Ahad, 28 Mac 2010

MEMACU HALA TUJU, MERINTIS MASA DEPAN - PROSPEK

Assalamualaikum wbkth. Sekalung tahniah kepada Biro Pelajaran Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, yang telah berjaya melobi Kolej Kediaman Keempat Universiti Malaya untuk mengadakan majlis penutup PROSPEK (Projek Seminar Pendidikan Kebangsaan) siri 1 2009/2010. Di Parlimen Pasir Gudang. Dengan adanya program PROSPEK yang berlangsung pada 27/3/2010 bertempat di Politeknik Premier Johor Baharu ini, seramai kira-kira 800 orang pelajar tingkatan lima dan enam dari sekolah-sekolah dalam daerah Pasir Gudang ini mendapat manafaat. Program yang bertemakan "Memacu Hala Tuju Merintis Masa Depan" ini antara lainnya mendedahkan pelajar-pelajar berkenaan halatuju mereka selpas menduduki peperiksaan pada akhir tahun ini. Slot-slot seminar antaranya ialah: 1. Pengenalan kepada IPTA/IPTS. 2. Biasiswa dan Pinjaman. 3. Hala Tuju & Prospek Kerjaya. Majlis penutup program PROSPEK ini telah di sempurnakan oleh Yang AmatBerhormat Datuk Seri Mohamed Khalid Bin Nordin Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Dalam ucapannya DS Khalid memuji program yang di anjurkan oleh Kolej Kediaman Keempat Universiti Malaya yang melaksanakan program dengan baik dan begitu berjaya sekali bukan sahaja di majlis penutup malah juga program-program yang telah di laksanakan di 9 buah negeri, program ini telah mencapai matlamat iaitu memberitahu atau menyampaikan maklumat terus kepada bakal-bakal mahasiswa berkenaan halatuju selepas menerima keputusan peperiksaan dan menyiapkan diri untuk memasuki Universiti. Kepada Biro Pelajaran Pemuda UMNO bahagian yang di ketuai oleh Sdr.Nor Azelin Bin Ambros serta seluruh jawatankuasanya,Tahniah. Kerana berjaya membawa PROSPEK ke Kawasan Parlimen Pasir Gudang.Dengan ini secara tidak langsung telah membantu pelajar-pelajar di Parlimen Pasir Gudang untuk memacu hala tuju, merintis masa depan.

Tiada ulasan: