Setelah meluat dan geli geman dengan gelagat
'Hero siswa-siswi' di Dataran Merdeka membuat kerja tak berfaedah itu,
saya sebagai seorang bapa (juga seorang siswazah) kepada anak-anak yang
semuanya telah tamat pengajian di kolej dan universiti, ingin memberi
nasihat kepada mereka yang terlibat.
* Pertama, jangan buat kerja sia-sia dan tak berfaedah itu.
* Kedua, orang muda jangan terpengaruh dan terikut-ikut dengan
pemimpin-pemimpin pembangkang yang memang suka menanam semangat
kebencian kepada kerajaan hanya kerana cita-cita mereka tak kesampaian. Mereka tak mahu terima qada dan qadar dari Allah SWT. Kalau bukan
rezeki dia, janganlah nak menjahanamkan anak-anak muda bangsa kita pula. Memang sifat orang muda, kalau kena provokasi sedikit, cepat sangat
melenting. Saya pun muda dahulu, jadi pemimpin pelajar juga. Yang tak
betul kita tegur mengikut saluran yang sesuai.
* Ketiga, tumpukan kepada pelajaran, jadilah mahasiswa cemerlang,
bukan pandai jual temberang. Jangan menang sorak kampung tergadai.
Ingatlah wahai anak-anakku, masa itu sangat berguna ketika kamu muda,
cari ilmu dunia dan akhirat. Banyak kerja berfaedah yang boleh dilakukan
kalau sudah puas mentelaah buku-kuku kamu itu.
Kami di kampung ada banyak kebun sawit yang tidak dipetik buahnya.
Ingat harga sawit sekarang lebih kurang RM700 satu tan. Kami juga ada
kebun-kebun getah yang tidak ditoreh. Kami memerlukan tenaga muda kalian
semua, jika sudi. Harga getah RM5 sekilogram. Kalian semua tahu tak yang hasil kekayaan di kampung-kampung sekarang
ini dikaut oleh orang asing? Mereka memperolehi beribu-ribu ringgit
sebulan daripada tanah-tanah pusaka nenek moyang kita. Macam-macam kerja
menunggu di kampung.
Apakah anak-anakku malu menyinsing lengan dengan keringat bercucuran
untuk mencari rezeki halal, tapi tidak malu buat kerja sia-sia dan
mendapat cemuhan orang ramai? Buat kerja kampung badan sihat fikiran jadi waras. Jadi tidak ada
masa nak dengar hasutan pembangkang yang meracuni fikiran kalian semua.
Sebagai contoh, bukan nak bangga anak-anak saya walaupun sudah
bekerja masing-masing boleh berdikari, tapi bila balik bercuti sedia
menolong di kebun sawit dan getah milik kami.
Di sini peranan ibu bapa sangat penting memberi pendidikan sejak
kecil lagi. Mereka tak segan silu menoreh getah, mereka membaja dan buat
lain-lain kerja di kebun. Ini kerja mulia, kalau kita tak buat
kerja-kerja itu semua, siapa lagi? Saya mahu anak-anak saya boleh survive dalam semua keadaan. Kita semua akan menempuh keadaan dunia yang sangat sukar dan mencabar pada masa mendatang.
Kita sedang melalui zaman 'The Peak Moments'. Bank Dunia
meramalkan harga makanan akan terus naik, harga minyak terus naik.
Apakah perancangan kita wahai anak-anak muda? Takkan habis dek duduk
berdemonstrasi sahaja?
Perut lapar, minyak motor dah kering, macam-macam lagi nak beli.
Renung betul-betul! Duit Petronas bukan untuk mahasiswa saja. Itu kamu
semua kena ingat, jangan ikut sedap cakap saja.
Kami orang lama perlukan perkhidmatan kesihatan dan perkhidmatan lain
yang disubsidi oleh kerajaan. Kamu lupa, kita bangun pagi-pagi lagi
sudah bantai teh tarik, roti canai, nasi lemak dan macam-macam lagi.
Lepas itu ke hulu ke hilir dengan motosikal, kereta, semua itu disubsidi
oleh kerajaan, apa lagi?
Jangan kita terikut-ikut dengan hasutan Ketua Pembangkang. Perbetulkan diri sendiri dulu, jangan nak betulkan orang lain. Ayuh anak-anakku kembalilah ke pangkal jalan. Saya doakan kalian
semua sukses dalam bidang-bidang yang diceburi. Banyak lagi pengalaman
yang saya boleh kongsi dengan anak-anak muda yang kusayangi!
"Orang dahulu berjuang, pertama hilang, kedua terbilang, tetapi orang sekarang berjuang, pertama cari menang, sudah menang cari wang, dapat wang jatuhkan orang,hidup di awang-awang, akhirnya jatuh terlentang". ~Tan Sri Abdul Aziz Tapa
Khamis, 26 April 2012
Khamis, 19 April 2012
PRU 13 BAKAL MENGUJI KESETIAAN MASYARAKAT CINA DI JOHOR
BN Johor akan menerima serangan hebat dari DAP dalam PRU 13 akan datang, DAP akan bertanding dan merampas semua kerusi yang di menangi oleh MCA samada kerusi DUN atau Parlimen, selain dari mengekalkan kerusi yang di menanginya dalam PRU 12 yang lepas.
Lim Kit Siang akan menjadi pemusnah untuk masuk ke kawasan kubu kuat MCA di Johor. Lim Kit Siang akan dicalonkan di kawasan kubu kuat MCA, iaitu sama ada di kawasan Kulai ataupun di kawasan Labis, Manakala Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan mungkin akan di tempatkan di Parlimen Segamat (DAP tewas di kerusi ini pada PRU 12 dengan majoriti 2991 undi di tangan MIC) dan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching akan di letakkan di Parlimen Kluang.
Menurut sumber lagi, 10 daripada 26 kerusi Parlimen di Johor akan di tandingi dan akan di rampas DAP ialah P.140:Segamat, P.142 : Labis, P.145 :Bakri (kekal), P.148: Ayer Hitam, P.151:Simpang Renggam, P.152:Kluang, P. 158: Tebrau, P.162:Gelang Patah, P.163:Kulai, dan P.165:Tanjong Piai.
Manakala 17 daripada 56 kerusi DUN Johor pula ialah, N.2: Jementah,N.3:Pemanis,N.6.Bekok,N.10: Tangkak (dlm PRU 12 DAP tewas kpd MCA dengan majoriti 295 undi).N.12: Bentayan (kekal), N.19:Yong Peng,N.23: Penggaram (dlm PRU 12 DAP tewas kpd MCA dengan majoriti 575 undi). N.28:Mengkibol (kekal),N.30: Paloh, N.42: Johor Jaya, N.45:Stulang, N.46: Pengkalan Rinting, N.48: Skudai (kekal), N.51 Bukit Batu, N.52: Senai(kekal), dan N.54: Pulai Sebatang.
Lim Kit Siang akan menjadi pemusnah untuk masuk ke kawasan kubu kuat MCA di Johor. Lim Kit Siang akan dicalonkan di kawasan kubu kuat MCA, iaitu sama ada di kawasan Kulai ataupun di kawasan Labis, Manakala Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan mungkin akan di tempatkan di Parlimen Segamat (DAP tewas di kerusi ini pada PRU 12 dengan majoriti 2991 undi di tangan MIC) dan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching akan di letakkan di Parlimen Kluang.
Menurut sumber lagi, 10 daripada 26 kerusi Parlimen di Johor akan di tandingi dan akan di rampas DAP ialah P.140:Segamat, P.142 : Labis, P.145 :Bakri (kekal), P.148: Ayer Hitam, P.151:Simpang Renggam, P.152:Kluang, P. 158: Tebrau, P.162:Gelang Patah, P.163:Kulai, dan P.165:Tanjong Piai.
Manakala 17 daripada 56 kerusi DUN Johor pula ialah, N.2: Jementah,N.3:Pemanis,N.6.Bekok,N.10: Tangkak (dlm PRU 12 DAP tewas kpd MCA dengan majoriti 295 undi).N.12: Bentayan (kekal), N.19:Yong Peng,N.23: Penggaram (dlm PRU 12 DAP tewas kpd MCA dengan majoriti 575 undi). N.28:Mengkibol (kekal),N.30: Paloh, N.42: Johor Jaya, N.45:Stulang, N.46: Pengkalan Rinting, N.48: Skudai (kekal), N.51 Bukit Batu, N.52: Senai(kekal), dan N.54: Pulai Sebatang.
Sabtu, 14 April 2012
TALKIN UNTUK PTPTN
Memang
menghapuskan PTPTN adalah satu kerja mudah dan paling senang. Mana-mana
kerajaan dan parti politik pun boleh melaksanakannya.Malahan Barisan Nasional sendiri pun
dengan sekelip mata boleh menghapuskan PTPTN. Tapi apakah natijah dan
kesannya kepada keadaan ekonomi dan pendidikan rakyat selepas pemansuhan
PTPTN ini?
Sehingga
kini hampir RM 40 bilion dikeluarkan oleh PTPTN untuk memberi pinjaman
kepada hampir dua pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.
Tanpa PTPTN dianggar puluhan ribu pelajar yang tidak layak mendapat
biasiswa dan pinjaman lain tidak dapat meneruskan cita-cita mereka
melanjutkan pelajaran.
Ini
juga bermakna puluhan Universiti dan Kolej Swasta akan terpaksa ditutup
kerana kekurangan pelajar. Rentetan itu juga ribuan orang dari
pensyarah, pentadbir dan pekerja am di IPTS akan kehilangan kerja
mereka. Inilah kesan secara langsung jika PTPTN hendak ditutup.
Dalam
jangkamasa panjang keadaan sosio-ekonomi masyarakat Malaysia akan
kembali ke belakang. Jumlah pemegang ijazah, diploma dan sijil
kemahiran akan menurun kerana kerajaan tidak mungkin mampu menampung
semua pelajar melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi. Maka kita akan
kembali ke zaman 60-an, 70-an dan 80-an di mana kebanyakan belia dan
remaja menjadi pekerja kilang.
Hak
mendapat pelajaran tinggi juga akan kembali menjadi hak eksklusif
mereka yang benar-benar bijak dan lulus dengan cemerlang dalam
peperiksaan sahaja. Kumpulan ini akan mendapat biasiswa dan pinjaman
mudah kerajaan. Selebihnya, pengajian di peringkat kemahiran, diploma
dan ijazah tinggi akan menjadi hak eksklusif kumpulan elit dan menengah
yang mampu menyediakan pembiayaan pendidikan sendiri melalui tabungan
atau pinjaman bank.
Memang
benar terdapat beban-beban tertentu dalam pinjaman PTPTN, namun apakah
ada perkara mudah dalam dunia ini? Kita percaya dari semasa ke semasa
PTPTN perlukan penambahbaikan. Namun cadangan menghapuskan tabung yang
telah memberi khidmat besar kepada jutaan belia di negara ini untuk
melanjutkan pelajaran adalah tidak masuk akal.
Jika
kita boleh meminjam puluhan ribu untuk membeli kereta, mengubahsuai
rumah; memperuntukan gaji untuk bayaran Astro, Unifi dan makan di
Restoran makanan segera, apakah kita tidak boleh memperuntukkan sedikit
untuk membayar pinjaman PTPTN yang telah membuka ruang kepada kita
mendapat pelajaran dan kemudiannya peluang pekerjaan yang lebih baik?
Memang
ramai yang marah dengan PTPTN kerana menyebabkan mereka berhutang
puluhan ribu ringgit apabila tamat pelajar. Tapi jika ditanya mereka
yang tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana kekangan kewangan,
bila-bila masa sahaja mereka bersedia berbuat apa sahaja untuk
mendapatkan pinjaman PTPTN.
Tanya
juga kepada mereka yang telah bekerja dan melanjutkan pelajaran ke
peringkat Sarjana dan Kedoktoran. Betapa bersyukurnya mereka mempunyai
PTPTN yang memberi pinjaman mudah dan murah kepada mereka. Jika tidak
mereka terpaksa mengumpul wang bertahun-tahun sebelum mampu melanjutkan
pelajaran ke peringkat tinggi. Sebahagian pula terpaksa bergantung
kepada pinjaman bank untuk melanjutkan pelajaran. Itu pun belum tentu
diluluskan. Jika diluluskan pun jumlah kadar faedahnya jauh lebih tinggi
daripada yang ditawarkan oleh PTPTN.
Justeru,
kepada mereka yang telah melepasi ranjau pengajian tinggi dengan
pinjaman PTPTN, janganlah membakarnya hingga menjejaskan harapan dan
masa depan adik-adik kita. Jangan kerana kita mahu lari daripada
tanggungjawab membayar pinjaman maka adik-adik kita akan menjadi mangsa
nanti.
Janganlah bakar institusi yang pernah memberi peluang kepada kita mengecapi pengajian tinggi dan pekerjaan yang lebih baik.
Jika
tiada PTPTN, siapa yang akan lebih banyak mendapat peluang belajar di
IPTS dan Kolej lain dengan kewangan sendiri? Ada otak lu fikirlah
sendiri!
Artiel ikhsan dari : Kumpulan Menyokong UMNO(Mykmu).
Ahad, 8 April 2012
Rabu, 4 April 2012
JOHOR BAKAL ADA 3 MENTERI BESAR
Satu rekod dunia akan tercatat di Negeri Johor bilamana selepas PRU 13 Negeri ini akan mempunyai 3 Menteri Besar. Tak percaya?
Kenapa kau orang tak percaya, kau orang tak percaya pada amanat Hj.Hadi ke?
DAP pula mempertaruhkan Dr.Boo Cheng Hau ADUN Sekudai sebagai ayam tambatan untuk menambat kerusi MB, kecoh sedikit masa dulu DAP dan PKR bergaduh berebut Kurusi DUN Negeri Johor kerana masing-masing percaya mereka boleh jadi MB.
PKR pula tidak melepaskan peluang untuk merebut kerusi MB dengan melacurkan bekas menteri kesihatan yang tidak berapa sihat akalnya untuk merebut kerusi menteri besar seterusnya bersamayan di Saujana. Chua Jui Meng di jangka bertanding di kawasan DUN Johor Jaya, pengerusi PKR Negeri yang di lantik bukan di pilih ini mempunyai angan-angan yang terlalu besar untuk kuasai Negeri Johor dengan isu-isu lapuk beliau mempengaruhi pengundi cina agar derhaka kepada ketuanan Melayu di Johor.
Nampaknya kalau benar Pembangkang menguasai DUN Negeri Johor maka sudah pasti Rakyat negeri Johor akan mendapat 3 Menteri Besar sekali gus.....yahooooo.
Kenapa kau orang tak percaya, kau orang tak percaya pada amanat Hj.Hadi ke?
"Presiden
Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, hanya Melayu yang beragama
Islam akan dilantik sebagai Menteri Besar Johor jika pembangkang
berjaya merampas negeri itu".
Kau orang tak tahu ke dengan hanya bertanding 28 kerusi DUN (kurang 2 kerusi dari PRU 12) daripada 56 kerusi DUN keseluruhan dan dengan memanggil balik anak gelandangannya Salahuddin Ayob @ Din puduraya dari parlimen Kubang Krian kerusi Menteri Besar akan di isi oleh Orang PAS?. DAP pula mempertaruhkan Dr.Boo Cheng Hau ADUN Sekudai sebagai ayam tambatan untuk menambat kerusi MB, kecoh sedikit masa dulu DAP dan PKR bergaduh berebut Kurusi DUN Negeri Johor kerana masing-masing percaya mereka boleh jadi MB.
PKR pula tidak melepaskan peluang untuk merebut kerusi MB dengan melacurkan bekas menteri kesihatan yang tidak berapa sihat akalnya untuk merebut kerusi menteri besar seterusnya bersamayan di Saujana. Chua Jui Meng di jangka bertanding di kawasan DUN Johor Jaya, pengerusi PKR Negeri yang di lantik bukan di pilih ini mempunyai angan-angan yang terlalu besar untuk kuasai Negeri Johor dengan isu-isu lapuk beliau mempengaruhi pengundi cina agar derhaka kepada ketuanan Melayu di Johor.
Nampaknya kalau benar Pembangkang menguasai DUN Negeri Johor maka sudah pasti Rakyat negeri Johor akan mendapat 3 Menteri Besar sekali gus.....yahooooo.
Langgan:
Catatan (Atom)