat di mana yang bocor dan di mana yang tiris dalam perlaksanaanya dan baiki segera dengan inovatif dan kreatif.DAN INGATLAH DEB ADALAH ROH KEPADA PERKARA 153 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. Baca :http://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/03/11/model-ekonomi-baru-tidak-untungkan-melayu-secara-langsung/ Negara kita tidak boleh terus dalam keadaan di mana jurang ekonomi antara golongan majoriti (60 peratus) dengan golongan minoriti (40 peratus) bertambah luas. Kalau semua bidang ekonomi sudah dikuasai oleh golongan minoriti, bagaimana golongan majoriti ini boleh memperbaiki kedudukan ekonomi mereka. Mereka yang menguasai rantaian bekalan tidak akan memberikan potongan kepada bahan binaan yang diperlukan oleh kontraktor Melayu. Tender terbuka golongan Melayu tewas.Projek swasta tidak akan diberikan kepada kontraktor Melayu. Apa MEB akan lakukan adalah mengubah struktur ekonomi negara kita supaya tahap persaingan peringkat domestik kita akan lebih meningkat menjelang 2020?. Akhir kalam janganlah kerana jenama baru,segala budi dan bakti pattern lama di singkirkan, jangan pula kera di hutan di susukan anak di rumah mati kehausan. Wassalam.

Tiada ulasan: