Ahad, 24 Julai 2011

HARAM MENGGULINGKAN KERAJAAN BN?

HARAM menentang dan menggulingkan Pemerintah yang sedang memerintah yang masih berkembang di dalam nya dengan SYIAR ISLAM...dan selagi rakyat masih dalam hidup aman sentosa, tidak di dalam DARURAH AGAMA.

WAJIB Rakyat mendukung dan menjunjung Pemerintah yang mendaulatkankan agama ISLAM...WAJIB taat atas diri mereka kerana Umara' dan Ulama' masih lagi dalam satu barisan melaksanakan nya ke arah Islam yang satu untuk seluruh UMAT ISLAM. (bukan untuk semua)...bagi rakyat yang bukan Islam...mereka ada fahaman dan anutan mereka sendiri yang pasti nya tidak tertakluk dengan Nahi Mungkar Amar Ma'aruf yang Pemerintah laksanakan khusus ke atas umat Islam..di sini lah toleransi mula berlaku untuk sebuah perpaduan  yang berbilang anutan agama.

Pemerintahan yang bijaksana akan meletakkan keadilan kena pada tempat nya...bukan KESAMARATAAN beragama itu dilaksanakan tanpa mengambil kira rakyat majoriti. ISLAM tetap di daulatkan kerana MAJORITI. Cuma, perspektikf semua rakyat harus di pandang dari hak-hak yang patut bagi agama dan anutan bagi diri mereka sendiri masing2...kerana, janji Tuhan .....tidak terlepas walau sebutir sawi sekecil zarah pun apa yang mereka lakukan...celaka lah bagi mereka yang melampaui batas...dan celaka lah bagi mereka yang menzalimi akan diri mereka sendiri...oleh itu, mari lah kita bersangka baik kepada Pemerintah demi sebuah keamanan dan perpaduan...sekian, Wallahu'alam.

Sumber :  Avicenna Al-Tibb (Fana Ul Baqa)

Tiada ulasan: