Selasa, 30 Mac 2010

MODEL EKONOMI BARU

PERDANA MENTERI Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak hari ini mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) yang bermatlamat mengubah ekonomi Malaysia daripada berpendapatan sederhana kepada tinggi. PM mengharapkan model ini akan menaikkan pendapatan per kapita daripada AS$7,000 sekarang kepada AS$15,000 dalam masa 10 tahun akan datang (2020).Selaras dengan gagasan 1Malaysia. PM mengumumkan bahawa model baru ini adalah untuk semua kaum, di mana semua rakyat Malaysia menyumbang dan mendapat manfaat.Namun,ia mempunyai matlamat dan pendekatan yang sama dengan DEB iaitu “membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum” dan “menyusun semula masyarakat agar kegiatan ekonomi tidak lagi dikaitkan dengan kaum.” Antara perkara yang menjadi agenda PM dalam merealisasikan MEB ialah, *Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan dibenar melabur lebih bahyak lagi di dalam aset di seberang laut; * Lembaga Kemajuan Industri Malaysia (MIDA) akan dikorporatkan dan akan dinamakan semula sebagai Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk membolehkannya lebih efektif sebagai satu agensi promosi pelaburan; * Kerajaan dan KWSP akan membentuk usahasama bagi menggalakkan pembangunan tanah seluas 1,200 hektar (3,000 ekar) di Sungai Buloh untuk menjadi satu hab baharu bagi Lembah Klang; * Syarikat di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan seperti Percetakan Nasional Malaysia, CTRM Aero Composites Sdn Bhd, Nine Bio Sdn Bhd dan Innobio kemungkinan diswastakan; * Petronas telah mengenal pasti dua subsidari yang agak besar dengan rekod prestasi yang baik untuk disenaraikan pada tahun ini di Bursa Malaysia, yang akan mengurangkan kehadiran kerajaan di dalam perniagaan dan meningkatkan peranan sektor swasta; dan * Khazanah Nasional Bhd akan melupuskan kawalan kepentingan 32 peratusnya di dalam Pos Malaysia Bhd melalui proses pelupusan strategik dua peringkat. PM juga mengutarakan saranan supaya kerajaan menilai semula sistem subsidi dan melebarkan asas mengumpul perolehan melalui Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).PM melahirkan rasa dukacitanya bahawa 80 peratus daripada tenaga kerja berpendidikan hanya setakat kelayakan SPM sahaja -- kelayakan Malaysia yang bersamaan "O-levels," yang tidak sejajar dengan ekonomi berpendapatan tinggi yang dihasratkan oleh Malaysia." Perdana Menteri turut menjelaskan bahawa di bawah MEB tiada siapa pun akan ketinggalan bagi menyumbang dan berkongsi usaha mewujudkan kekayaan apabila negara ini berkembang. Bahan Berita : Bernama & TV 3.

Tiada ulasan: