Ahad, 3 Julai 2011

BERSIH YANG HARAM

NAMPAKNYA SAMALAH "PARTI" BERSIH  AMBIGA NIE DENGAN HINDRAF DAN KOMUNIS

PUTRAJAYA 2 Julai - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengisytiharkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram berkuat kuasa semalam.
Pendaftar Pertubuhan Malaysia, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, siasatan mendapati Bersih bukan pertubuhan berdaftar tetapi telah bergerak aktif dan mencetuskan suasana gelisah dan kebimbangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Beliau berkata, siasatan Kementerian Dalam Negeri mendapati Bersih telah menyebarkan propaganda menghasut rakyat bagi tujuan menjatuhkan kerajaan dengan mengedarkan risalah-risalah tertentu.
‘‘Bersih melalui aktiviti-aktivitinya telah memberi kesan buruk kepada imej negara, ia boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan negara.
‘‘Malah ia menjejaskan keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Abdul Rahman berkata, berikutan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengisytiharkan Bersih sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966.

Tiada ulasan: