Sabtu, 16 Julai 2011

KERANA TITAH KARPAL, AZIZAN ANGKAT BENDERA PUTIH?

Apa cerita Azizan, awat jadi laghu tu.....hangpa ingat perentah negeri nie buleh ikut sesuka hati kepala hotak hang ke....dulu PAS kata Islam for All, jadi awatnya Kapral Singh dok ugut hang la nie.....Hang gagal Islam kan Kapral kot....MPG rasa Kapral Singh lagi faham Islam kot, tidak menyusahkan kaum dan bangsa lain dalam menjalankan syiar Islam. Kapral lebih tahu bahawa ajaran Islam tidak menekan yang bukan Islam.

Pusat hiburan: Karpal beri kata dua kepada Pas Kedah

KUALA LUMPUR 15 Julai — DAP hari ini meminta kerajaan negeri Kedah yang diterajui Pas supaya menarik balik larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang bulan Ramadan nanti, yang dikeluarkan kerajaan negeri itu mengikut mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, kerajaan negeri Kedah tidak boleh bertindak sendiri dan membuat keputusan yang memberi kesan terhadap lain-lain parti komponen dalam pakatan pembangkang.
"DAP sedar mengenai keperluan pelbagai komuniti berbeza dalam negara dan akan berjuang untuk hak mereka, sebagaimana yang dilaksanakannya sejak dahulu, lama sebelum pilihan raya pada 2008 lagi," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Beliau berkata, DAP tidak akan mengenepikan prinsip-prinsip perjuangannya dan menurutnya parti itu berada di barisan depan sejak dahulu lagi dalam menentang hasrat Pas menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
"DAP memberi jaminan kepada penduduk di Kedah, segala langkah akan diambil bagi memaksa kerajaan negeri menarik balik keputusan itu. Pakatan Rakyat tidak boleh mempunyai dasar-dasar yang menyisih penyokongnya. Sebarang keputusan kerajaan negeri tidak seharusnya menjejaskan kaum bukan Muslim.
"Sebarang undang-undang kecil yang mendiskriminasi kaum bukan Muslim adalah bertentangan dengan perlembagaan," katanya. — BERNAMA

Tiada ulasan: