Jumaat, 24 Ogos 2012

BELANJAWAN 2013 : KURANG MAKANAN RAKYAT BOLEH JATUHKAN KERAJAAN

Rakyat Malaysia ternanti-nanti persidangan Dewan Rakyat yang di jangka berlangsung dari 24hb.Sept hingga 27hb.Nov kerana di jangkakan dalam persidangan kali ini PM akan membentangkan Belanjawan 2013.

Berharap agar belanjawan kali ini menekankan soal memperkasa kehidupan rakyat dengan memberi ruang dan peruntukan yang secukupnya untuk bekalan makanan dan keperluan harian, perbanyakkan konsep kedai rakyat 1 Malaysia atau seumpamanya yang boleh membantu kehidupan rakayat secara langsung.

Malaysia tidak boleh bergantung kpada negara luar untuk bekalan makanan tempatan, bekalan padi/beras, gula, minyak masak dan beberapa barangan keperluan harian rakyat harus mempunyai stok yang mencukupi. Memperkasa bidang pertanian harus di utamakan, sejarah mengajar kita bahawa kestabilan negara bergantung kepada rakyatnya,jika rakyat kebulur kurang makanan mereka boleh merusuh menjatuhkan kerajaan . Salah satu kaedah untuk mempastikan bekalan makanan yang mencukupi tanpa bergantung kepada import dari luar ialah kerajaan mesti membuka tanah-tanah baru untuk pertanian seperti penanaman padi dan tebu negara.

Harga Beras dan gula dunia di jangka meningkat antara 10 hingga 20% dalam masa beberapa bulan akan datang, jika perkara ini berlaku kerajaan menghadapi masalah dalam mengkalkan subsidi sedia dan akhirnya harga barang keperluan ini akan meningkat, sebelum segalanya terlambat PM Najib dan barisan pakar ekonominya harus merancang beberapa dasar yang boleh menyelamatkan keadaan.

Moga Malaysia terus makmur.

Tiada ulasan: