Khamis, 30 Jun 2011

PAS DESPERADO -BUANG NAJIS TENGAH JALAN TUDUH ORANG LAIN PUNYA KERJA

Kenyataan bajingan dari pemimpin PAS Sallehuddin Ayub @ Din Puduraya, ada ke dah sah dia yang berak tangah jalan di tuduhnya orang lain punya Najis ?. Bahlol punya pemimpin PAS.....oiii tu taktik lama dan dah basi dah, memang orang semua dah tahu kalau Din Puduraya, Mahpos, Hatta kalau dah duduk semeja nie lah hasil auta dia orang nak idup dan kelirukan rakyat.....
 
Din Puduraya mendakwa ada kilang di Johor Bahru yang mencetak pelekat palsu menggunakan logo bersih tertera perkataan "Bersama kita tumbangkan Kerajaan Sekarang, Buktikan kita mampu seperti Libya".
 
Kalau betul dakwaaan buat lah laporan polis pasti dalam masa 24 jam polis akan pergi kilang tersebut rampas semua pelekat yang di dakwa, tak payah mengarutlah......Din Puduraya.. 

Rabu, 29 Jun 2011

KEPIMPINAN ISLE NIK AZIZ BUKTIKAN NEGARA BERKEBAJIKAN

KOTA BHARU 29 Jun - Kerajaan Pas Kelantan sedia mengkaji cadangan masyarakat Cina di negeri ini yang mahu menambahkan lesen perniagaan dan premis minuman arak di negeri ini, kata anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri berkata, kajian itu bergantung kepada kewajaran dan keperluan lesen itu dikeluarkan terutama di bandar Kota Bharu.


"Kita sedia mengkaji dan menimbang cadangan itu dan suatu perbincangan akan diadakan antara kerajaan negeri dan masyarakat Cina di negeri ini yang akan turut dihadiri Exco Kerajaan Negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Lama,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco Negeri di sini hari ini.


Katanya, setakat ini MPKB telah mengeluarkan lebih 20 lesen premis menjual arak di sekitar bandar dan ini tidak termasuk yang diluluskan oleh 11 pihak berkuasa tempatan (PBT) di jajahan lain. Sumber: Utusan Malaysia

A SAMAD SAID DAN SHAHNON AHMAD

Kedua - duanya di nobat sebagai Sasterawan Negara, satu gelaran tertinggi bagi pengamal budaya dan sastera bangsa di Malaysia. Tapi apa jadi kepada mereka ini?. Dua-duanya nampak nya dah jadi SASAUWAN NEGARA kerana kemaruk kuasa dan cita-cita menakluk Putrajaya. Peringatan buat A Samad Said jangan sampai terjadi seperti SA yang  termakan SHIT yang di tulis sendiri akibatnya hingga hari ini beliau masih belum mampu berdiri sendiri. Apakah idealogi A samad said sama dengan idealogi pemimpin gerila komunis Cuba, Che Guavera.?.

Ahad, 12 Jun 2011

HIKMAH DI SEBALIK PENARIKAN SUBSIDI DIESEL

Selama ini kita semua tidak sedar bahawa kemudahan subsidi yang di beri oleh kerajaan banyak jatuh ke tangan kapitalis- kapitalis tamak yang mengaut keuntungan dari titik peluh awak-awak dari bangsa peribumi. Hari ini bila kerajaan tidak lagi mampu untuk menanggung subsidi diesel maka mereka ini seperti anak ayam kehilangan ibu. Dulu bila kerajaan kasi subsidi untuk nelayan mereka pulun cukup-cukup harga ikan tetap melambung, pendapatan awak-awak tetap tidak meningkat.

Kalau mereka ini tidak sanggup lagi ke laut,sudahlah biarkan sahaja mereka yang namanya nelayan sahaja yang turun kelaut menangkap ikan,biarlah hasil tangkapan kecil tapi dapat di jual terus oleh nelayan kepada pengguna tempatan, Biar harga melambung kerana penawaran yang sedikit selama ini perompak-perompak ini mengutamakan pasaran luar negara untuk hasil laut dari perairan Malaysia.

Siapa pengerusi dan majoriti taukeh-taukeh kapir-talis yang menguasai Persatuan Perikanan di negara kita?.
LANJUT BACA SINI

Sabtu, 11 Jun 2011

TUGAS PERTAMA MAT SABU SELAKU TIMBALAN PRESIDEN PAS

Menghuru-harakan negara pada 9hb.Julai 2011. Dengan bertopengkan "Himpunan BERSIH" Mat Sabu di kabarkan akan mendera kira-kira 100 ribu penyokong PAS untuk sama-sama buat kacau di KL pada 9hb.Julai 2011. Inilah tugas pertama Mat Sabu setelah bergelar Timbalan Presiden PARTI KEBAJIKAN SEMALAYSIA (PEKASAM)

Bagi Warganegara dan mereka yang menumpang mencari rezeki di Negara ini MPG menyeru supaya menjauhi aktiviti walkaton tak berlesen ini untuk elak daripada mendapat susah. Nak besih apa lagi, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dah buat kerja mereka, sebelum berlangsung Pilihanraya dah keluarkan semua daftar undi, dah bagi masa pihak yang bertanding ruang dan peluang untuk bantah senarai pengundi kalau rasa tak betul atau ada bukti jelas senarai pengundi itu di manipulasikan oleh pihak-pihak berkepentingan, kenapa tak buat bantahan masa tu. Kenapa PRU 12 menang 5 negeri tak kata Suruhanjaya Pilihanraya negeri tersebut tak adil?.

Siapa dapat pastikan himpunan BERSIH 9 Julai nanti tidak menimbulkan kekacauan dan tidak mengganggu ketenteraman awam? kalau betul nak berhimpun buat sahajalah kat stadium. Jadi kalau pihak berkuasa menjalankan tugas mengawal dan menghapuskan kekacauan yang berlaku jangan salahkan mereka.

Khamis, 9 Jun 2011

NEGARA BERKEBAJIKAN HJ.HADI - PESALAH ROGOL DAN ZINA AKAN DI BEBASKAN KERANA TIADA EMPAT SAKSI

PRESIDEN Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menolak penggunaan video sebagai bahan bukti dalam kes zina dan liwat dengan alasan video tidak boleh menjadi saksi kerana tiada mata dan telinga. Tambahnya, kita perlu berpegang kepada konsep empat saksi yang adil dalam kes zina dan liwat.

Sejak sekian lama beliau tidak pernah pula mengulas, malah mungkin juga menyokong terhadap penggunaan pelbagai bukti teknologi bagi menyelesaikan kes jenayah di negara ini.

Mungkin juga beliau pernah gembira apabila kes pembunuhan tertentu yang akhirnya pembunuh dapat ditangkap melalui proses kenal pasti oleh rakaman video CCTV. Malah, tiada siapa pun menentang termasuk ustaz Pas apabila CCTV digunakan dalam penyiasatan polis. Amat menghairankan sekali hari ini beliau menolak peranan video sebagai bahan bukti.

Jika begitu, saya mencabar negeri-negeri di bawah pemerintahan pembangkang agar menghentikan penggunaan CCTV bagi tujuan keselamatan. Hentikan juga menangkap dan mendakwa suspek rogol, zina dan mencuri jika pelapornya tidak menampilkan empat orang saksi yang adil. Jangan dilayan desakan tangis wanita yang mendakwa dia diperkosa di dalam semak, rumah kosong atau di hotel kerana di tempat demikian tidak mungkin ada empat saksi. Sahutlah cabaran ini wahai Abdul Hadi?

Jelas sekali ulama dan ustaz Pas kini tidak lagi konsisten dalam menegakkan keadilan. Bagi mereka, penggunaan video sebagai bahan bukti hanya disokong jika ia melibatkan kes pemimpin BN atau orang awam.

Siasatlah dengan apa jua cara sekalipun (termasuk penggunaan video) jika pesalah itu 'orang BN', tetapi jangan sesekali siasat jika pesalah itu 'orang mereka'. Justeru, layakkah mereka ini digelar ustaz untuk umat Islam?

Dengan nama Tuhan Yang Maha Mengetahui, saya menyeru seluruh umat Islam yang pandai berfikir agar menolak Pas dan pakatannya kerana mereka ini nyata sedang menyesatkan kita. Segala hukum Islam, dosa, pahala, syurga dan neraka bukan berlandaskan ketetapan Islam, sebaliknya berdasarkan kuasa dan politik. Tidak mungkin keadilan dapat dicapai jika jumudnya pendirian Abdul Hadi Awang.

Ahad, 5 Jun 2011

MUKTAMAR PAS KE 57 JADI KAMAR KEHAKIMAN PAS

Muktamar PAS ke 57 telah bertukar menjadi Mahkamah PAS dengan Presidennya bertindak menjadi hakim dengan memutuskan bahawa tindakkan Datuk Eskay mendedahkan video seks yang di serahkan kepada Polis adalah tindakkan yang di dalangi oleh BN/UMNO justeru itu kes itu perlu di siasat dan di putuskan mengikut hukum Qazaf. Nampak sangat Hj.Hadi ini begitu daif dalam membuat keputusan. Apapun sanggup di lakukan demi Anwar Ibrahim. Tanpa mahu percaya bahawa Datuk Eskay tidak menuduh Anwar berzina pun. Datuk Eskay cuma menyerahkan video seks seorang pemimpin kanan parti pembangkang dan kemudiannya setelah anwar ibrahim menyangkal,beliau membuat sumpah laknat bahawa pelaku dalam video seks itu adalah anwar ibrahim. Sepatutnya Presiden PAS ini mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja siasat siapa pelaku sebenar dalam video seks itu setelah pihak polis dan pakar dalam dan luar negara mengesahkan video seks itu adalah tulen.

Apapun nak cakap macamana lagi kalau dah seluruh perwakilan PAS dah buat keputusan untuk meninggalkan agenda Islam dan menggantikan dengan agenda kebajikan maka terpaksalah membuat kebajikan keada Anwar Ibrahim, dengan menuntut di laksanakan hukum Qazaf dalam isu Video seks ini, lantak kau lah labu......ingatlah kuasa Allah akan mengatasi segala tipu daya kamu.

Bagi mereka yang rajin membaca MPG copy paste kan penerangan berkenaan kekeliruan tentang qazaf yang di perjelaskan oleh sumber daripada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) 
Berpandukan pandangan Ulama Muktabar.

Soalan 1 : Apakah pengertian qazaf?

Jawapan : Para ulama berbeza pendapat dalam mendefinisikan qazaf seperti berikut:

i. Menurut Mazhab Syafie, Maliki, Hambali dan pegangan dua murid kanan Imam Abu Hanifah¹, iaitu Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad, qazaf ialah 'menuduh seseorang melakukan zina atau liwat'².

ii. Pada pandangan Imam Abu Hanifah, qazaf ialah 'menuduh seseorang melakukan zina sahaja'³. Justeru, menurut beliau, perbuatan menuduh seseorang melakukan liwat, tidak boleh dikenakan hukuman qazaf ⁴. Hukumannya ialah ta’zir⁵.

Soalan 2 : Adakah seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat, boleh dikenakan hukuman qazaf?

Jawapan : Seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat, TIDAK BOLEH dikenakan hukuman qazaf apabila dia dapat membawa empat orang saksi⁶. Dalam keadaan ini, hukuman hudud akan dijatuhkan ke atas perogol atau peliwat⁷, bukannya pengadu.

Soalan 3 : Apabila mangsa rogol atau liwat membuat aduan rogol atau liwat, tetapi TIDAK DAPAT membawa empat orang saksi, adakah akan dikenakan hukuman qazaf?

Jawapan : Apabila mangsa rogol atau liwat membuat aduan, tetapi TIDAK DAPAT membawa empat orang saksi, hendaklah dilihat :

i. Jika dia tidak dapat membawa sebarang bukti⁸ yang menunjukkan dia dirogol atau diliwat, dia akan dikenakan hukuman qazaf kerana telah menuduh orang lain berzina atau meliwat tanpa sebarang bukti.
Firman Allah⁹, “Dan orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan yang baik-baik, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima penyaksian mereka selamanya; dan mereka adalah orang yang fasik”.

ii. Jika dia membawa bukti yang menunjukkan berlakunya kejadian rogol atau liwat, dia akan dibebaskan dan tidak dikenakan hukuman qazaf¹⁰.

Soalan 4 : adakah ini bermakna seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat oleh seseorang yang lain, tanpa membawa empat orang saksi, TIDAK terus dikenakan hukuman qazaf?

Jawapan : Ya. Seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat oleh seseorang yang lain, TIDAK terus dikenakan hukuman qazaf walau pun gagal membawa empat orang saksi.

Berdasarkan keterangan ulama, boleh disimpulkan, setiap aduan rogol atau liwat perlu melalui proses berikut:

i. Pihak berkuasa perlu mengumpul bukti-bukti yang menunjukkan mangsa betul-betul dirogol atau diliwat;

ii. Apabila terdapat bukti yang menunjukkan pengadu memang dirogol atau diliwat, pengadu akan dibebaskan tanpa dikenakan sebarang hukuman¹¹;

iii. Jika pengadu tidak mampu mengemukakan sebarang bukti, atau pihak berkuasa tidak menemui apa-apa bukti yang menunjukkan pengadu betul-betul dirogol atau diliwat, pengadu boleh dikenakan hukuman qazaf. Ini kerana pengadu tersebut telah menuduh seseorang melakukan zina atau liwat tanpa sebarang bukti.

Dalil kenyataan-kenyataan di atas ialah keterangan Imam Abd al-Bar. Beliau menyatakan:
Para ulama telah berijma’¹² bahawa perogol [dikenakan]¹³ keatasnya [hukuman] hudud jika terdapat bukti yang mensabitkan [hukuman] hudud [ke atasnya]¹⁴ atau dia mengakuinya¹⁵. Jika tidak ada [bukti yang boleh mensabitkan hukuman hudud], maka [dikenakan] ke atasnya¹⁶ hukuman¹⁷ dan tiada sebarang hukuman ke atasnya¹⁸ apabila terbukti bahawa dia¹⁹ memaksa dan mendesaknya²⁰ [melakukan zina tanpa kerelaannya]. [Wujudnya paksaan melakukan zina] itu diketahui dengan [adanya kedengaran] tempikan [mangsa], [suaranya] meminta pertolongan dan jeritannya, serta [diketahui wujudnya paksaan melakukan zina apabila dikenal pasti] dia seorang gadis, yang boleh diketahui melalui darahnya²¹ dan seumapanya yang boleh menerangkan keadaannya [bahawa dia dipaksa]²² ...Kami tidak mengetahui [wujudnya] sebarang khilaf²³ di kalangan ulama bahawa [wanita] yang dipaksa [melakukan zina] tiada [sebarang hukuman] hudud²⁴ [dikenakan] ke atasnya apabila terbukti [wujudnya] paksaan [keatas] nya dengan [bukti-bukti seperti yang] kami sebutkan dan [yang] seumpamanya”

Soalan 5 : Apakah bukti yang boleh digunakan bagi menunjukkan berlakunya jenayah rogol atau liwat?

Jawapan : Seperti yang disebutkan oleh sesetengah ulama zaman silam²⁵, bukti tersebut seperti:

i. Mangsa datang melapor kes rogol atau liwat sambil berpaut pada tertuduh dalam keadaan kemaluannya berdarah jika dia seorang gadis;

ii. Mangsa didengari berteriak meminta tolong; atau

iii. Tertuduh dilihat membawa masuk mangsa ke dalam rumahnya²⁶ secara paksa.
Pada zaman sekarang, kajian saintifik boleh digunakan sebagai bukti kes rogol atau liwat seperti laporan perubatan, ujian DNA, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan sebagainya.

Soalan 6 : Apakah dalil yang menunjukkan bahawa mangsa rogol atau liwat, tidak dikenakan hukuman qazaf bila menuduh seseorang merogol atau meliwatnya dengan membawa bukti seperti yang dinyatakan?²⁷.

Jawapan : Dalilnya iala keterangan Imam al-Baji²⁸. Beliau berkata :
“Jika kedua-dua³⁰ orang [saksi] tidak melihatnya³¹ dipaksa [melakukan persetubuhan] dan [tidak juga menyatakan] kemungkinan dia dipaksa [melakukan persetubuhan]³², tetapi dia datang [kepada pihak berkuasa] sambil berpaut padanya³³ dalam keadaan berdarah³⁴ jika dia [seorang] gadis, atau [datang sambil berpaut pada tertuduh dalam keadaan] tidak berdarah jika dia seorang janda... maka dalam kitab Ibn al-Mawaz [yang memetik] daripada Abdul Malik dan [ulama-ulama] selainnya, [dinyatakan bahawa] “dia tidak dikenakan [hukuman] hudud³⁵ disebabkan tuduhannya ke atasnya³⁶”.

Soalan 7 : Jika mangsa rogol atau liwat tidak mampu mendatangkan empat orang saksi, tetapi dapat membawa bukti-bukti seperti yang dinyatakan³⁷, bagaimana dengan tertuduh?

Jawapan : Jika mangsa dapat mengemukakan bukti-bukti yang menunjukkan dia dirogol atau diliwat, tertuduh dikenakan hukuman seperti berikut:

i. Membayar wang dalam jumlah yang sama dengan mas kahwin semasa kepada mangsa³⁸. Hukuman ini dikenakan dengan dua syarat, iaitu terdapat saksi yang melihat tanda-tanda berlakunya jenayah rogol atau liwat³⁹; dan mangsa bersumpah bahawa dia telah dirogol⁴⁰.

ii. Hakim boleh mengenakan hukuman ta’zir-iaitu hukuman yang diserahkan kepada budi bicara hakim-ke atas tertuduh seperti hukuman denda, penjara, sebat, buang daerah dan sebagainya.

iii. Hukuman ta’zir wajib dikenakan ke atas setiap individu yang melakukan maksiat yang tidak ditentukan hukumannya oleh syarak⁴¹.

[PERBICARAAN KES QAZAF MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN UNDANG-UNDANG SYARIAH MALAYSIA]

Soalan 8 : Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, mahkamah manakah yang mempunyai kuasa membicarakan kes rogol atau liwat?

Jawapan : Menurut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, kes yang tidak melibatkan Undang-undang Keluarga Islam, dan kes tersebut berada di bawah kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, mahkamah yang berhak membicarakannya ialah mahkamah sivi atau jenayah, bukannya Mahkamah Syariah.

Soalan 9 : Mengikut Undang-Undang Syariah di Malaysia, adakah mangsa yang mengadu dirogol atau diliwat, akan dikenakan hukuman qazaf apabila gagal membawa empat orang saksi?

Jawapan : Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan kesalahan qazaf HANYA dikenakan ke atas seseorang yang TIDAK TERLIBAT dalam perbuatan zina atau liwat, yang menuduh seseorang yang lain melakukan zina atau liwat.

Ini bermakna, akta ini tidak merangkumi mangsa atau orang yang melakukan zina atau liwat itu sendiri, yang mendakwa perogol merogolnya atau menyatakan pasanganya melakukan zina dengannya.

______________________________________

1. Iaitu pengasas Mazhab Hanafi

2. Majid Muhammad (1997), al-Hudud Fi al-Fiqh al-Islami, Kuwait: Maktabah al-Falah, hlm 75

3. Ibid

4. Humana qazaf iaah 80 kali sebatan

5. Ta’zir ialah hukuman yang dijatuhkan berdasarkan budi bicara hakim. Lihat al-Zuhayli, Wahbah (1989), al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuh, cetakan ketiga, Damsyiq : Dar al-Fikr, jld 6 hlm 18.

6. Iaitu empat orang saksi yang menyaksikan kejadian rogol atau liwat.

7. Menurut pandangan Imam Abu Hanifah, peliwat hanya akan dikenakan hukuman ta’zir, bukannya hukum hudud. Lihat Ibn al-Hamam, Kamaluddin Muhammad Ibn Abdul wahid, Fath al-Qadir, Damsyiq : Matba’ah Mustafa al-Hilabi, Jld.5, hlm. 263

8. Contoh-contoh bukti yang boleh digunakan akan dinyatakan selepas ini.

9. Surah an-Nur :4

10. Dalil kepada kenyataan ini akan dinyatakan pada halaman berikutnya.

11. Dalam keadaan ini, yang dikenakan hukuman ialah tertuduh seperti yang akan dijelaskan.

12. Ijma’ ialah “persepakatan para mujtahidin dari kalangan umat Nabi Muhammad s.a.w setelah kewafatan baginda s.a.w, dalam mana-mana zaman, berkenaan sesuatu hukum syarak”. Lihat al-Zuhayli, wahbah (1986), Usul al-Fiqh al-Islami, Damsyiq : Dar al-Fikr, Jld. 1, hlm 490.

13. Perkataan dalam [ ] adalah tambahan penulis bagi menerangkan maksud asal teks.

14. Iaitu empat orang saksi yang melihat dengan jelas kejadian rogol tersebut seperti melihat pen dimasukkan ke dalam tudungnya. Apabila wujud saksi seperti ini, progol dikenakan hukuman hudud.

15. Yakni mengakui bahawa dia merogol. Pengakuan tertuduh dianggap bukti yang boleh dijatuhi hukuman hudud.

16. Iaitu tertuduh.

17. Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa seseorang yang dituduh merogol tetap akan dihukum apabila terdapat bukti. Jika bukti yang ada adalah selain daripada empat orang saksi-akan dinyatakan selepas ini-, tertuduh dikenakan hukuman ta’zir. Dengan ini, dapat difahami, dalam kes rogol, empat orang saksi diperlukan bagi mensabitkan hukuman hudud ke atas perogol. Tetapi bagi membebaskan mangsa rogol dari hukuman qazaf, empat orang saksi tidak diperlukan. Yang diperlukan hanyalah bukti-bukti yang akan disebut selepas ini-yang menunjukkan berlakunya kes rogol.

18. Iaitu mangsa rogol yang mengadu kes rogol.

19. Iaitu tertuduh.

20. Iaitu pengadu.

21. Iaitu darah yang keluar dari kemaluannya akibat dirogol.

22. Keterangan Imam Abd a-Bar ini bermakna bukti-bukti yang menunjukkan seseorang pengadu dirogol, tidak terhad kepada apa yang dinyatakan dalam teks di atas.

23. Perselisihan pandangan.

24. Samada hukuman zina atau qazaf.

25. Iaitu Imam al-Baji dalam kitabnya al-Muntaqa Syarh Muwatto’ Imam Malik seperti yang akan dinyatakan dan Imam Abd al-Bar dalam kitabnya al-Istizkar seperti yang telah disebutkan sebelum ini.

26. Iaitu rumah tertuduh

27. Lihat jawapan bagi Soalan 5

28. Beliau merupakan ulama dari Mazhab Maliki.

29. Al-Baji, Sulaiman Ibn Khalaf (1999), al-Muntaqa Syarh Muwatto’ Malik, Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Jld 4 hlm. 21.

30. Imam al-Baji menyebut ‘kedua-dua saksi’ kerana sebelum petikan di atas beliau memperkatakan tentang wanita yang mendakwa dirogol tanpa membawa empat orang saksi. Maka ‘dua orang saksi’ diambil sebagai contoh bagi saksi yang kurang daripada empat orang.

31. Iaitu wanita yang mendakwa dirogol.

32. Maksudnya saksi tidak memberikan sebarang keterangan yang menunjukkan kemungkinan mangsa dirogol seperti melihat mangsa dilarikan, mangsa dikasiri tertuduh dan sebagainya.

33. Iaitu pada tertuduh

34. Maksudnya dalam keadaan kemaluannya berdarah.

35. Iaitu hukuman qazaf.

36. Iaitu tertuduh

37. Lihat jawapan bagi soalan 5.

38. Dalam menentukan kadar semasa mas kahwin hendaklah dilihat kepada status, pendidikan, tempat tinggal mangsa dan sebagainya.

39. Seperti tertuduh dilihat membawa mangsa masuk ke dalam rumanya secara paksa seperti yang dinyatakan.

40. Al-Baji (1992), op.cit, jld 4, hlm 21.

41. Zaydan, Abdul karim (1992), Usul ad-Da’wah, Baghdad : Maktabah al-Quds, hlm. 293


 

Sabtu, 4 Jun 2011

PERJUANGAN SIA-SIA PAS SEJAK 23 OGOS 1951

HANCUR!!!PUNAH!!!!! Perjuangan yang selama ini di harapkan dapat mengimbangi dan menguatkan syariat Islam dalam kerajaan UMNO/BN akhirnya berkecai bila Presiden yang menang pasal tak de orang nak tanding dan menang pasal ulamak dalam PAS "di bisukan". berkata "Tema kita negara berkebajikan, ia sememangnya dah ada dalam Islam. Dalam al Quran tak sebut negara Islam, dia sebut negara kebajikan, jadi kita laksanakan iaitu kita dahulukan yang ada persamaan," kata Abdul Hadi.

Nak tahu lanjut PAS tipu penyokong baca link di bawah.
 lawak-apa-ni-hadi.oleh Paneh miang  

HJ.HADI SIFATKAN ULAMAK YANG TIDAK MENYOKONG PAS SEBAGAI ULAMAK SYAITAN

Memang betul-betul melampau kalau orang dah kermaruk kuasa untuk menawan Putrajaya dan dah bersekongkol dengan kafir harbi. Kawan sendiri pun di label sebagai syaitan. siapa yang mendengar ucapan Hj.Hadi semasa ucapan dasar Muktamar PAS ke 57 di Dewan Datuk Fadzil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhamad (KUIZM) hari ini pasti tercengang dan beristighfar panjang.

Mana tidaknya dalam ucapannya Hj.Hadi terang-terangan berkata bahawa ulamak di luar sana yang membisu melihat kemungkaran berlaku di hadapan mata adalah ulamak syaitan,.MPG cuba mendapatkan ulasan dari sumber-sumber PAS  tapi sehingga kini tiada siapa pun yang mengeluarkan teks ucapan penuh Hj.Hadi, mereka hanya mengulas tentang keinginan PAS menjadikan negara kebajikan, ulasan tentang tuduhan Hj.Hadi kepada ulamak sebagai ulamak syaitan tak berani nak keluarkan.Kerana mereka tahu bahawa tuduhan itu akan memakan diri mereka dan Parti PAS sendiri.

Begitu hina "ulamak luar" yang di maksudkan oleh Hj.Hadi hingga di namakan ulamak syaitan.  Hj.Hadi itu apa ulamak maksum sangat ke?.Apa pula kata ketua dewan ulamak Pusat PAS?.Dan timbalan dewan ulamak Pas Pusat?.

Patutlah Nik Aziz pun kata kawan dengan syaitan lagi baik, rupa-rupanya kedua-dua Nik Aziz dan Hj.Hadi bapak syaitan yang menentang perpaduan ummat islam di malaysia.

KLIK SINI UNTUK SIAPA SYAITAN SEBENAR

Khamis, 2 Jun 2011

Dewan Ulama PAS bawa usul Video Seks

Dewan Ulama PAS Pusat sebulat suara meluluskan usul supaya isu video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin tertinggi pakatan pembangkang dibawa dan dibahaskan dalam Muktamar Agung ke-57 parti itu Jumaat.
Usul itu akan dikemukakan anggota Dewan Ulama PAS Kelantan Nik Razi Nik Mat, iaitu adik bongsu kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan akan disokong oleh seorang perwakilan dari Kubang Pasu, Kedah.
Nik Razi berkata usul itu dibentang bagi membolehkan para perwakilan membahaskan motif sebenar ia disebarkan serta kaitannya dengan rancangan pihak tertentu untuk melemahkan pengaruh pakatan pembangkang.

Komen MPG
Baguslah moga para perwakilan muktamar kali ini dapat hidayah dari allah,sebelum membaca dan membahas usul tu elok lah sembahyang isytikharah dua rakaat, Jangan pula nanti di saman kerana menuduh Anwar Ibrahim sebagai pelaku dalam video tu....Datuk Eskay pun tak tuduh Anwar cuma kata mirip pemimpin kanan pembangkang, Tapi kalau betul Anwar pelakunya janganlah pulak teruskan sokongan kepada orang yang rendah moralnya....ingatlah kerana Kredibiliti PAS sebagai parti alternatif orang-orang melayu terhapus. Kembalilah kepada perjuangan asal,,,biarpun tak dapat tawan Putrajaya tapi harga diri tetap terpelihra....selamat bermuktamar