Isnin, 15 Mac 2010

SKIM PENCEN PEKERJA SWASTA

Assalamualaikum. Aku amat menyokong dan bersetuju dengan Kementerian Sumber Manusia terhadap cadangannya untuk merangka dan mengusulkan di Dewan Rakyat satu skim pencen untuk golongan pesara pekerja swasta. Asas sokongan aku adalah. 1. Akta kerja 1955 tidak memperuntukkan satu bentuk jaminan atau bayaran tertentu untuk mereka yang telah mencapai umur persaraan,malah dalam akta kerja tersebut juga tidak menentukan berapakah umur persaraan. 2.Bagi mengurangkan kadar peratusan miskin tegar di kalangan orang-orang tua kerana salah urus tadbir wang KWSP nya yang di keluarkan selepas pencen. 3. Pengeluaran KWSP secara "mengejut" memberikan kesan pelaburan secara keseluruhan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. 4. Kebanyakkan pengeluaran wang KWSP selepas umur pencen ini tidak di gunakan untuk masa depan sebaliknya dihabiskan samada untuk kegunaan sendiri termasuklah "membeli bini baru" atau di habiskan oleh anak-anak. 5.Peningkatan peratusan hutang tidak berbayar kepada hospital-hospital kerajaan mungkin di sumbangkan oleh golongan tua yang tidak dapat membayar kos perubatan kerana tidak bekerja lagi dan wang KWSP telah habis. 6. Kadar penempatan orang-orang tua di pusat penjagaan orang-orang tua atau rumah kebajikan akan meningkat berpunca daripada orang tua itu tidak mempunyai sumber pendapatan. 7. Kadar pembuangan ibu bapa juga mungkin bertambah, kerana ibu bapa telah jatuh miskin dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Bagi mengelakkan dan mengurangkan gejala sosial yang mungkin tercetus dari kerana pengurusan wang KWSP yang tidak betul adalah lebih baik skim pengeluaran hari tua itu di tukarkan dengan skim pencen.Pun begitu aku meminta pihak kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia untuk mengkaji lebih teliti dalam perkara ini agar perlaksanaannya nanti tidak membebankan mana-mana pihak.

Tiada ulasan: