Jumaat, 24 Ogos 2012

PERUTUSAN AIDIL FITRI PALING BANGANG DARI KETUA PEMBANGKANG PARLIMEN MALAYSIA

MPG tidak mahu edit atau sunting walau satu abjad pun dari perutusan bangang nie, kau orang bacalah dan nilai sendiri. MPG rasa inilah perutusan yang di buat sendiri oleh Anuar tanpa merujuk kepada penulisnya atau penulisnya dah balik kampung awal sambut raya.

PERUTUSAN EIDULFITR 1433H — YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, Yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani, kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita telah berjaya menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Saya dan Azizah mewakili keluarga, kepimpinan dan anggota KEADILAN seluruhnya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitr 1433 Hijrah kepada semua sahabat handai, rakan taulan serta muslimin muslimat sekalian dengan lafaz minal eidil walfaizin wal maqbulin. Kemaafan dipohon daripada saudara-saudari seluruhnya atas sebarang keterlanjuran kata dan perilaku.

Menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan merupakan suatu ujian kepada umat Islam; ujian melawan nafsu yakni musuh utama kita dan seandainya berjaya, maka kita akan dianugerahi Alllah SWT dengan petunjuk serta keampunan.

Syawal tahun ini juga masih disambut dengan suasana negara yang parah dengan penyalahgunaan kuasa; apabila amanah yang diberi rakyat untuk memimpin dikhianati dengan amalan kronisme dan rasuah, peningkatan drastik statistik jenayah, politik dendam yang tidak berkesudahan dan agenda jahat yang bertujuan memecahbelahkan keharmonian sesama kita.

Justeru, marilah kita sama-sama menyambut bulan yang mulia ini dengan penuh keinsafan, kesederhanaan dan penuh kesabaran. Moga Syawal tahun ini menguatkan keazaman kita untuk kekal istiqamah dalam menuntut perubahan serta menggilap semangat perjuangan menegak yang hak dan yang adil serta menolak kezaliman dan kebobrokan.

Salam Eidulfitr. Kullu am wa antum bi-khair.
ANWAR IBRAHIM

Tiada ulasan: