Jumaat, 24 Ogos 2012

FUYOOOO...LAGI TROPEDO MENGHALA KE PKR SELANGOR

Parah kerajaan PKR Selangor, masalah penginapan student UNISEL tak dapat selesai kerajaan pusat bercadang pindahkan student ke IPTS lain....Rabak beb...duit dah ambik tempat tinggal tak de,

Kementerian Pengajian Tinggi sebenarnya boleh untuk tak campurtangan dalam hal ini. Tetapi atas kapasiti kebajikan kepada rakyat saranan Menteri Pengajian Tinggi untuk pindahkan student ke IPTA lain harus di hargai dan menunjukkan bahawa kerajaan Pusat tidak ada dendam terhadap rakyat.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bagaimanapun, sebarang keputusan berhubung pemindahan itu belum lagi dibuat memandangkan setakat ini hanya melibatkan permasalahan penginapan.

Kata beliau, Kerajaan Selangor yang merupakan pemilik Unisel perlu bertanggungjawab mencari penyelesaian terbaik dan secara kreatif bagi menghadapi masalah tersebut dan bukannya melepaskan tanggungjawab itu kepada kerajaan pusat.

 
“Kerajaan setakat ini akan membuat keputusan memindahkan pelajar ke IPTS lain jika keadaan memerlukan supaya mereka tidak teraniaya dan bukannya kerajaan pusat ambil alih sebab kita dah cukup dengan 20 institut pengajian tinggi awam (IPTA).

“Sepatutnya isu ini tidak timbul apatah lagi ia dimiliki oleh kerajaan negeri dan sudah tentu dapat menyediakan kemudahan lebih baik. Saya percaya pelajar membuat bayaran mencukupi, jadi saya tidak nampak perkara ini tidak diurus dengan baik oleh kerajaan negeri,” katanya

Tiada ulasan: