"Orang dahulu berjuang, pertama hilang, kedua terbilang, tetapi orang sekarang berjuang, pertama cari menang, sudah menang cari wang, dapat wang jatuhkan orang,hidup di awang-awang, akhirnya jatuh terlentang". ~Tan Sri Abdul Aziz Tapa
Rabu, 24 Mac 2010
KEDATANGAN PEKERJA ASING, RAHMAT BUAT PASIR GUDANG
Kawasan Perindustrian Pasir Gudang merupakan salah satu kawasan di bawah Plan Pembangunan Iskandar Malaysia yang di kenali sebagai Zon Ekonomi Utama D meliputi Pelabuhan Pasir Gudang, Taman Perindustrian Pasir Gudang, Pelabuhan Tanjung Langsat dan Kompleks Perindustrian Tanjung Langsat yang meragkumi keluasan 31,132 hekta.
Sebagai sebuah kawasan Perindustrian dan Penemapatan yang baru ,(di wartakan sebagai kawasan industri pada awal tahun 1970an menggantikan kawasan pertanian).Pasir Gudang amat memerlukan kehadiran ramai orang untuk merancakkan pembangunannya..
Kawasan Perindustrian Pasir Gudang yang meliputi tanah seluas 3,764 ekar, untuk penempatan industri dan perumahan diusahakan oleh Johor Corporation. Kini, kawasan perindustrian Pasir Gudang telah mempunyai lebih daripada 300 syarikat pengeluar./ Kilang yang terlibat dalam industri elektrik dan elektronik (E&E), kimia, oleokimia, kimia biofuels, produk-produk makanan, industri asas-kejuruteraan, pelabuhan-pelabuhan dan logistik, pergudangan, plastik dan penyelidikan dan pembangunan (R&D). Manakala industri sokongan dan hiliran juga wujud dari kepesatan pembangunan ini umpamanya industri perbankkan,pengangkutan,perkhidmatan kesihatan, perumahan dan lain sebagainya,
Terdapat beberapa kawasan perumahan di Pasir Gudang seperti Taman Mawar, Taman Dahlia, Taman Air Biru, Taman Cendana, Taman Pasir Putih, Kampung Pasir Putih, Kampung Pasir Gudang Baru, Kampung Petanian,Taman Kota Masai, Taman Scientex, Perumahan Bakti dan beberapa nama lain lagi yang menempatkan sebahagian besar pekerja-pekerja industri di kawasan ini..
Perkembangan pesat ini telah mewujudkan suatu keadaan di mana Industri – industri di Pasir Gudang mengalami masalah kekurangan tenaga kerja untuk menjalankan operasinya, walaupun sesetengah industri telah melaksanakan sistem automasi namun kekurangan tenaga manusia masih di rasai.
Justeru itu kehadiran warga asing ini(dengan permit sah)amat di alu-alukan bagi sama -sama membangunkan kawasan ini.Secara tidak langsung pekerja asing ini telah
1. Membantu memulihkan sektor perumahan melalui kaedah penyewaan rumah,bayangkan berapa banyak rumah-rumah pangsa,pangsapuri,rumah teres dan macam jenis rumah tidak dapat di sewakan kerana tiada penyewa?.
2. Suatu ketika dulu peniaga-peniaga runcit sekitar Pasir Gudang hampir gulung tikar bila Makro,Giant,Maslee,Tesco, Kip Mart dan Econ Save di buka di kawasan Pasir Gudang,tetapi pekerja asing inilah yang menghidupkan mereka kerana sistem bayaran kredit.Dulu kalau musim perayaan nak cari kedai pun susah kerana semua balik kampung tetapi sekarang tak semua peniaga akan tutup kedai keran mereka tahu pekerja asing pasti akan datang untuk menbeli keperluannya.
3. Industri pengangkutan seperti teksi dan kereta sewa yang banyak di Pasir Gudang ini akan dapat bernafas kerana adanya ramai penumpang.Industri bas kilang juga turut merasa nikmatnya.
4. Sistem kecairan matawang juga dapat di lihat begitu rancak beredar dalam pasaran tempatan bilamana urusnuiaga dapat di jalankan dengan lancar kerana terdapat ramai pembeli.
Ada banyak lagi yang boleh di lihat limpah kemakmuran yang akan dapat kita sama-sama nikmati dengan kehadiran pekerja warga asing ini.
Sungguhpun begitu kita warga tempatan Pasir Gudang ini tidak bolehlah leka dengan pembangunan fizikal semata-mata tanpa melihat perkara-perkara lain yang tidak kurang pentingnya seperti kadar jenayah dan kebejatan sosial akibat dari kebanjiran pekerja asing ini, sehingga hari ini kadar jenayah dan kebejatan sosial yang di lakukan oleh pekerja asing ini masih dalam keadaan terkawal.Pada pandangan saya dalam soal jenayah dan kebejatan sosial oleh pekerja asing ini, bukan soal perlakuan atau tindakan atau soal hukuman atau penguatkuasaan yang perlu di pertikaikan tetapi ialah soal BAGAIMANA MENGELAK DARI PERKARA ITU TERJADI.atau "PREVENTIVE". Ini yang lebih utama.
Jenayah atau kebejatan sosial tidak akan berlaku jika kita mempunyai daya "preventive" yang kuat iaitu tidak lain dan tidak bukan adalah IMAN.Kalau tidak kuat Iman dan amal tanpa pekerja asing juga jenayah dan kebejatan sosial tetap akan berlaku walau di mana-mana pun sekali.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan