Ahad, 25 Disember 2011

HANYA BN BANTU KAUM INDIA

Pemimpin India terus tiada tempat dalam Pakatan Rakyat. Berapa ramai pemimpin masyarakat India akan di goreng dalam Pakatan Pembangkang?. Berapa ramai yang di nafikan hak untuk bertanding dalam parti?. Terbaharu Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh menyeru Prof. P.Ramasamy mengundurkan diri daripada menjadi timbalan ketua menteri II Pulau Pinang.

Karpal Singh berkata Ramasamy sepatutnya meletakkan jawatan secara rela hati disebabkan gagal mematuhi arahan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP supaya tidak membuat kenyataan terbuka mengenai parti itu dan menyerang para pemimpinnya. "Kedudukan Ramasamy dalam kerajaan negeri tidak lagi dapat dipertahankan kerana dia mengenepikan keputusan jawatankuasa tiga anggota parti supaya tidak mendedahkan masalah dalaman parti kepada akhbar," katanya kepada pemberita di George Town.

Karpal Singh menambah Ramasamy sedang berpakat menentangnya kerana dia tidak memenuhi permintaan mereka untuk dapatkan projek dan juga tidak melayan mereka. "Ia memberi implikasi serius bahawa kedudukannya selaku timbalan ketua menteri kini tidak lagi boleh dipertahankan. Ini adalah satu dakwaan serius. Setakat ini Ramasamy tidak pula menafikan kenyataannya itu," katanya.

  

Sabtu, 24 Disember 2011

Konsep Wasatiyah sebagai penjana 1Malaysia 1 Ummah

05/02/2010 6:01pm

PUTRAJAYA 5 Feb. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, umat Islam perlu menghayati dan mengamalkan konsep Wasatiyah yang akan melahirkan 1 ummah yang progresif.
Katanya, Wasatiyah yang bermaksud sederhana, pertengahan dan seimbang akan melahirkan ummah yang berpaksikan kekuatan keimanan kepada Allah, tanpa mengabaikan kebajikan rakyat, tanpa mengira bangsa dan agama, dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia.
Najib berkata, dalam merealisasikan Gagasan 1Malaysia yang lebih memfokus hala tuju umat Islam di negara ini, satu konsep yang bersifat komprehensif dan bersepadu perlu dirintis selaras dengan tuntutan agama Islam bagi menangani pelbagai isu dan masalah semasa yang berlaku.
Konsep Wasatiyah atau kesederhanaan ini adalah baik dan sangat digalakkan oleh Islam kerana perbuatan yang lebih daripada yang sepatutnya dilakukan adalah dianggap melampau begitu juga perbuatan yang kurang daripada yang sepatutnya dilakukan adalah dianggap suatu kecuaian.
"Maka umat Islam tidak boleh jumud dan ekstrim begitu juga tidak boleh terlalu bebas lepas tanpa sempadan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Perjumpaan Bersama Ulama dan Umara dan pelancaran Gagasan 1Malaysia dan Logo 1 Ummah peringkat agensi-agensi agama seluruh Malaysia.

Rabu, 21 Disember 2011

SEDEKAH AL-FATIHAH KHAS BUAT NIK AZIZ

Al fatihah khas buat Nik Aziz, moga mudalilul-am PAS ini tidak merasa sakit lagi, moga allah s.w.t segera menamatkan kesengsaraan beliau menghadapi kesakitan. Moga beliau mendapat rehat yang cukup.
KLIK SINI

KHALID GEREJA NAK SELAMATKAN HASSAN ALI?

Lawak sungguh kenyataan Khalid Gereja nie, dia dengan sombongnya berkata apa yang berlaku adalah kerana hendak selamatkan Hassan Ali. Dia juga berkata kalau Hassan Ali tak jadi ADUN Gombak Setia ada banyak lagi DUN lain yang Hassan Ali boleh bertanding.

Selamatkan Hasan Ali dari siapa? Selamatkan Hassan Ali dari duduk sekandang dengan haprak-haprak PAS yang sanggup menjual agama demi kuasa?, Selamatkan Hassan Ali dari menjadi duri dalam daging kepada pakatan pembangkang yang menentang sultan, Selamatkan Hassan Ali dari menjadi penentang ketika semua haprak-haprak PAS nak gadaikan negara kepada DAP?.

Isnin, 19 Disember 2011

WASIAT TERAKHIR BUAT UMMAT ISLAM


Adalah wajib bagi seluruh manusia yang mengucap dua kalimah syahadah untuk membaca dan menghayati wasiat terakhir Rasullah S.A.w agar kehidupan sempurna hingga hari kiamat, melanggar wasiat ini bermakna hancurlah kehidupan dan sengsaralah di akhirat.

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.
Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

Sabtu, 17 Disember 2011

WARNA SEBENAR POLITIK PEMBANGKANG

Edisi Pra-PRU 13.
Sedarlah wahai ummat Melayu Islam.

Isnin, 12 Disember 2011

PAS UMUM MANIFESTO KETINGALAN 57 TAHUN

Dulu zaman arwah Datuk Fadhil Noor, cita-cita PAS sangat tulen, agenda parti sangat asli, perjuangan sangat beistiqamah dan arwah sangat di kagumi di parlimen kerana perbahasannya yang banyak membantu memajukan negara terutama berkaitan dengan soal aqidah umat melayu islam. Hari ini kepimpinan PAS memang nyata HAMPAS.

Hari ini Hj. Hadi baru nak umumkan 10 manifesto yang menjanjikan kebajikan kepada rakyat (kalau menang) sedangkan semua yang di tulis dalam manifesto itu, kerajaan Barisan Nasional dah laksanakan sejak merdeka lagi.

PAS di bawah kepimpinan Hj.Hadi sangat celaru dalam perjuangannya, sekejap negara Islam, sekejap  Islam for All dan mukhtahir selepas muktamar PAS ke 54 PAS jadi negara kebajikan,

PAS mengadaikan perinsip dan mengadaikan maruah perjuangan semata-mata kerana kuasa. Paling malang semua idea dan manifesto PAS seolah - olah MENIRU Barisan Nasional.  UMNO sudah 57 tahun  berkerjasa dengan parti-parti orang cina dan india membentuk Perikatan yang kemudiannya di tukar kepada Barisan Nasional seterusnya sama-sama memerintah negara.

Parti-parti komponen ini semuanya taat dan setia kepada Kepimpinan BN yang di terajui oleh UMNO, ringkasnya mereka ini adalah golongan kafir zimmi yang wajib di lindungi.  Hari ini kerana ingin takluk Putrajaya (yang satu masa dulu nak di lelongnya) PAS sangup mengadakan perkongsian dengan golongan kafir (DAP) yang menentang negara Islam .Semua in di lakukan adalah kerana ingin berkuasa, dan baru sedar dari fahaman asyobiahnya, bahawa PAS tidak mampu menawan puterajaya jika tanpa bantuan bukan Islam. Maknanya PAS sudah 57 tahun ketinggalan dari UMNO.

PAS baru nak perjuangankan Islam for All, sedangkan UMNO dah praktikkan kesejahteraan @ keselamatan untuk semua dengan mengekalkan prinsip kebebasan beragama sejak merdeka 1957 lagi.

Jumaat, 9 Disember 2011

PKR MULA SERAM SEJUK DENGAN PAPA GOMO

Sejarah baru bakal tercipta, ketakutan yang teramat sangat menjenguk PKR menjelang PRU 13, baru kali ini puak-puak PKR rasa ketakutan yang amat sangat terhadap bloger pro- kerajaan, baru sekarang mereka sedar bloger-bloger ini mampu melenyapkan seluruh organisasi PKR dengan hanya satu posting di alam syber.

MPG mendapat maklumat AMK seluruh negara di arahkan oleh ketuanya agar membuat laporan polis terhadap bloger pro- kerajaan yang juga sahabat baik MPG iaitu papa gomo. Kononnya Papa gomo mengeluarkan artikel yang memfitnah, tidak de modal, tak de fakta yang kukuh....lawak sungguh, Nampak sangat anwar al juburi sangat terseksa dengan racun berbisa papa gomo tak de cara lain melainkan mengarahkan orang suruhannya AMK untuk membuat laporan polis.

Ca-cite, tang mananya fitnahnya tu kalau polis sendiri dah sahkan 99.99 peratus video tu tulen. Kalau fitnah saman lah trio datuk "T", kalau fitnah samanlah ummi Halfida, kalau fitnah samanlah saiful, tapi awas jangan pulak kau orang kena siasat dengan polis kerana buat laporan palsu...heee...heee..eeee

Khamis, 8 Disember 2011

MENGALAH MELAYU BUKAN BERERTI LEMAH

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Kaum lain tidak seharusnya menganggap sifat mengalah orang Melayu sebagai satu kelemahan sehingga boleh mengambil kesempatan terhadap mereka dengan sewenang-wenangnya.
Tokoh budaya dan bahasa, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah A. Karim berkata, orang Melayu sudah lama bersabar dan mengalah walaupun masih ada pihak yang cuba mempertikaikan hak serta keistimewaan mereka."Orang Melayu sudah mengalah sejak dulu lagi walaupun hak mereka dipersoalkan. Namun, ada sesetengah pihak yang menganggap sifat mengalah itu sebagai satu aspek kelemahan dan cuba mengambil kesempatan ke atasnya.

"Orang Melayu tidak pernah mempertikaikan hak kaum lain. Kita beri mereka hak kewarganegaraan, kita hormati hak mereka. Jadi, tidak seharusnya mereka mempertikaikan hak orang Melayu yang sememangnya sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas amaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada semua pihak agar tidak lagi mencuit perasaan orang Melayu dengan cuba mempertikaikan hak dan keistimewaan kaum itu yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sementara itu, Canselor Universiti Kolej Sedaya International (UCSI), Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad berkata, orang Melayu perlu lebih prihatin terhadap masalah tersebut kerana bimbang Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan akan hilang hak serta kepentingannya.

"Orang Melayu perlu sedar dan bersama menjaga kepentingan Melayu serta bumiputera agar tidak ada pihak yang sanggup mempolitikkan isu tersebut," ujarnya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, isu berat sebelah terhadap sesebuah kaum tidak seharusnya timbul kerana setiap usaha dan langkah yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri berpandukan kepada Perlembagaan Persekutuan. "Gagasan 1Malaysia merupakan langkah bijak kerajaan untuk memberi hak dan keistimewaan yang sama rata kepada semua kaum," ujarnya.

Sumber : Utusan Malaysia

Sabtu, 3 Disember 2011

UMNO MEMBINA NEGARA


Hayati asas dan tujuan UMNO di tubuhkan sepertimana yang terdapat di dalam perlembagaan UMNO nescaya orang yang berakal sedar bahawa segala perjuangan melalui parti pembangkang adalah sia-sia, Kerana sejak 1946 lagi UMNO telah memperjuangkan semuanya .

PERLEMBAGAAN UMNO
FASAL 3 – Asas & Tujuan

UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.

3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.

3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.

3.4 Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

3.5 Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.

3.6 Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.

Selasa, 29 November 2011

MENUNJANGI SURVIVAL BANGSA : SATU JIHAD

Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Barisan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri

Saudara-saudari sidang perwakilan dan pemerhati sekalian.

1. Marilah kita dahului dengan sembah tahmid ke hadrat Allah S.W.T. dan selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama-sama berhimpun pada malam yang bersejarah ini untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) bagi tahun 2011.

2. Perhimpunan tiga sayap penting parti UMNO ini adalah kemuncak manifestasi suara akar umbi umat Melayu yang mahu melihat perjuangan bangsa diperkasa, kesucian agama dibela, kedaulatan pertiwi dipertahan dan keutuhan parti UMNO sebagai gerakan pembela umat Melayu yang tiada galang-ganti ini diperkukuh dan diperteguhkan. Inilah perhimpunan terbesar umat Melayu yang mengangkat suara keramat rakyat dari segenap ceruk desa dan kota, dari segenap lapisan warga, untuk dijadikan suluhan, panduan dan sempadan dalam melayari bahtera di samudera perjuangan meninggikan agama, memartabatkan bangsa, mendaulatkan nusa dan menobatkan siasah parti UMNO yang tercinta.

Kesatuan kita ini ibarat kata pepatah Melayu:

Bulat Air kerana Pembetung
Bulat Manusia kerana Muafakat
Kata seia kata sepakat
Setuju sependirian setuju sependapat
Kata dibulati kata bertepati
Janji termeteri, kejayaan dinikmati

3. Maka dalam semangat Maal Hijrah, marilah kita perkukuhkan kesatuan hati sesama kita, marilah kita semarakkan muafakat yang membawa berkat, supaya terpancar darinya sinar azimat yang menyuluh lorong-lorong perjuangan kita. Demikianlah ajaran junjungan besar kita Rasulullah S.A.W yang membentuk kesatuan Ansar dan Muhajirin, yang mendamaikan permusuhan ‘Auz dan Khazraj.

4. Sesungguhnya, harapan umat Melayu terhadap UMNO tinggi menggunung. Sebagai parti yang tertubuh atas semangat kental perjuangan, UMNO memikul amanah besar untuk terus membela kesucian agama, menjulang maruah bangsa dan mempertahankan kedaulatan negara. Di atas jemala UMNO, terhimpun sejuta harapan dan cita-cita umat Melayu yang mahu melihat bangsa Melayu menjadi bangsa yang bermaruah, bermartabat dan merdeka jiwanya.

Saudara dan Saudari Sekalian,

5. Langit tidak selalunya cerah, laut tidak selalunya tenang. Tsunami politik yang melanda ketika Pilihan Raya Umum 2008 dilihat oleh banyak pihak sebagai titik mula perubahan landskap politik yang ketara di negara kita. Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen. Kedudukan UMNO dan parti-parti komponen BN tidak sekuat dulu. Kuasa politik Melayu semakin goyah.

6. Tidak semena-mena timbul persepsi bahawa UMNO tidak lagi mampu untuk membela nasib orang Melayu. Malah, pelbagai tuduhan liar dilempar kepada UMNO. Ada yang kata UMNO tidak berbuat apa-apa untuk orang Melayu selama 54 tahun memerintah; UMNO parti rasis; UMNO pemuflis negara; UMNO anti-demokrasi; malah ada yang mengatakan UMNO adalah ibu segala kejahatan. Na’uzubillahi min zalik.

7. Segala fitnah terhadap UMNO ini ibarat api yang memamah setiap helaian jasa dan bakti UMNO. Malah, dalam zaman fitnah yang menggila ini, pemimpin nombor satu kita tidak terkecuali daripada menerima percikan api fitnah. Hinggakan keheningan mengerjakan ibadah haji pun diganggu oleh kilang-kilang fitnah yang bekerja lebih masa. Kepada YAB Presiden, usah resah, usah gelisah, usah gundah, usah gulana. Teruskan perjuangan. Ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni, ke lautan sama direnangi. La takhaf wa la tahzan innallaha ma’ana.

8. Sesungguhnya, percikan api fitnah mereka menyambar dan merebak ke segenap sudut kehidupan, menyemarak sentimen kebencian. Matlamat penyebar fitnah jahat ini amat jelas - hilangkan keyakinan rakyat terhadap pemimpin utama UMNO dan meruntuhkan harapan orang Melayu terhadap parti keramat ini. Tujuan mereka tidak lain hanya mahu merampas kuasa politik.

 9. Pada masa yang sama, parti-parti pembangkang mengambil kesempatan atas hakisan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum 2008 untuk menunjukkan tembelang mereka yang sebenar. Parti DAP tanpa segan silu membuat kenyataan demi kenyataan menghina Islam dan orang Melayu. Daripada soal kedudukan Raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, segala-galanya cuba dipertikai dan dirobek satu demi satu oleh parti DAP.

10. Kemenangan DAP di Pulau Pinang dan kejayaannya mendominasi kerajaan pembangkang di Selangor, dan sebelum itu di Perak, seolah-olah memberikan lesen paling besar kepada parti paling rasis ini untuk menyerlahkan sikap cauvinis melampau. Mereka langsung tidak menghormati institusi Raja-raja Melayu, menghina pegawai-pegawai kerajaan yang majoritinya berbangsa Melayu, mencerca pasukan keselamatan dengan penghinaan yang keterlaluan, mempertikai institusi penguatkuasaan, menjatuhkan wibawa institusi kehakiman dan memperkuda sekalangan orang Melayu dengan tujuan mendapatkan kuasa bagi diri mereka sendiri.

11. Tembelang DAP untuk menubuhkan sebuah negara republik dengan mengetepikan nilai, sejarah dan jati diri Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan semakin jelas kelihatan. Masakan tidak, mereka berani mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihan raya tanpa perlu dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong. Apa maknanya ini? Maknanya, sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembangaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak sesuai lagi dengan tembolok mereka untuk melahap kuasa.

12. Ketika umat Islam bangkit bersatu mempertahankan akidah umat daripada diruntuhkan oleh kumpulan yang berniat jahat, DAP dan konco-konconya, bertubi-tubi mempersenda umat Islam. Semakin nyaring suara umat Islam membela kesucian agama, semakin ghairah mereka menjalankan dakyah jahat ke atas umat Islam atas nama kebebasan beragama. Agenda mereka yang sebenar ialah ingin melihat perpecahan di kalangan umat Islam dan melaga-lagakan umat Islam dengan bukan Islam.

13. Parti DAP ini tidak pernah melihat apa-apa kebaikan yang ada pada orang Melayu dan Islam. Bagi DAP, walaupun ia mendakwa ia parti demokratik pelbagai kaum, ironinya dari dulu hingga sekarang DAP hanya dipimpin oleh kelompok tertentu daripada satu kaum saja. Atau lebih tepat lagi, dari keluarga tertentu dalam kelompok tertentu dari kaum tertentu saja. Namun kita yakin dan percaya DAP tidak mewakili keseluruhan suara kaum itu.

14. Hari ini kita dengar DAP sedang giat memancing orang Melayu untuk menyertai parti itu. Mereka ditawarkan jawatan dalam parti dan dijanjikan menjadi calon dalam pilihan raya. Jika menang, mereka berpeluang dilantik sebagai ahli Exco atau Menteri Besar di negeri-negeri tertentu. Ganjarannya tampak sungguh lumayan.

15. Namun, orang Melayu mesti berwaspada. Jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP. Tujuan sebenar parti paling rasis ini bukanlah untuk memberi kuasa kepada orang Melayu, jauh sekali menyerahkan kepimpinan parti itu kepada orang Melayu. DAP hanya mahukan si Melayu yang malang ini menjadi kuda tunggangan yang kerjanya sekadar menjaga kepentingan cauvinis DAP. Orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah pengkhianat bangsa. Janganlah jadi pembelot seperti Si Kitol. Janganlah jadi seperti tikus membaiki labu. Janganlah jadi seperti Pak Kaduk, menang sorak, kampung tergadai. Janganlah sudah terhantuk, baru terngadah. Jangan sampai nasi menjadi bubur. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. DAP sudah pasti bukanlah parti untuk orang Melayu dan Bumiputera.

16. Begitulah juga dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR). PKR ini ketandusan agenda untuk orang Melayu dan Islam. PKR sebuah parti ultraliberal yang tiada asas moral dalam perjuangannya. Jika tidak, masakan orang yang sedang dibelenggu krisis kredibiliti yang serius terus diangkat memimpin parti itu secara tidak demokratik. Mana mungkin kedudukan agama, bangsa dan negara boleh dijaga oleh PKR jika yang diangkat menjadi pemimpin pun bergelumang dengan masalah kredibiliti.

17. Ringkasnya, PKR sebuah parti yang amat tenat. Hampir kesemua pengasas parti ini telah meninggalkan parti dan menyokong UMNO. Sudahlah tiada matlamat perjuangan yang jelas, retak dalam parti itu juga sedang menunggu belah. Masing-masing sedang menilik nasib Ketua Umum mereka. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Yang mahu terus timbul, mereka menggunakan pelbagai cara untuk menyucikan Ketua Umum mereka. Yang petah berceramah menggunakan pentas Islam untuk menjaja pelbagai konsep fikah – daripada fiqh maqasid kepada qazaf – semata-mata untuk membela Ketua Umum mereka. Bagi yang berfikiran ultraliberal, mereka mengambil kesempatan atas kemelut moral yang berlaku untuk mewajarkan pelbagai amalan yang bertentangan dengan budaya masyarakat Timur atas nama kebebasan. Mutakhir ini, pemikiran pluralisme agama yang amat mengelirukan umat Islam juga cuba dimurnikan oleh golongan ini semata-mata untuk mewajarkan pemikiran Ketua Umum mereka yang semakin bercelaru.

18. Walaupun satu pihak dalam PKR menggunakan hujah agama manakala satu pihak lagi menggunakan hujah ultraliberal melampau, matlamat mereka cuma satu, iaitu mempertahankan Ketua Umum mereka. Dari satu segi, PKR dulu, kini dan selamanya tidak pernah berganjak daripada tujuan penubuhannya, iaitu mempertahankan seorang individu. Untuk itu syabas kita ucapkan kepada PKR, walaupun sebenarnya:

Hisap rokok dalam kelambu,
Terbit asap menjadi abu
PKR umpama golok kayu
Tetak tak lut gadai pun tak laku.

19. Lain pula halnya dengan PAS. Suatu ketika dulu, PAS begitu komited dengan agenda mendirikan negara Islam. Bagi mereka, Islam adalah ghayah atau matlamat dan PAS adalah wasilah atau alat untuk mencapai matlamat. Mereka begitu komited sehinggakan sanggup menuduh sesiapa saja yang tidak menyokong perjuangan parti itu sebagai kafir. Malah, UMNO dikatakan parti taghut kerana tidak menyokong agenda negara Islam acuan PAS. Akibatnya, umat Islam berpecah dan berbalah sesama sendiri lantaran fatwa songsang PAS.

Saudara dan Saudari Sekalian,

20. Mutakhir ini, tak semena-mena PAS sudah tidak lagi memperkatakan tentang matlamat menubuhkan negara Islam. Tatkala sekali-sekala terpacul perkataan negara Islam dari mulut pemimpin PAS, berpakat-pakat pemimpin PKR dan DAP mengecam PAS. Bagi mereka, negara Islam bukanlah matlamat pakatan politik yang mereka bentuk.

21. Anehnya, PAS tidak pula mengatakan PKR dan DAP sebagai parti taghut. Jauh panggang dari api, PAS sebaliknya mengangkat kedua-dua parti itu sebagai rakan sekongkol dan sekedudukan mereka. Negara Islam sudah tidak ada lagi dalam kamus politik PAS. Ternyata, tsunami politik yang melanda dalam pilihan raya umum lalu telah menghanyutkan istilah negara Islam dari kamus politik PAS. Bagi PAS, dalam menghadapi landskap politik baharu ini, sokongan DAP dan PKR lebih penting berbanding mempertahankan prinsip perjuangannya sendiri.

22. Nampaknya, apa yang berlaku hari ini bukan PAS Ganti UMNO seperti yang dicanang oleh mereka. PAS takkan boleh menggantikan UMNO kerana UMNO tiada galang-ganti. Yang sebenarnya berlaku ialah DAP Ganti PAS. DAP bercakap mengenai Islam, PAS mengiyakan saja. Pemimpin DAP menyebut dua tiga patah ayat al-Qur’an walaupun salah, PAS mempertahankan. Pemimpin DAP menggelar dirinya Khalifah Umar Abdul Aziz, PAS memberi pengiktirafan. Pemimpin DAP berceramah, penyokong PAS bertakbir. Tetapi apabila PAS menyebut tentang Negara Islam, pemimpin DAP lah yang pertama sekali mengecam PAS. Dan apabila dikecam, PAS diam seribu bahasa. Apa maknanya ini? Maknanya, DAP lah yang memberi definisi kepada Islam yang dianuti oleh PAS. DAPlah yang menjadi penentu arah aliran Islam yang dibawa oleh Pakatan Pembangkang. Bukankah ini maknanya DAP menggantikan PAS?

23. Untuk menutup kegagalan mereka mempertahankan kesucian Islam, PAS mengemukakan agenda Negara Berkebajikan. Kini, mereka mengatakan konsep Negara Islam tidak disebut dalam al-Quran, yang ada hanyalah Negara Berkebajikan. Malang bagi PAS kerana setelah puluhan tahun memperjuangkan negara Islam, tetapi akhirnya mengatakan konsep negara Islam tiada dalam al-Quran. Maknanya, selama ini PAS membohongi umat Islam dengan perjuangan palsu

24. Walau apapun, kita hendak bertanya kepada PAS. Negara Berkebajikan bagaimana yang mereka ingin wujudkan? Yang kita tahu, bekalan air bersih pun tidak mampu mereka sediakan kepada rakyat Kelantan. Bukankah air adalah keperluan rakyat paling asas yang mesti dipenuhi oleh mana-mana kerajaan. Justeru, kita nak katakan kepada PAS, kalau bekalan air bersih pun tak dapat disediakan, janganlah simpan angan-angan hendak wujudkan Negara Berkebajikan. Selesaikan dulu masalah air di Kelantan, kemudian barulah bercakap soal Negara Berkebajikan.

25. Sebenarnya PAS bukanlah beriya-iya benar hendak mewujudkan Negara Berkebajikan. Mereka sendiri pun tak faham apa maksud Negara Berkebajikan. Slogan Negara Berkebajikan hanyalah helah politik PAS untuk menutup kelemahan sendiri kerana tergadainya matlamat untuk mendirikan negara Islam. Apa yang penting bagi PAS, slogan Negara Berkebajikan boleh diterima oleh DAP.

Saudara dan Saudari Sekalian,

26. Perkembangan mutakhir ini semakin meresahkan orang Melayu. Mereka tertanya-tanya apakah nasib masa depan umat Melayu di tanah air sendiri. Terbangunkah ekonomi Melayu dan Bumiputera jika apa saja usaha untuk membantu mereka dianggap sebagai rasis dan berpilih kasih? Apakah orang Melayu dan Bumiputera akan mendapat bahagian yang adil dalam pengagihan kekayaan? Wujudkah peluang-peluang ekonomi untuk orang Melayu dan Bumiputera dalam dunia yang semakin kompetitif?

27. Bagaimana dengan peluang pendidikan untuk anak-anak Melayu dan Bumiputera? Masihkah boleh mereka bergantung harap kepada biasiswa daripada kerajaan? Apakah ada ruang untuk mereka membangunkan potensi diri dalam rancangan pembangunan modal insan negara? Bagaimana pula dengan peluang-peluang pekerjaan untuk mereka? Selain itu, apakah kedudukan istimewa agama Islam akan terus terjamin? Terbelakah agama Islam jika serangan bertubi-tubi kepada institusi-institusi Islam berterusan? Terpeliharakah kesucian Islam jika parti seperti DAP lebih berpengaruh mentakrifkan

28. Seterusnya, orang Melayu bertanya, akan kekalkah kuasa politik Melayu jika pembangkang terus melakukan serangan demi serangan terhadap institusi-institusi Melayu? Mampukah UMNO untuk membela nasib umat Melayu? Mampukah UMNO untuk terus bersuara mewakili mereka seperti dulu? Mampukah UMNO untuk terus memenuhi harapan orang Melayu? Atau adakah UMNO akan terus terperangkap dalam psikologi politik pasca-tsunami 2008 yang meresahkan orang Melayu?

29. Sebenarnya, jawapan kepada persoalan-persoalan ini ada pada kita semua. Sebagai ahli UMNO, sebagai pemimpin UMNO, kita semua memikul amanah besar untuk terus membela agama, bangsa dan negara yang menjadi asas dan matlamat perjuangan UMNO.

30. Hakikatnya, UMNO telah bangkit daripada rempuhan tsunami 2008. Kita tidak pernah menyerah kalah kepada tujahan kuasa politik pembangkang yang ingin merobek segenap sudut perjuangan UMNO dalam membela orang Melayu. Ketika umat Melayu resah memikirkan apakah ada pembelaan terhadap mereka dalam sektor ekonomi, kerajaan Barisan Nasional yang diterajui UMNO tanpa rasa apologetik telah menubuhkan Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera (MTAB) yang dipengerusikan sendiri oleh YAB Presiden selaku Perdana Menteri. MTAB bertanggungjawab untuk memastikan penyertaan orang Melayu dan Bumiputera dalam sektor ekonomi terus diperkasa. Lantaran itu, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) juga ditubuhkan untuk menyelaraskan penyertaan Bumiputera dalam sektor ekonomi yang semakin

31. Terkini, YAB Perdana Menteri telah pun melancarkan Program Transformasi Ekonomi Bumiputera dengan memberi tumpuan kepada tiga fokus strategik iaitu, (i) pengukuhan pendidikan serta pembinaan keupayaan Bumiputera; (ii) pembaharuan instrumen dasar dan rasionalisasi sistem penyampaian; dan (iii) penumpuan kepada pemerolehan, penciptaan dan pembangunan perniagaan berskala besar. Tiga fokus strategik ini diharapkan dapat melonjakkan pencapaian Bumiputera dalam bidang ekonomi. Selain itu, penyertaan Bumiputera dalam sektor ekonomi akan terus dipertingkatkan melalui pelbagai projek pemula di bawah Program Transformasi Ekonomi dan juga melalui Program Transformasi Luar Bandar. Semua ini adalah kesinambungan daripada usaha-usaha yang telah dilakukan UMNO selama ini dalam perjuangan mengangkat martabat ekonomi

32. Begitu juga ketika orang Melayu resah memikirkan sama ada pendidikan anak-anak mereka akan terus terbela, pemimpin UMNO tegas mempertahankan hak pelajar Melayu dan Bumiputera yang berkelayakan untuk mendapatkan biasiswa dan lain-lain bantuan pendidikan daripada kerajaan. Terbaru, kita telah menubuhkan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera untuk membantu anak-anak Bumiputera mendapatkan pembiayaan pendidikan. Dengan dana sebanyak 500 juta ringgit, kita mensasarkan 12,000 pelajar Melayu dan Bumiputera akan menerima manfaat dalam tempoh 5 tahun akan datang. Semua ini adalah manifestasi komitmen UMNO untuk memastikan anak-anak Melayu dan Bumiputera yang cemerlang dapat melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan berjaya dalam

33. Yakinilah, sebagai parti yang bertanggungjawab, UMNO akan terus membela hak anak-anak Melayu dan Bumiputera untuk mendapatkan segala bantuan pendidikan yang layak bagi diri mereka. Pada masa yang sama, atas dasar keadilan, kita juga tidak menafikan hak anak-anak kaum-kaum lain untuk mendapat kemudahan yang sama. Inilah prinsip al-‘adl wal ihsan yang ditekankan dalam agama

34. UMNO juga akan terus mempertahankan institusi-institusi agama dari terus dipersenda dan diperleceh. Kedudukan Raja sebagai Ketua Agama akan dijunjung. Kewibawaan institusi mahkamah syariah, agensi penguatkuasa agama dan undang-undang Islam akan terus dibela. Pendidikan Islam akan diperkasakan lagi. Kerajaan Pusat komited untuk membantu sekolah-sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri dari segi pembangunan infrastruktur, kurikulum, latihan guru dan sebagainya. Bantuan akan diberikan kepada semua sekolah agama melangkaui batas ideologi politik. Ini adalah keikhlasan UMNO untuk memastikan pendidikan Islam terus bermartabat di negara

35. Fokus kepada pendidikan Islam adalah selari dengan pendekatan wasatiyyah UMNO, iaitu sederhana dan berimbang, dalam melakukan lonjakan terhadap Islam dan hubungannya dengan pembangunan dan ketamadunan. Al Quran memberikan asas tentang ummatan wasata sebagai strategi terbaik membangunkan Islam, bukannya pendekatan ekstrem yang hanya terpancar dengan retorik dan kenyataan-kenyataan yang umum sifatnya dan tidak memberi kesan kepada pembangunan institusi dan sistem.

Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 143:

Yang bermaksud:

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan

36. Dengan pendekatan wasatiyyah ini kita seimbangkan pembangunan rohani dan pembangunan fizikal, antara tuntutan fardhu ‘ain dan fardhu kifayah. Kedua-duanya adalah dituntut oleh Islam. Dalam konteks ini, Islam harus diberi makna yang luas. Ianya bukan sahaja satu sistem kepercayaan, tetapi juga cara hidup yang mencakupi segenap segi kehidupan. Al-Quran dalam Surah Al-Asr yang memberi maksud orang-orang yang beriman adalah orang-orang yang melakukan amal soleh. Ertinya, syi’ar Islam tidak hanya terpancar melalui amalan ritual semata-mata, tetapi juga melalui amal soleh dan pembangunan yang membawa kesejahteraan hidup

37. Inilah komitmen UMNO. Kita mengambil pendekatan seimbang dan bijaksana supaya umat Melayu diperkasa dan Islam dimartabat. Ini jugalah tekad politik UMNO dalam memastikan umat Melayu semakin maju dan berwibawa dalam segala bidang dan

38. Namun sebagai parti tunjang di dalam Barisan Nasional, UMNO telah membuktikan komitmen mensejahterakan rakyat merentasi batas kaum. Dengan konsep perkongsian kuasa, UMNO telah membuktikan keikhlasannya memimpin dalam kepelbagaian bangsa dan kelainan agama. Sebagai contoh, sewaktu kita memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru, walaupun kita dikritik hebat, hakikatnya limpahan nikmat turut sama dikongsi oleh semua kaum. UMNO tetap sedar bahawa bagi meneruskan kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara, realiti landskap politik negara yang majmuk sifatnya mesti dipelihara. Jangan kita tanamkan kebencian kepada kaum-kaum lain. Jangan kita lemparkan kehinaan kepada agama-agama lain. Jangan kita titipkan prasangka kepada budaya-budaya lain. Kita bukan rasis seperti DAP.

Saudara dan Saudari Sekalian,

39. Saya mengambil sedikit masa untuk menyentuh tentang persoalan-persoalan yang berlegar di benak fikiran orang Melayu, tentang beberapa isu yang amat penting kepada kelangsungan mereka, supaya generasi muda dan sayap-sayap parti memahami apakah psikologi dan minda Melayu yang kita hadapi hari ini. Sesungguhnya, kita sedang berada dalam satu situasi yang amat kritikal. Pilihan raya umum ke-13 adalah ibu segala pilihan raya yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu. Apakah kuasa politik kekal berada di tangan kita? Atau akan terlepas ke tangan orang lain?

40. Sanggupkah saudara-saudari melihat kuasa politik terlepas dari genggaman kita? Sanggupkah kita membenarkan pembangkang menawan Putrajaya? Sanggupkah kita melihat orang Melayu hilang kuasa di bumi sendiri? Jawapannya tentu sekali tidak.

41. Ayuh, gerakkan seluruh kekuatan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO untuk menjadi benteng parti. Datuk Seri Shahrizat, Pergerakan Wanita adalah srikandi UMNO. Pengaruh wanita amat kuat dalam masyarakat. Setiap undi wanita amat penting kepada UMNO. Perkukuhkan gerak kerja Jalinan Rakyat. Perhebatkan aktiviti Skuad Sayang dengan pendekatan yang tersusun dan teratur. Kajian sikap mesti tepat, penyelarasan dan kerjasama dengan kepimpinan bahagian mesti mantap.

42. Saudara Khairy, andalah panglima perang paling muda dalam UMNO. Gerakkan barisan pemudamu, jadilah benteng UMNO yang kukuh. Turun ke akar umbi, dekati dan selamilah aspirasi generasi seangkatan denganmu. Persiapkan hulubalang pemuda untuk bertarung dalam peperangan yang paling perit dalam sejarah parti kita. Bersedialah dengan kekuatan mental dan fizikal. Biar putih tulang, jangan putih mata!

43. Landskap politik kini adalah milik orang muda. UMNO komited untuk memberikan keyakinan, kepercayaan dan ruang kepada generasi muda. Kepada pemimpin-pemimpin UMNO, berilah laluan kepada generasi muda untuk sama-sama mencurahkan bakti kepada parti. Bimbinglah mereka. UMNO tidak akan menjadi parti yang kekal selama-lamanya tanpa dokongan orang muda.

44. Datuk Rosnah, Puteri adalah permata UMNO. Pimpinlah Puteri dengan kesatuan hati dan matlamat. Dalam kelembutan Puteri, serlahkan peranan anda untuk membawa golongan wanita muda ke pangkuan UMNO. Bingkaslah untuk menarik sokongan rakyat kepada parti. Perhebatkan program Puteri di segenap peringkat. Kembalikan kegemilangan Puteri sebagai sayap tempat bernaung remaja dan wanita muda untuk bersama-sama mencorak hala tuju Negara. Laksanakan peranan anda dengan berkesan supaya parti kita menjadi lebih kuat.

45. Atas segalanya, kitalah yang menentukan kekuatan parti kita. Jika kita bersatu hati (wahdatul qalb), bersatu minda (wahdatul fikr), bersatu amal (wahdatul amal) dan bersatu matlamat (wahdatul hadf) parti kita akan kuat. Ketepikan perbezaan dan persengketaan. Lemparkan segala sifat tercela jauh ke lautan hitam. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Yakinlah, perjuangan ini adalah jihad untuk agama, bangsa dan negara. Jihad untuk keadilan. Jihad untuk pertahan hak. Percayalah, pilihan raya umum nanti mempunyai makna yang cukup dalam kepada kelangsungan kita. Pilihan raya ini adalah medan jihad dan saudara-saudari adalah para mujahid dan mujahidah.

46. Calon adalah senjata parti untuk menang. Berilah sepenuh keyakinan kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya. Yang penting, calon kita mesti berkaliber, berpendidikan, berwibawa, berjiwa rakyat, bersih, jujur, amanah, tinggi moralnya dan diterima oleh rakyat. Akurlah dengan keputusan pucuk pimpinan. Berilah sokongan padu kepada setiap calon. Gerakkan jentera untuk membantu mereka.

47. Tumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada parti dan pemimpin. Marilah kita bersatu menjayakan agenda transformasi yang dibawa oleh YAB Presiden. Pendekatan berani YAB Presiden dalam memperkenalkan transformasi politik, dalam menunjangi perubahan, perlu disambut oleh segenap lapisan ahli-ahli UMNO.

48. Pertahankan parti dengan seluruh jiwa dan raga. Jangan lari dari medan perjuangan. Jangan mengaku kalah sebelum berjuang. Jangan kita mencalit arang ke muka parti. Jangan sabo. Jangan boikot. Jangan cah keting. Jangan peteh sama sendiri. Jangan ‘mandikan’ calon-calon kita. Jangan tutup bilik gerakan. Jangan lari ke luar negeri. Jangan tikam kawan. Jangan lakukan apa sahaja yang boleh menjejaskan peluang parti untuk menang dalam pilihan raya. Ingat, pilihan raya nanti adalah pertandingan hidup atau mati. Ingat, pilihan raya nanti bukan untuk kemenangan diri tetapi adalah untuk kemenangan parti.

49. Sebagai sebuah organisasi, UMNO tidak sunyi daripada kelemahan dan kekurangan. UMNO bukanlah malaikat. Kita insaf dan sedar. Kita sentiasa mengorak langkah melakukan perubahan dan memperbaiki kelemahan tanpa menggadai prinsip perjuangan.

50. Dalam perjuangan ini, UMNO tidak boleh bersendirian. Ajaklah, serulah, panggillah, pujuklah seluruh umat Melayu untuk bersama kita. Raih setiap sokongan dan keyakinan seluruh persatuan Melayu, gabungan Melayu, badan-badan ekonomi, sosial, pendidikan, agama, belia, budaya untuk bersama kita di bawah panji UMNO dalam mempertahankan survival umat Melayu. UMNO melihat seluruh organisasi Melayu sebagai pejuang. Mereka ada sumbangan dan peranan yang besar. Ajaklah penyokong pembangkang yang sudah hilang kepercayaan kepada perjuangan parti mereka yang sia-sia untuk bersama-sama kita. Demi kelangsungan umat Melayu, marilah kita bersatu. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Ali Imran Ayat 103:

Yang bermaksud:

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya.

51. Gendang perang sudah dipalu. Langkah pendekar sudah disusun. Bangunlah! Berjuanglah! Pergilah ke seluruh 222 Parlimen, 576 Dewan Undangan Negeri dan 7470 Pusat Daerah Mengundi. Jangan ada yang tertinggal, tersisih dan tercicir. Jangan ada satu pun yang terlupa. Raih setiap undi di setiap kawasan. Ingat, walaupun satu undi ia akan menentukan kemenangan kita.

52. Beri tumpuan kepada masalah rakyat. Rasai denyut nadi mereka. Dengar rintihan dan keluhan mereka. Bantulah mereka. Kita adalah mata, telinga dan suara rakyat. Paling utama, kita mesti bertanggungjawab. Lunaskan tanggungjawab moral kita sebagai pejuang UMNO dengan membantu rakyat.

53. Membujur lalu melintang patah, jangan hanya dilaungkan tapi buktikan kita tidak rela membiarkan pembangkang terus menghina perjuangan parti kita. Kita tidak akan berganjak walau seinci daripada memastikan rakyat tidak diperdaya dan diperalatkan.

Patah sayap bertongkat paruh,
Patah paruh bertongkat siku,
Patah siku bertongkat dagu,
Patah dagu bertongkat kuku.

54. Medan perang di hadapan kita. Kita tiada banyak pilihan. Maralah ke hadapan dengan semangat kental Tariq bin Ziyad, panglima muda yang menakluki Andalusia. Ketika menyeberangi Selat Gibraltar dengan bilangan tentera yang kecil, Tariq berkata kepada tenteranya:

“Dengarlah semua! Ke mana kamu semua dapat lari? Lihat apa yang menanti kamu. Lautan di belakang dan musuh di hadapan. Pada diri kamu semua hanya tinggal keikhlasan dan kesabaran ... Musuh di hadapan sedang menanti dengan pasukan tentera dan peralatan yang lengkap ... Ingat, perlindungan daripada pihak musuh hanyalah pedang-pedang di tangan kamu. Sekiranya pasukan kita lambat mencapai kemenangan, peluang keemasan untuk terus hidup akan hilang. Ketakutan yang melanda pihak musuh berganti menjadi berani untuk menentang pihak kita. Oleh itu, berjuanglah bersungguh-sungguh bagi mempertahankan nyawa kamu”.

55. Ayuhlah srikandi UMNO! Ayuhlah hulubalang UMNO! Ayuhlah permata UMNO! Rapatkan saf perjuangan parti! Berdiri teguhlah di belakang YAB Presiden parti. Bangkitlah pertahankan kelangsungan umat Melayu! Bangunlah menjulang panji perjuangan! Maralah tewaskan musuhmu di hadapan. Pastikan kemenangan milik kita!

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya merasmikan Persidangan Serentak Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2011.

Tan Sri Mahyuddin Bin Mohd Yassin
Timbalan Presiden UMNO
29/11/2011 @ 9.30pm
PWTC

Ahad, 27 November 2011

NFC RAKYAT TUNTUT CERITA SEBENAR ; SALAH BETUL RAKYAT PUTUSKAN

Pada  pandangan MPG siapa dan apa tujuan kontrovesi NFC di lakukan bukanlah persoalan pokok, yang amat penting ialah rakyat ingin mengetahui bagaimana peruntukan kerajaan sejumlah 250 juta itu mencapai matlamat dan tujuan kementerian pertanian dan industri asas tani.Sebelum ini MPG ada membuat posting berkaitan NFC, menurut firasat MPG isu NFC menyebabkan kerusi Lembah pantai kekal di tangan PKR. Walaubagaimanapun adalah tidak adil bagi MPG untuk tidak menyiarkan artikel yang berkaitan NFC yang perlu juga di baca oleh pengunjung blog ini dan membuat pertimbangan sendiri,

NFC:kontroversi berpunca dari DAP part 1

Kontroversi NFC berpunca dari DAP part II

MANUSIA TAK BERMORAL PM MALAYSIA KE-7?

Apa dah gila ke semua pencacai PKR nie, mimpi di siang hari ke atau hanya retorik politik untuk meraih simpati ahli, siapa anwar dalam parti PKR adakah jawatan beliau dalam parti di pilih oleh perwakilan?. Siapa PKR dalam Pakatan Pembangkang, majoriti kerusi ke? DAP dan PAS dah setuju ke si peliwat nie jadi PM. Menang PRU 13 dululah baru cerita, lepaskan diri dari sg.buluh dululah baru cerita.
 
PKR ikrar Anwar akan jadi PM ketujuh
Timbalan presiden PKR, Azmin Ali menyatakan ikrar untuk terus mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berdepan dengan hukuman penjara berhubung tuduhan liwat yang dihadapi ketua umum parti itu.

Azmin juga memberi peringatan keras kepada Umno bahawa PKR akan terus mara walau apa pun konspirasi dijalankan untuk memenjarakan Anwar.

NONE"Kami anak muda dan wanita berikrar akan bangkit meruntuhkan tembok kezaliman penjara untuk membebaskan Anwar Ibrahim.

"Pakatan Rakyat telah sepakat bahawa Anwar Ibrahim adalah perdana menteri Malaysia yang ketujuh," katanya disambut tepukan kira-kira 1,500 orang perwakilan ketika menyampaikan dalam ucapan dasarnya di kongres PKR kelapan di Johor Bahru hari ini.- Sumber : Malaysiakini.

KERANA ISU NFC KERUSI LEMBAH PANTAI TERUS DI TANGAN PKR

Jawab kenapa peruntukan NFC berjumlah 250 juta di gunakan untuk membeli kondo mewah one merenung di bangsar, Dan kenapa kondo itu bukan atas nama NFC kalau ianya di katakan sebagai strategi perniagaan NFC untuk menambah suntikan modal?

Pemimpin UMNO harus jawab isu, tuduhan dibangkitkan

26/11/2011 7:01pm

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Pemimpin UMNO harus menjawab isu dan tuduhan yang dibangkitkan dengan segera agar tidak timbul kekeliruan dalam kalangan masyarakat, kata Pengerusi Yayasan 1Malaysia, Dr Chandra Muzaffar. Dr Chandra, yang juga Profesor Pengajian Global Universiti Sains Malaysia (USM), berkata, pendekatan tidak menjawab tuduhan dilemparkan kurang sesuai dalam masyarakat di negara ini yang mudah percaya terhadap pembohongan dan penipuan.

Beliau berkata, anggapan bahawa tuduhan yang tidak berasas dan ekstrem tidak akan dipercayai rakyat adalah salah. "Seorang individu ini saya kenal telah dituduh dan memilih tidak menjawab tuduhan tersebut. Saya tanya kenapa tidak jawab masa itu, dia kata orang tidak percaya tuduhan itu.


"Pilihan Raya Umum 2008, ini (tuduhan itu) digunakan dan memberi kesan kepada Barisan Nasional,” katanya ketika menjawab soalan peserta pada Seminar Kebangsaan Pemahaman Wasatiyyah & 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. "Sekiranya ada perkara tertentu benar-benar berlaku, kita harus bersikap jujur. Kita harus akui ini berlaku, mohon maaf dan kita betulkan. Sekiranya ia tidak berasas kita jawab serta-merta,” katanya. – Bernama

Sabtu, 26 November 2011

PKR BERJANJI MENGULINGKAN KERAJAAN MELALUI PROTES JALANAN

Ini janji AMK jika Pakatan Pembangkang kalah dalam PRu 13, Ini jajji AMK jika pemimpin agung mereka anwar al-juburi di sumbat ke penjara. Apakah pihak berkuasa mendiamkan diri sahaja?. Apakah ini yang pemerintah mahu dengan memansuhkan segala akta yang selama ini menjaga negara. Ini bukan kenyataan akhbar, kenyataan Samsul Iskandar dan Azmin Ali adalah HASUTAN.

PKR Youth warns of street protests if polls are unfair

UPDATED @ 07:01:06 AM 26-11-2011
November 25, 2011
 
JOHOR BARU, Nov 25 — PKR Youth warned Barisan Nasional (BN) that it will take to the streets and force the ruling coalition out of Putrajaya if the next general election is unfairly run.

Youth chief Shamsul Iskandar Amin told delegates today that any move to restrict Pakatan Rakyat (PR) will be met with street demonstrations despite such gatherings set to be outlawed by a Peaceful Assembly Bill that was tabled in Parliament this week.

“They know Bersih 3.0 will happen, that is why they want to have this law,” he said, referring to the marches for free and fair election that drew tens of thousands to the streets of Kuala Lumpur in 2007 and July 9 this year. “If they restrict us, if there is even one instance of cheating, we will use the streets. Lupakan pilihanraya, kita guna jalanraya (forget elections, we use the streets),” he said to unanimous cheers.


Shamsul also warned that “if they jail Datuk Seri Anwar Ibrahim before Bersih 3.0, we will gather and topple them,” he said when winding up debates in today’s PKR Youth national congress. PKR deputy president Azmin Ali had also pledged earlier that “whatever conspiracy to jail Anwar Ibrahim, we the Youth and women pledge to rise up and break the cruel prison walls to free him.” Both Azmin and Shamsul had today cited the Arab Spring in their speeches, referring to the series of street protests in the Middle East earlier this year that toppled governments in Egypt, Tunisia and Libya.

The party’s de facto leader Anwar completed his defence case in the sodomy trial last month against what he has called an Umno ploy to end his political career.The Kuala Lumpur High Court will hear closing submissions on December 8 before deciding on a verdict ahead of a general election expected to be held early next year. The opposition leader’s hopes of becoming prime minister will likely be quashed if found guilty of the offence which carries a maximum jail term of 20 years.

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak proposed earlier this week a Peaceful Assembly Bill which Opposition Leader Anwar said will prevent his coalition from conducting ceramahs and gatherings.
While the Bill removes the need for a police permit and jail sentences, it also bars street protests and public gatherings from various public areas including petrol stations, hospitals, fire stations, airports, railways, places of worship and schools.

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM 1433H

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah islam iaitu memperingati penghijrahan nabi Muhamamad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah.


Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Nama bulan-bulan dalam Takwim Islam.

1. Muharam 2.Safar 3. Rabiulawal 4. Rabiulakhir 5. Jamadilawal 6. Jamadilakhir 7.Rejab 8.Syaaban 9. Ramadhan 10. Syawal 11. Zulkaedah 12. Zulhijah

Selasa, 22 November 2011

MELAYU OLEH TONGKAT WARRANT

Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah mua‘alaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh di cari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturahim hati yang murni
Maaf diungkap sentiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa disambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad kedua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka.

Usman Awang
Al-Fatihah

DIRGAHAYU BAGINDA SULTAN JOHOR

Daulat Tuanku !, Daulat Tuanku!, Daulat Tuanku!. 22/11/2011. Hari Keputeraan Sultan Johor.

Khamis, 17 November 2011

PAS BELUM SEDIA LAKSANA HUDUD

KOTA BHARU 16 Nov. – Penantian banyak pihak untuk melihat hukum hudud dilaksanakan dalam masa terdekat di negeri ini mungkin tidak kesampaian kerana Kerajaan Pas Kelantan masih mengkaji beberapa aspek, terutama cara pelaksanaannya. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, biarpun Enakmen Hudud telah diluluskan pada 1993, tetapi ia tidak dapat dilaksanakan kerana ada pendapat mengatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda terlebih dahulu.


Justeru, katanya, sebuah jawatankuasa perlu ditubuhkan untuk melihat semula perkara tersebut supaya ia dapat dilaksanakan. “Isu sekarang kita bukan hendak tengok enakmen, tetapi daripada segi pelaksanaan, sebab dahulu kita berhenti (untuk melaksana) disebabkan perlu ada pindaan Perlembagaan tetapi dalam tempoh kebelakangan ini ada pandangan bahawa hudud boleh dilaksanakan tanpa meminda Perlembagaan. Jadi kita hendak tengok benda baharu ini. “Mesyuarat pertama Jawatankuasa Teknikal Hudud akan bincang banyak perkara, termasuk persediaan kita. Mungkin selepas itu kita bentuk jawatankuasa kecil untuk buat kajian dan kumpul maklumat baru serta membuat rumusan sama ada boleh laksana atau tidak.


“Proses ini panjang, mungkin setahun atau dua tahun lagi untuk melaksanakannya,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan pelaksanaan hukum hudud di negeri ini. Pada 24 Oktober lalu, Kerajaan Pas Kelantan bersetuju membentuk jawatankuasa teknikal pelaksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. Mohd. Amar yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud berkata, pihaknya akan menghantar surat pelantikan ahli jawatankuasa terlibat dalam masa terdekat.

“Minit mesyuarat pelantikan ahli jawatankuasa tersebut baru disahkan dalam mesyuarat Exco hari ini dan surat pelantikan tersebut akan dihantar dalam minggu ini. “Mesyuarat pertama jawatankuasa akan diadakan dalam masa terdekat. Bagaimanapun saya difahamkan Ahmad telah mengosongkan tarikh sesuai untuk mesyuarat tersebut,” katanya. Dalam pada itu, beliau meminta bukan Islam yang tidak memahami hukum hudud supaya berhenti bercakap mengenainya kerana ia boleh mengelirukan dan mencetuskan ketegangan.

Rabu, 16 November 2011

PRU-13 BN MENANG TANPA BERTANDING DI PERMATANG PAUH?

Confirm pakatan pembangkang tidak akan mencalonkan orang penting mereka dalam PRU-13 nanti., Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail ketika ini masih jauh untuk menghabiskan tempoh ‘edah’ setelah hilang kelayakan untuk bertanding dalam mana-mana pilihan raya di negara ini ekoran tindakan meletakkan jawatan sebagai YB di parlimen yang sama pada 2008. Azizah tak boleh sebab ada halangan sepertimana terdapat dalam ‘Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan’.Akta berkenaan adalah berhubungkait kehilangan kelayakan seseorang anggota Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk bertanding semula dalam tempoh lima tahun selepas meletakkan jawatan.

Anwar Ibrahim pula nasibnya hanya bergantung kepada keputusan mahkamah. Pasukan peguamnya pun dah habis modal macamana nak tangguh kan lagi perbicaraan. Jalan ke sungai buluh makin jelas.





Isnin, 14 November 2011

KR1M TAIKUN LINTAH DARAT GEGAR LUTUT

Golongan marhaen lembah klang dan kawasan berhampiran KR1M (Kedai Rakyat 1 Malaysia) yang lain amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan BN yang telah memperkenalkan konsep KR1M. Tapi berbeza dengan golongan lintah darat (orang tengah) yang mengelupur kepanasan, ada sahaja taktik di gunakan untuk menggagalkan usaha kerajaan membantu rakyat.

Usaha lintah darat ini mendapat simpati dan sokongan dari pihak pembangkang, inilah ahli parlimen yang di pilih oleh rakyat, sepatutnya mereka menyokong sebarang usaha untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat tetapi mereka ini sebaliknya, dasar pembangkang yang tolol. Mereka menentang apa saja dasar kerajaan BN yang memberi kebaikan dan kebajikan kepada rakyat, mereka lebih rela mempertahankan lintah darat-lintah darat yng terdiri dari golongan mereka atau "wallet" mereka.

Baru-baru ini Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah dan Petaling Jaya Utara, Tony Pua bersusah payah membawa beberapa barangan yang di beli di kedai KR1M dan barang yang di beli dari Carrefour di bawah program mega saver untuk di buat perbandingan, BANGANG NYA ahli parlimen ini, mega saver carrefour hanya beberapa hari sahaja, KR1M tempoh kekal harga.

Berikut kenyataan Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).Datuk Seri Ismail Sabri bin Yakub. Menjelaskan fitnah Nurul Izzah dan Tony Pua

Berikut intipati penjelasannya:

1. Perbandingan harga tidak dibuat dengan produk yang setaraf dengannya (apple to apple).
 Perbandingan mestilah merupakan 'apple to apple' ataupun barangan yang benar-benar sama sahaja baik dari segi berat, pembungkusan dan yang paling utama adalah kualiti. Di sini, perbandingan yang dibuat adalah tidak sama.

2. Perbandingan harga KR1M sepatutnya dengan jenama antarabangsa dan bukan dengan house/store brand.
 KR1M menunjukkan penjimatan di antara 30%-50% apabila dibandingkan dengan jenama popular ataupun jenama antarabangsa (misalnya Nestle, P&G dan Unilever). Pembangkang pula telah membandingkan jenama KR1M dengan jenama persendirian pasar raya lain (dalam kes ini adalah jenama persendirian Carrefour Big Savers).

3. Perbandingan 23 barangan berkenaan tidak mengira aspek kualiti dan kuantiti.
a) Kualiti produk: Misalnya di antara Teh Ceylon KR1M telah dibandingkan dengan Teh Hitam dari Carrefour yang mana Teh Ceylon adalah dari Sri Lanka sepenuhnya dan lebih berkualiti dibandingkan dengan Teh Hitam yang merupakan gabungan sumber daripada Indonesia dan Sri Lanka.

b. Isi kandungan (berat dan isipadu). Misalnya di antara pekatan pencuci pinggan dan mangkuk KR1M (400g berharga RM1.90) dan Carrefour Savers (350g) yang berlainan isipadu, di samping kualiti pembungkusan pencuci pinggan mangkuk dari Carrefour adalah kurang bermutu justeru dapat mengurangkan kos. Carrefour Savers 400g adalah berharga RM2.15 yang jelas lebih mahal.

c. Maklumat khasiat. Misalnya di antara susu pekat KR1M dan krimer manis Carrefour di mana khasiat protein bagi produk KR1M adalah 2.0 manakala Carrefour adalah 1.6 menunjukkan kandungan protein jenama KR1M lebih berkhasiat.

d. Produk berlainan jenis. Misalnya seperti KR1M Chilled Fruit Juice Assorted 1Liter dengan kandungan 35% jus buah yang didinginkan berbanding produk Carrefour Delite 1Liter (5% kandungan jus) yang dijual pada suhu bilik sahaja.

e. Promosi. Misalnya peluntur pakaian Carrefour merupakan pek promosi (harga seunit R2.55) dan hanya untuk masa yang terhad sahaja/sementara stok masih ada. Produk KR1M pula berharga RM1.90 seunit dan adalah mengekalkan harga yang sama sepanjang masa.

4. Berkemungkinan terdapat penipuan pada harga barangan Carrefour yang sengaja direndahkan.
a. Krimer pekat manis 505g menyatakan harga RM2.25 manakala senarai yang diberikan pihak pembangkang adalah bernilai RM2.

b. Begitu juga dengan daging kisar lembu jenama Ramly yang menyatakan harga di resit sebanyak RM5.95 manakala senarai menunjukkan RM5.29.

c. Kentang goreng KK (1kg) di resit menunjukkan harga RM5.90 manakala senarai menunjukkan harga RM4.35.

d. Tisu tandas 200x10 di resit menunjukkan harga RM5.09 manakala senarai pembangkang menunjukkan RM4.90.

e. Minuman berkarbonat di resit menunjukkan harga RM2.05 manakala senarai pembangkang adalah RM1.95.

Terbaharu ini tidak pasal-pasal menuduh produk KR1M dicemari bakteria e-coli, tapi bila tanya makmal mana yang buat analisis ini, dia kata ada lah...ada lah tu di mana...tunjukkanlah bukti.

Dasar Pembangkang yang Bangang.

Sabtu, 12 November 2011

NIK AZIZ FAHAM TAK APA YANG SULTAN TITAH

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mengingatkan rakyat agar sentiasa berwaspada, berhati-hati serta peka terhadap kemunculan iklim tidak sihat yang dicetuskan oleh anasir-anasir anti-establishment dalam masyarakat.


Baginda bertitah, anasir-anasir terbabit cuba mengubah landskap kehidupan harmoni dan damai dengan menampilkan sikap buat-buat lupa fakta sejarah `kontrak sosial' yang telah dipersetujui bersama dengan mencetuskan isu-isu berkaitan agama Islam, mencabar kewibawaan raja-raja, kedudukan Bahasa Melayu dan banyak lagi sebagai modal untuk meraih kepentingan diri dan kumpulan.

"Beta berseru kepada semua pihak hentikanlah daripada bermain api, sikap provokasi yang boleh mencetuskan gelora keadaan dan suasana yang tidak tenteram dalam masyarakat dan negara," titah Sultan Muhammad pada Majlis Perayaan Ulang Tahun Keputeraan baginda ke-42 di Istana Balai Besar di sini, hari ini. - Utusan

PUAK MANA YANG BERSEKONGKOL DENGAN MUSUH MELAYU ISLAM,YANG MEMBENARKAN KALIMAH ALLAH DI GUNA OLEH AGAMA LAIN DAN TIDAK MAHU MENGIKTIRAF MALAYSIA NEGARA ISLAM, PUAK MANA YANG BERSEKONGKOL DENGAN MUSUH MELAYU ISLAM YANG HENDAK MENGHAPUSKAN SISTEM RAJA BERPELAMBAGAAN MENGGANTIKAN DENGAN SISTEM REPUBLIK, PUAK MANA YANG BERSEKONGKOL DENGAN MUSUH MELAYU ISLAM YANG MAHU MEROBAH KONTRAK SOSIAL,

Jumaat, 11 November 2011

KERANA IDEOLOGI POLITIK BANGSA MELAYU MENGEMIS DI BUMI SENDIRI

Kerana perbezaan ideolgi politik orang melayu sanggup berpecah belah. Kerana politik juga orang melayu menjadi 5 kumpulan dalam negara ini.
1, Melayu UMNO
2.Melayu PAS
3.Melayu PKR
4. Melayu atas pagar (lalang).
5. Melayu freethinker (tak daftar mengundi).


Dr Mahathir, 85, mantan PM  berkata, suara orang Melayu akan tenggelam jika mereka berpecah menjadi beberapa kumpulan minoriti dan memerlukan sokongan pihak lain untuk mencapai hasrat perjuangan mereka memelihara bangsa sendiri. Itu sebabnya kita perlu undi  dari MCA, MIC, Gerakan, PPP, PBB, PRS, SPDP, SUPP, PBS, PBRS, UPKO. LDP, IPF, KIMMA, MIUP.

Ahad, 6 November 2011

KHABAR GUMBIRA BUAT PENJAWAT AWAM OLEH DAP

Kepada penjawat awam kerajaan  yang taksub  sangat  menyokong Anwar, PAS dan DAP ,  anda tentu tak pernah terfikir tindakan yang akan diambil oleh kerajaan Pakatan jika menawan Putrajaya .

Mungkin mereka ingat dapat naik gaji dan elaun , tapi rupanya siapa yang sudah tua , tak produktiviti dan mencapat merit yang ditetapkan akan terus dibuang kerja !!

 Ini dikatakan sendiri oleh Tony Pua yang  mungkin menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga urusan penjawat awam jika Pakatan Pembangkang menang .

Persoalannya daripada 1.2 juta kakitangan awam itu berapa ramai melayu?. Berapa ramai orang melayu akan menganggur di buang kerja?. Jadi , kepada kakitangan awam yang syok berada di kerusi empuk tu , kalau dok seronok sokong Pakatan lagi ..silap-silap diri sendiri akan dibuang kerja .

Sabtu, 5 November 2011

PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN MENGIKUT SYARA'

Pembahagian daging korban adalah berpandukan sepertimana yang disyariatkan oleh syara‘. Hasilnya,
pembahagian daging korban dilakukan dengan penuh cermat dan berhati-hati, serta menjaga segala aspek yang dituntut oleh syara‘.

Pembahagian Daging Korban, secara ringkas, seorang yang menyembelih korban sunat untuk dirinya, adalah disunatkan membahagi daging binatang korban tersebut kepada tiga bahagian seperti berikut:

1. Sepertiga (1/3) untuk dirinya.
Disunatkan bagi orang yang berkorban itu memakan sebahagian daripada sepertiga sembelihan korbannya
sebagai mengambil berkat.

2. Sepertiga (1/3) untuk disedekahkan kepada fakir miskin. sepertiga yang disedekahkan kepada golongan fakir miskin itu wajib dalam keadaan mentah, iaitu tidak dimasak. Maka hak orang fakir miskin pada daging tersebut adalah untuk dimiliki. Adapun maksud ‘milik’ di sini ialah diharuskan baginya:
i) Memakan daging tersebut;
ii) Menjual dan seumpamanya.

3. Sepertiga (1/3) untuk dihadiahkan kepada orang-oang yang membantu kerja-kerja korban,. Mereka boleh jadi terdiri daripada ahli-keluarga, saudara-mara, jirantetangga, sahabat-handai, para pekerja dan yang seumpamanya (yang bukan daripada golongan fakir miskin).

BADROLHISHAM BILA LAGI NAK TARIK STATEMENT FITNAH TU....

The West Australian akui silap siar artikel anak perempuan Najib

04/11/2011 7:42pm

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Akhbar The West Australian semalam mengakui kesilapannya berhubung penyiaran artikel yang mendakwa anak perempuan Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan sebanyak A$60,000 (RM194,157) di sebuah pusat beli-belah di Perth semasa Perdana Menteri menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth, baru-baru ini.
Dalam ruangan pembetulan dan penjelasan yang diterbitkan, akhbar berkenaan turut mengesahkan bahawa anak perempuan Perdana Menteri juga tidak berada di Perth dan ini bercanggah dengan laporan yang mereka siarkan pada Isnin lepas.
Kenyataan akhbar itu boleh dilayari menerusi portal akhbar The Borneo Post yang menerima salinan halaman tersebut yang diemelkan oleh wartawan ekonominya, Neale Prior.
The West Australian juga menyebut adalah menjadi polisi akhbar itu untuk memperbetulkan setiap kesilapan mereka seboleh yang mungkin. - Utusan

Khamis, 3 November 2011

SEKSUALITI BEBAS HADIAH BUAT PENYOKONG BERSIH 2.0

Projek yang dinamakan SEKSUALITI MERDEKA 2011 sebenarnya berpegang kepada prinsip amalan seks bebas dengan mempromosikan amalan  - Lesbian, Bisexual, Gay & Transgender. Mereka sedang berusaha untuk mencipta "agama baru" untuk  merosakkan keamanan dan kesejahteraan negara.

LESBIAN - adalah amalan seks songsang dan luar tabi'e diantara wanita dengan wanita;

BISEXUAL - adalah amalan seks bebas antara pasangan tanpa batas termasuk amalan seks sebelum kahwin, bertukar pasangan berkahwin dengan orang lain. Ringkasnya menghalalkan perzinaan;

GAY - adalah 'amalan seks songsang dan luar tabi'e dengan menjadikan dubur sebagai laluan seks. Ringkasnya, menghalalkan 'amalan liwat dan homoseksual;

TRANSGENDER - ini adalah 'amalan songsang dan luar tabi'e untuk berkelakuan dan bersifat saperti seks bertentangan (lelaki jadi perempuan, perempuan jadi lelaki), termasuk amalan menukar jantina.

Inilah hadiah - hadiah yang ambiga bagi untuk penyokongnya, mana Hj. Hadi, mana Anwar al-juburi.
Sedarlah bahawa gaya hidup seperti ini akan berdepan dengan kemurkaan Allah SWT selain ia membuka pintu kepincangan sosial dan budaya negara kita

MANA SUARA KHAIRY JAMALUDDIN ?

Kira-kira 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu mempromosikan program Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula 3hb,Nov. hingga 13 November 2011.

Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, program tersebut langsung tidak membawa faedah malah hanya menyumbang kepada keruntuhan akhlak masyarakat.

Ketua Wanita dan Keluarga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Norsaleha Mohd. Salleh menyeru masyarakat yang berbilang agama dan etnik untuk beramai-ramai menolak budaya songsang yang tidak bertamadun itu. "Budaya songsang ini tidak pernah menjadi ajaran mana-mana agama jadi jangan kita menunggu laknat Allah turun kepada seluruh penduduk Malaysia barulah kita membuka mata dan sedia untuk mengkaji semula lesen yang diberikan," katanya.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali pula menyifatkan penganjuran program berkenaan bersifat kurang ajar. "Mereka tidak hormat dengan langit yang dijunjung dan bumi yang dipijak. Biarpun mereka buat atas dasar hak asasi tetapi hak berkenaan ada batasnya,"\

Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar pula menyeru semua pihak agar menentang sekeras-kerasnya agenda yang dibawa Seksualiti Merdeka.
Tambahnya, perkara itu jelas bertentangan dengan tabie manusia dan menjatuhkan moral masyarakat.
"Kita tidak perlu menjadi seperti bangsa lain yang menghalalkan hubungan sejenis dan menjadi masyarakat yang rendah moralnya,"


MANA SUARA SAUDARA KHAIRY JAMALUDDIN??????????

Isnin, 31 Oktober 2011

CEROBOH RUANG UDARA, KP NEGERI SURUH LAPOR PADA KP BAHAGIAN

Isu pencerobohan pesawat pejuang Singapura di ruang udara Malaysia terutama kawasan IRDA kedengaran lagi, Seminggu lepas di laporkan pencerobohan itu berlaku hampir 1 jam sekali dengan setiap penerbangan akan melibatkan 2 buah pesawat bermakna dalam satu hari dari 8 pagi hingga 5 petang ada tidak kurang  10 kali penerbangan yang melibatkan 20 buah jet pejuang singapura terbang rendah dalam ruang udara kawasan IRDA. Selang dua hari kemudian di laporkan lebih 8 kali penerbangan melibatkan 16 buah pesawat dan hari ini di catitkan dari jam 8.15 pagi hingga 10.45 pagi sebanyak 5 kali penerbangan yang melibatkan 13 buah jet pejuang Singapura telah menceroboh ruang udara Malaysia.

Di fahamkan juga setiap kali berlaku pencerobohan perkara itu telah di laporkan terus kepada Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor untuk tindakkan yang cekap dan pantas. Laporan kali pertama melalui SMS di balas dengan tahniah dan meminta melapurkan lagi jika berlaku pencerobohan, Laporan kedua juga di balas dengan ucapan terima kasih. Hari ini laporan di buat lagi kepada KETUA PEMUDA NEGERI dengan niat yang sama iaitu atas kapasiti beliau selaku KETUA PEMUDA NEGERI mungkin tindakkan lebih cekap dan pantas dapat di buat untuk menghentikan pencerobohan itu. MALANGNYA laporan hari ini di balas dengan "Wslm,sy dah fwd pd KP Pasir Gudang (Rohazam) utk buat sesuatu.0133360188.Sekiranya ada maklumat lg minta berhubung dgn beliau ye.tk." hebat betul KETUA PEMUDA NEGERI menyelesaikan masalah.

Kekadang aku rasakan membazir masa dan kredit aje laporkan perkara-perkara nie pada orang besar-besar di atas tu, kalau sekadar lapor kat KP bahagian aje, (maaf bukan mengecilkan atau membelakangi KP Bahagian) apa sangat dia boleh lakukan?. Boleh ke dia kedepan mengadap Menteri Pertahanan atau Wisma Putra nanti tak ke di katakan membelakangi KP Negeri?. Ini bukan masalah bahagian, nie masalah negeri cik abang ooiiiii.... Kami ikan bilis yang melata kat bawah nie beriya-iya melaporkan setiap pencerobohan kerana sayang kan negara , kerana mempertahankan kedaulatan negara, awak sebagai KETUA PEMUDA NEGERI hanya mampu membalas SMS macam tu aje........jadi muzium UMNO ajelah Johor nie akan datang kalau pemimpin muda negeri macam nie.

Jumaat, 28 Oktober 2011

LAPORAN AUDIT NEGARA LEMASKAN PEKAKAS PEMBANGKANG DALAM KERAJAAN BN

Tahniah kepada kerajaan BN yang berani membuat pendedahan laporan audit negara  2010 kepada umum, inilah corak pemerintahan yang mengamalkan dasar telus, amanah dan bertanggungjawab.
Moga dengan pendedahan oleh pikak jabatan audit negara akan membuka mata dan mengerakkan  pihak  SPRM untuk mengenalpasti dan mengheret individu-individu dalam jabatan,agensi dan kementerian yang berkaitan ke muka pengadilan. Nyah kan mereka dari menjadi kakitangan awam, mereka tidak amanah, mereka tidak membantu membina negara, mereka adalah petualang, mereka adalah agen pembangkang yang mahu memusnahkan negara. Mereka ini pekakas pembangkang di dalam kerajaan.
 

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mempertimbang untuk memanggil sekurang-kurangnya tujuh kementerian dan agensi kerajaan bagi memberi penjelasan berhubung kelemahan pentadbiran kewangan masing-masing seperti yang dicadangkan Jabatan Audit Negara. Tujuh kementerian dan agensi yang akan dipanggil memberi penjelasan berhubung perkara tersebut ialah Terminal Makan Negara (TEMAN) di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kesihatan, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, KementerianPengangkutan, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Perbadanan Stadium Nasional.

Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata, secara keseluruhan prestasi pentadbiran kewangan dan pengurusan dalam kerajaan bertambah baik berbanding tahun terdahulu. "Sebanyak 43 kementerian dan agensi termasuk di peringkat negeri mendapat penilaian empat bintang, 60 kementerian dan jabatan mendapat tiga bintang dan dua kementerian mendapat dua bintang.

"Tak ada satu pun kementerian atau jabatan yang dapat bintang merah iaitu di bawah 49 peratus," katanya.


Ahad, 23 Oktober 2011

DILEMA HASSAN ALI DALAM PAS - LAKONAN YANG MEMUDARATKAN PAS

Seksa sangat ke, susah sangat ke nak perjuangkan Aqidah umat dan isu murtad dalam PAS. Kesian aku tengok Hassan Ali yang terpaksa meminta juruacara majlis umumkan bahawa kehadiran beliau ke perhimpunan sejuta ummat (HIMPUN) semalam 22hb.Oktober 2011 di Stadium Shah Alam, terpaksa meninggalkan title YB nya, terpaksa meninggalkan keahlian PAS nya semata-mata untuk bersama-sama dalam HIMPUN.

Pemimpin PAS kalau nak selamatkan aqidah ummat Islam dari di murtadkan kena buat macam tu ke, Jadi apakah yang selama ini PAS perjuangkan?. Kalau soal Islam tidak boleh di bawa dalam PAS yang kononnya memperjuangkan Islam, maka wajarlah nama parti itu di tukar aje lebih-lebih lagi PAS pun dah berkiblatkan kepada Negara berkebajikan bukan lagi Negara Islam.

Apapun tahniah lah Hassan Ali kerana di beri hidayah untuk hadir juga, Bukti bahawa jawatan dalam parti tidak membataskan aqidah kamu, tetapi setakat berlakon 3 jam aje buat ape, jam seterusnya masih bersekongkol menyokong mereka yang menyokong murtad buat apa.
 
 HASSAN ALI DEMI AQIDAH KAMU, DEMI AGAMA KAMU, DEMI MARUAH KAMU, DAN DEMI UKWAH UMMAT....PISAHKAN LAH DIRI KAMU DARI PAS.

Selasa, 18 Oktober 2011

NEGARA KEBAJIKAN PAS MENJAHANAMKAN MALAYSIA

Presiden PAS dan ahli-ahli sekutu yang mengilhamkan negara kebajikan menggantikan Negara Islam sebenarnya adalah petualang yang menjahanam masa depan negara dan rakyat keseluruhannya, mereka semua tidak menggunakan akal dan tidak membuat kajian mendalam sebelum melontarkan idea jahanam itu.

Eropah terjerumus dalam krisis hutang akibat terlalu banyak memberi fokus kepada keselesaan dan faedah (Negara Kebajikan) kepada rakyat tanpa mengambil kira risiko-risiko jangka panjang. Ahli Majlis Penguasaan Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF), Prof. Dr. Volker Nenhaus berkata, tumpuan yang melampau itu menyebabkan ekonomi sebenar Eropah menjadi tidak kompetitif dan akhirnya terjejas. Menurut beliau, pentadbiran ekonomi Eropah yang tidak mengenakan beban cukai kepada rakyatnya telah mengakibatkan kerajaan terpaksa menanggung bajet yang besar, sedangkan produktiviti rakyatnya semakin kurang.


''Memanglah sukar kerana di Eropah rakyatnya hanya memberi sumbangan kecil kepada cukai, bilangan penduduk juga terhenti menyebabkan produktiviti semakin menurun.''Kerajaan terpaksa menanggung beban dan inilah akibatnya yang melanda Eropah sekarang,'' katanya selepas menyampaikan syarahan bertajuk 'Peluang Bagi Kewangan Islam di Arab, Asia dan Eropah' di sini hari ini. Beliau yang juga Profesor Ekonomi di Universiti of Trier, Jerman berkata, negara-negara Eropah perlu mengelakkan keruntuhan bank-bank di negara itu kerana ia akan memburukkan keadaan sedia ada.

Sabtu, 15 Oktober 2011

NASIB TSU KOON PRESIDEN TANPA KERUSI PARLIMEN

Tangan yang menghayun buaian, mampu mengoncang dunia, itulah perumpaman melayu yang sesuai untuk mengambarkan betapa hebatnya ketua wanita Parti Gerakan  Datuk Tan Lian Hoe berucap ketika Persidangan Wanita Gerakan hari ini.Wanita Gerakan malu mempunyai Presiden seperti Tan Sri Dr Koh Tsu Koon demikian ulasan dari Datuk Tan Lian Hoe yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan.
  
Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe menggesa Presiden parti Tan Sri Dr Koh Tsu Koon agar tidak bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang demi kepentingan parti."Saya tidak memaksa beliau berundur tetapi Wanita berharap beliau tidak akan jadi calon pada PRU itu nanti. Saya yakin beliau akan jadi lebih baik (sebagai pemimpin) jika tidak bertanding," katanya kepada pemberita selepas penggulungan persidangan sayap tersebut.

Anggota Parlimen Gerik itu turut berkata semua pemimpin parti yang telah kehilangan sokongan harus berundur daripada bertanding agar tidak melemahkan lagi semangat parti ketika menghadapi pilihan raya umum. "Ini untuk survival kita, saya mahu sampaikan mesej kepada mereka supaya berundur, supaya parti kita boleh bangkit semula," katanya.


TSU KOON MEMANG SUDAH MENGANGOTAI KELAB PRESIDEN PARTI TANPA KERUSI PARLIMEN (KPPTKP). BERSAMA-SAMA PRESIDEN MCA DAN MIC.