Jumaat, 1 Julai 2011

KHUTBAH JUMAAT BUAT PELAWAK PAS

Berdosa besar hancurkan negara'

Umat Islam dilarang membabitkan diri dalam semua perkara yang disedari boleh menjurus kepada perpecahan ummah dan kehancuran negara termasuk demonstrasi seperti perhimpunan haram Bersih 9 Julai ini sekiranya ia juga boleh membawa mudarat.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, adalah berdosa besar jika umat Islam terlibat dalam perkara-perkara yang membawa kesan buruk kepada diri sendiri.

"Sebenarnya Islam sentiasa menggalakkan umatnya berusaha ke arah perpaduan dan keharmonian, bukannya melakukan kerosakan sehingga memecah-belahkan perpaduan dan menjejaskan syiar agama," katanya pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Wacana Pendidikan Fatwa Negeri Terengganu 2011 di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan umat Islam serta rakyat pelbagai kaum di negara ini supaya sentiasa berbaik-baik sekali gus mengelak pertelagahan sesama mereka.

"Kita perlu jaga atau tingkatkan hubungan baik, dalam Islam kita dilarang melakukan kerosakan dan perpaduan pula jangan dipisahkan kerana ia adalah dosa besar," katanya.
Program anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan Jabatan Mufti Negeri Terengganu itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said. Turut hadir Mufti Negeri Terengganu, Dr. Alias Abdullah. Menurut Abdul Shukor, umat Islam sepatutnya lebih menumpukan kepada cara untuk bersatu padu serta membangunkan diri agar menjadi umat yang bertamadun dan dihormati.
Ditanya adakah isu berkaitan perhimpunan haram Bersih itu akan dibincangkan dalam Fatwa Majlis Kebangsaan, beliau menjelaskan, pihaknya tidak bercadang berbuat demikian. "Buat masa ini, kita tak akan bincang, tetapi kalau ia merosakkan, ia adalah dilarang dalam Islam," ujarnya.

Tiada ulasan: