Khamis, 23 Ogos 2012

APA JANJI PAS SELEPAS PRU 13?

Salam.
Andai ditakdirkan pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas PRU 13, Bagaimanakah nasib agama Islam dan bangsa melayu di negara ini ?.

1. Apakah parti PAS dengan hanya bercadang bertanding di 60 kerusi Parlimen dan satu-satunya parti yang ahlinya terdiri daripada umat melayu Islam akan bakal menjadi dominan atau big brother atau ketua dalam pakatan tersebut?

2. Apakah PAS mampu menggantikan UMNO mempertahankan dan memperkasakan hak melayu bumiputera dalam negara ini setelah isu seorang wanita melayu bekas kakitangan Jabatan Kerajaan Pulau Pinang mengadu nasib kepada Hj.Hadi , beliau di berhentikan kerja oleh kerajaan DAP Pulau Pinang. dan Hj. Hadi cuma menjawab " tindakkan tersebut adalah perkara biasa kepada setiap parti yang memerintah"?. Memberi maksud Hj.Hadi bersetuju dengan tindakkan Lim Guan Eng dan DAP untuk mengurangkan 30% kakitangan awam?.

3. Apakah hanya kerana sebuah "Pakatan" PAS sanggup membuang dasar perjuangan parti yang menjadi alternatif kepada umat Melayu Islam di negara ini?.


Tiada ulasan: