Jumaat, 31 Ogos 2012

POLITIK AMPU - HISHAMUDDIN HILANG JIWA MERDEKA?

MPG terkejut bila dengar Menteri KDN kata tiada kejadian buruk yang di cetuskan oleh gerombolan "SIAMANG BERBAYAR" sewaktu menyambut malam detik kemerdekaan Negara.

Cuba tengok gambar nie, bukan kejadian buruk ke?


Bukan kejadian buruk ke bila generasi muda dengan riangnya menunjukkan "kurang ajor" mereka kepada perjuangan datuk nenek mereka memerdekakan tanahair 55 tahun dahulu,  yang menciptakan kemerdekaan dengan menjulang panji jalur gemilang? Bukan kejadian buruk ke bila generasi muda dah tidak mengiktiraf jalur gemilang?

Mana hilangnya jiwa merdeka anak kepada bekas Perdana Menteri ke -3 nie, mana hilangnya jiwa merdeka cucu kepada Pengasas ulung UMNO, mana hilangnya jiwa naib presiden UMNO Malaysia nie?. Kalau nak mengAMPU sepupu kau pun biarlah guna otak sikit.


 Ini bukan soal suka-suka, ini soal pelanggaran maruah Negara...tak kan kau boleh laporkan sebagai tiada kejadian buruk?. Kau punya definasi kejadian buruk tu macamana? wahai hishamuddin...bila negara Malaysia dan segala lambangnya terhapus dari dunia ini baru kau kata kejadian buruk?.

Wahai ahli-ahli UMNO yang lebih 4 juta bilangannya , nilaikan lah sendiri jiwa merdeka naib presiden kamu ini. buatlah keputusan yang bijak. Seharusnya tiada tempat buat mereka yang asyik kerja mengampu sampai maruah negara  hilang pun tak sedar. Ya Allah selamatkan lah negara ini dari pemimpin yang celaru akal ini.

Tiada ulasan: