Isnin, 18 Julai 2011

PAS GILA KUASA - ABDULLAH SA'AMAH

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh menentang tindakan Kerajaan Pas Kedah untuk menutup operasi pusat hiburan sepanjang Ramadan nanti secara terang menunjukkan identiti sebenar sekutu Pas itu.

Bagaimanapun katanya, amat menghairankan apabila pemimpin Pas masih rela diperkuda oleh parti itu yang sebenarnya hanya ingin melihat perpecahan dalam kalangan umat Islam bagi membolehkan mereka membentuk kerajaan.

"Orang Melayu kena sedar DAP nak tunjuk kekuatan dia dan kelemahan Melayu. Belum lagi kuasai Putrajaya, sudah tunjuk kekuatan DAP dan kelemahan Pas. Orang Pas tak faham lagi?
"Pas sudah jelas hilang tujuan dan matlamat dalam perjuangannya. Ia sudah kena tipu dan sudah jadi kuda DAP," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau turut menyifatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang termasuk dalam kumpulan orang yang tertipu dengan DAP sehingga tidak dapat memikirkan mudarat yang bakal menimpa negara apabila menyokong demonstrasi jalanan semata-mata untuk berkuasa.

Tiada ulasan: