Jumaat, 31 Ogos 2012

POLITIK AMPU - HISHAMUDDIN HILANG JIWA MERDEKA?

MPG terkejut bila dengar Menteri KDN kata tiada kejadian buruk yang di cetuskan oleh gerombolan "SIAMANG BERBAYAR" sewaktu menyambut malam detik kemerdekaan Negara.

Cuba tengok gambar nie, bukan kejadian buruk ke?


Bukan kejadian buruk ke bila generasi muda dengan riangnya menunjukkan "kurang ajor" mereka kepada perjuangan datuk nenek mereka memerdekakan tanahair 55 tahun dahulu,  yang menciptakan kemerdekaan dengan menjulang panji jalur gemilang? Bukan kejadian buruk ke bila generasi muda dah tidak mengiktiraf jalur gemilang?

Mana hilangnya jiwa merdeka anak kepada bekas Perdana Menteri ke -3 nie, mana hilangnya jiwa merdeka cucu kepada Pengasas ulung UMNO, mana hilangnya jiwa naib presiden UMNO Malaysia nie?. Kalau nak mengAMPU sepupu kau pun biarlah guna otak sikit.


 Ini bukan soal suka-suka, ini soal pelanggaran maruah Negara...tak kan kau boleh laporkan sebagai tiada kejadian buruk?. Kau punya definasi kejadian buruk tu macamana? wahai hishamuddin...bila negara Malaysia dan segala lambangnya terhapus dari dunia ini baru kau kata kejadian buruk?.

Wahai ahli-ahli UMNO yang lebih 4 juta bilangannya , nilaikan lah sendiri jiwa merdeka naib presiden kamu ini. buatlah keputusan yang bijak. Seharusnya tiada tempat buat mereka yang asyik kerja mengampu sampai maruah negara  hilang pun tak sedar. Ya Allah selamatkan lah negara ini dari pemimpin yang celaru akal ini.

Selasa, 28 Ogos 2012

PENCACAI PAS MAMPOS DI SEMBAR PETIR KERANA MAINKAN ISU HUDUD

Bosan dengan retorik pencacai PAS yang gunakan isu hukum hudud sebagai modal pilihanraya. Moga mereka ini mampos di sambar kilat,di panah petir kerana mempermainkan hukum Allah untuk kepentingan politik mereka. Tidak-bersungguh-punca-hudud-gagal-dilaksana-di-Kelantan


Jumaat, 24 Ogos 2012

BELANJAWAN 2013 : KURANG MAKANAN RAKYAT BOLEH JATUHKAN KERAJAAN

Rakyat Malaysia ternanti-nanti persidangan Dewan Rakyat yang di jangka berlangsung dari 24hb.Sept hingga 27hb.Nov kerana di jangkakan dalam persidangan kali ini PM akan membentangkan Belanjawan 2013.

Berharap agar belanjawan kali ini menekankan soal memperkasa kehidupan rakyat dengan memberi ruang dan peruntukan yang secukupnya untuk bekalan makanan dan keperluan harian, perbanyakkan konsep kedai rakyat 1 Malaysia atau seumpamanya yang boleh membantu kehidupan rakayat secara langsung.

Malaysia tidak boleh bergantung kpada negara luar untuk bekalan makanan tempatan, bekalan padi/beras, gula, minyak masak dan beberapa barangan keperluan harian rakyat harus mempunyai stok yang mencukupi. Memperkasa bidang pertanian harus di utamakan, sejarah mengajar kita bahawa kestabilan negara bergantung kepada rakyatnya,jika rakyat kebulur kurang makanan mereka boleh merusuh menjatuhkan kerajaan . Salah satu kaedah untuk mempastikan bekalan makanan yang mencukupi tanpa bergantung kepada import dari luar ialah kerajaan mesti membuka tanah-tanah baru untuk pertanian seperti penanaman padi dan tebu negara.

Harga Beras dan gula dunia di jangka meningkat antara 10 hingga 20% dalam masa beberapa bulan akan datang, jika perkara ini berlaku kerajaan menghadapi masalah dalam mengkalkan subsidi sedia dan akhirnya harga barang keperluan ini akan meningkat, sebelum segalanya terlambat PM Najib dan barisan pakar ekonominya harus merancang beberapa dasar yang boleh menyelamatkan keadaan.

Moga Malaysia terus makmur.

FUYOOOO...LAGI TROPEDO MENGHALA KE PKR SELANGOR

Parah kerajaan PKR Selangor, masalah penginapan student UNISEL tak dapat selesai kerajaan pusat bercadang pindahkan student ke IPTS lain....Rabak beb...duit dah ambik tempat tinggal tak de,

Kementerian Pengajian Tinggi sebenarnya boleh untuk tak campurtangan dalam hal ini. Tetapi atas kapasiti kebajikan kepada rakyat saranan Menteri Pengajian Tinggi untuk pindahkan student ke IPTA lain harus di hargai dan menunjukkan bahawa kerajaan Pusat tidak ada dendam terhadap rakyat.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bagaimanapun, sebarang keputusan berhubung pemindahan itu belum lagi dibuat memandangkan setakat ini hanya melibatkan permasalahan penginapan.

Kata beliau, Kerajaan Selangor yang merupakan pemilik Unisel perlu bertanggungjawab mencari penyelesaian terbaik dan secara kreatif bagi menghadapi masalah tersebut dan bukannya melepaskan tanggungjawab itu kepada kerajaan pusat.

 
“Kerajaan setakat ini akan membuat keputusan memindahkan pelajar ke IPTS lain jika keadaan memerlukan supaya mereka tidak teraniaya dan bukannya kerajaan pusat ambil alih sebab kita dah cukup dengan 20 institut pengajian tinggi awam (IPTA).

“Sepatutnya isu ini tidak timbul apatah lagi ia dimiliki oleh kerajaan negeri dan sudah tentu dapat menyediakan kemudahan lebih baik. Saya percaya pelajar membuat bayaran mencukupi, jadi saya tidak nampak perkara ini tidak diurus dengan baik oleh kerajaan negeri,” katanya

PERUTUSAN AIDIL FITRI PALING BANGANG DARI KETUA PEMBANGKANG PARLIMEN MALAYSIA

MPG tidak mahu edit atau sunting walau satu abjad pun dari perutusan bangang nie, kau orang bacalah dan nilai sendiri. MPG rasa inilah perutusan yang di buat sendiri oleh Anuar tanpa merujuk kepada penulisnya atau penulisnya dah balik kampung awal sambut raya.

PERUTUSAN EIDULFITR 1433H — YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, Yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani, kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita telah berjaya menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Saya dan Azizah mewakili keluarga, kepimpinan dan anggota KEADILAN seluruhnya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitr 1433 Hijrah kepada semua sahabat handai, rakan taulan serta muslimin muslimat sekalian dengan lafaz minal eidil walfaizin wal maqbulin. Kemaafan dipohon daripada saudara-saudari seluruhnya atas sebarang keterlanjuran kata dan perilaku.

Menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan merupakan suatu ujian kepada umat Islam; ujian melawan nafsu yakni musuh utama kita dan seandainya berjaya, maka kita akan dianugerahi Alllah SWT dengan petunjuk serta keampunan.

Syawal tahun ini juga masih disambut dengan suasana negara yang parah dengan penyalahgunaan kuasa; apabila amanah yang diberi rakyat untuk memimpin dikhianati dengan amalan kronisme dan rasuah, peningkatan drastik statistik jenayah, politik dendam yang tidak berkesudahan dan agenda jahat yang bertujuan memecahbelahkan keharmonian sesama kita.

Justeru, marilah kita sama-sama menyambut bulan yang mulia ini dengan penuh keinsafan, kesederhanaan dan penuh kesabaran. Moga Syawal tahun ini menguatkan keazaman kita untuk kekal istiqamah dalam menuntut perubahan serta menggilap semangat perjuangan menegak yang hak dan yang adil serta menolak kezaliman dan kebobrokan.

Salam Eidulfitr. Kullu am wa antum bi-khair.
ANWAR IBRAHIM

KEKILAFAN HUDUD PAS KELANTAN DAN PAS TERENGGANU

Rang undang-undang kanun jenayah syariah (ii) 1993 Negeri Kelantan pada perkara (4) bahagian 1 menetapkan hanya 6 jenis kesalahan yang perlu di hukum dengan hukum hudud.
1. Sariqah
2. Hirabah
3. Zina.
4. Qazaf
5. Syurb
6. Irtidad atau riddah

Draf cadangan rang undang-undang jenayah syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu masa Hj.Hadi jadi MB pula mencatitkan 7 kesalahan yang perlu di hukum dengan hukum hudud.
1. Sariqah
2. Hirabah
3. Zina.
4. Qazaf
5. Syurb
6. Irtidad atau riddah
7. Bughah.

Rang undang-undang hudud negeri Kelantan dan cadangan rundang-undang hudud dan Qisas Hj.Hadi dengan jelas mentafsirkan "mukalaf" adalah seseorang yang telah mencapai umur 18 tahun dan sempurna akalnya".

Sedangkan dalam ajaran Islam . Syarat-syarat mukallaf ialah:
1. Telah sampai umur (yakni baligh) - Biasanya sebelum capai 18 tahun.
2. Memiliki akal yang waras
3. Sampai dakwah kepadanya
4. Sempurna pancaindera, khususnya penglihatan atau pendengaran.

Dalam perlantikan hakim pula kedua-dua rang undang-undang itu bersetuju,
1. Seseorang yang sedang atau pernah memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Malaya atau Borneo atau Mahkamah Agung Malaysia atau sesiapa sahaja yang mempunyai kelayakan untuk menjadi hakim mana-mana mahkamah tersebut adalah layak menjadi hakim.

Khamis, 23 Ogos 2012

APA JANJI PAS SELEPAS PRU 13?

Salam.
Andai ditakdirkan pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas PRU 13, Bagaimanakah nasib agama Islam dan bangsa melayu di negara ini ?.

1. Apakah parti PAS dengan hanya bercadang bertanding di 60 kerusi Parlimen dan satu-satunya parti yang ahlinya terdiri daripada umat melayu Islam akan bakal menjadi dominan atau big brother atau ketua dalam pakatan tersebut?

2. Apakah PAS mampu menggantikan UMNO mempertahankan dan memperkasakan hak melayu bumiputera dalam negara ini setelah isu seorang wanita melayu bekas kakitangan Jabatan Kerajaan Pulau Pinang mengadu nasib kepada Hj.Hadi , beliau di berhentikan kerja oleh kerajaan DAP Pulau Pinang. dan Hj. Hadi cuma menjawab " tindakkan tersebut adalah perkara biasa kepada setiap parti yang memerintah"?. Memberi maksud Hj.Hadi bersetuju dengan tindakkan Lim Guan Eng dan DAP untuk mengurangkan 30% kakitangan awam?.

3. Apakah hanya kerana sebuah "Pakatan" PAS sanggup membuang dasar perjuangan parti yang menjadi alternatif kepada umat Melayu Islam di negara ini?.


Ahad, 5 Ogos 2012

PM BERDAKWAH KE ARAH UKWAH

PM NAJIB DENGAN BERANINYA MENYATAKAN BAHAWA PEMERINTAHAN NEGARA ADALAH BERPAKSIKAN KEPADA AL QURAN DAN AS SUNNAH. AYUH RAKAN-RAKAN PEMBANGKANG DARI KALANGAN MELAYU MUSLIM, MARILAH KITA BERSATU MEREALIASASIKAN KENYATAAN PM ITU.USAHLAH KITA MENUNDING JARI LAGI.

Khamis, 2 Ogos 2012

TRANFORMASI ALA PAS : ARTIS GANTI ULAMA'.


Pas sedang giat menjalankan transformasi di dalam dasar partinya. terbaru mereka giat menggantikan ulama-ulama mereka di pentas ceramah dengan artis-artis.
 
Artis-artis yang hampir expired di dunia hiburan sekrang ini mendapat pentas baru untuk menjana kekayaan iaiatu dengan berceramah di pentas Pas. Dikhabarkan juga bahawa ada diantara mereka yang bakal bertanding di PRU 13 kelak. Untung artis masuk Pas, selain menjana kekayaan dan jadi calon YB. Malang buat ulama di dalam Pas yang semakin hari semakin tersisih. Slogan baru Pas : ARTIS GANTI ULAMA.