Jumaat, 24 Ogos 2012

KEKILAFAN HUDUD PAS KELANTAN DAN PAS TERENGGANU

Rang undang-undang kanun jenayah syariah (ii) 1993 Negeri Kelantan pada perkara (4) bahagian 1 menetapkan hanya 6 jenis kesalahan yang perlu di hukum dengan hukum hudud.
1. Sariqah
2. Hirabah
3. Zina.
4. Qazaf
5. Syurb
6. Irtidad atau riddah

Draf cadangan rang undang-undang jenayah syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu masa Hj.Hadi jadi MB pula mencatitkan 7 kesalahan yang perlu di hukum dengan hukum hudud.
1. Sariqah
2. Hirabah
3. Zina.
4. Qazaf
5. Syurb
6. Irtidad atau riddah
7. Bughah.

Rang undang-undang hudud negeri Kelantan dan cadangan rundang-undang hudud dan Qisas Hj.Hadi dengan jelas mentafsirkan "mukalaf" adalah seseorang yang telah mencapai umur 18 tahun dan sempurna akalnya".

Sedangkan dalam ajaran Islam . Syarat-syarat mukallaf ialah:
1. Telah sampai umur (yakni baligh) - Biasanya sebelum capai 18 tahun.
2. Memiliki akal yang waras
3. Sampai dakwah kepadanya
4. Sempurna pancaindera, khususnya penglihatan atau pendengaran.

Dalam perlantikan hakim pula kedua-dua rang undang-undang itu bersetuju,
1. Seseorang yang sedang atau pernah memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Malaya atau Borneo atau Mahkamah Agung Malaysia atau sesiapa sahaja yang mempunyai kelayakan untuk menjadi hakim mana-mana mahkamah tersebut adalah layak menjadi hakim.

Tiada ulasan: