"Orang dahulu berjuang, pertama hilang, kedua terbilang, tetapi orang sekarang berjuang, pertama cari menang, sudah menang cari wang, dapat wang jatuhkan orang,hidup di awang-awang, akhirnya jatuh terlentang". ~Tan Sri Abdul Aziz Tapa
Ahad, 21 Mac 2010
PAGI TETAP MUNCUL WALAUPUN AYAM TERLUPA BERKOKOK (Part 1)
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog ini.
Hari ini saya berkesempatan mengikuti Ahli Parlimen Pasir Gudang menghadiri program mesra rakyat di perkampungan cina dan majlis makan malam sempena sambutan tahun baru cina di Kampung Baru Plentong aku terharu dengan sambutan masyarakat cina di situ bila seorang ahli parlimen UMNO yang terkenal dengan rajin turun padang datang menziarahi mereka.Rata-rata yang di kunjungi sangat senang dengan pemimpin UMNO ini,lebih-lebih lagi beliau berjalan kaki dari rumah ke rumah mengelilingi kampung bersama wakil rakyat dari MCA. Wakil rakyat MIC aku tak nampak masa lawatan masuk kampung...hanya nampak muka masa jamuan makan itu pun datang dengan pemandu saja, AJK MIC bahagian pun sama nampak masa makan saja. Okey lah bab MIC nie aku cerita lain masa.
Dalam kunjungan ahli parlimen tadi,aku cukup terharu dengan sambutan oleh golongan pengundi saluran 1,2 dan sedikit saluran 3. iaitu sambutan dari golongan mereka yang berusia 40 tahun keatas. Mereka ini aku rasa begitu faham sejarah dan begitu kuat sokongannya kepada MCA dan BN. Tapi mana perginya pengundi cina saluran 4 dan 5.?????. Ada 3-4 orang yang ikut keliling kampung yang aku fikir tentunya AJK Pemuda MCA Bahagian. Pemuda cina kampung tersebut????? mungkin kerja kot.
Apapun aku akui tidak mudah untuk memenangi hati golongan muda sekarang ini,pendekatan yang lebih sesuai dengan golongan muda harus di gunakan dan satu program khas untuk golongan ini harus di gunakan sebagai kaedah mendekati mereka. apapun tahniah kepada Datuk Seri Khalid Nordin dan Ahli Dewan Undangan Johor Jaya YB Tan Cher Puk atas kunjungan mesra rakyat itu.Dan aku berharap agar Pemuda MCA akan melakukan sesuatu untuk menanamkan semangat cintakan negara kepada golongan muda cina, agar mereka memahami sejarah dan terus bersama menyokong kerajaan. Agar kerajaan akan terus berusaha membantu golongan muda cina ini.
Melihat kepada senario politik sekarang aku khuatir suatu masa nanti golongan muda cina ini akan terus terpinggir dari arus politik dan terus tidak peduli soal politik negara.Atau terus terpengaruh dengan pembangkang yang nyata tidak ada sebarang jasa kepada mereka.Atau paling di takuti golongan muda cina ini akan di anggap seperti tiada sumbangan kepada kestabilan politik negara sewaktu kerajaan benar-benar kuat, sekarang ini kita melihat bahawa UMNO begitu bersunguh-sungguh bangkit bukan sahaja membetulkan diri dan parti tetapi juga membawa bersama kebangkitan Barisan Nasional,Fajar Sidiq buat UMNO dan BN sudah nyata kelihatan yang menunjukkan adanya sinar mentari menanti di hadapan, MCA harus juga bangkit bersama jangan nanti seperti kata pepatah "Pagi tetap juga muncul walaupun ayam terlupa berkokok" waktu itu apa yang MCA minta dari kerajaan mungkin sukar di tunaikan kerana menilai sumbangan semasa masa suram dan sukar yang terpaksa UMNO dan BN lalui sendirian.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan