Apa beza mereka berdua nie,
Dekat nak sambut hari kemerdekaan dulu Mat Sabu mengangkat komunis sebagai Hero dengan mengatakan Mat Indra pejuang kemerdekaan sebenar, dan anggota Polis yang mempertahankan rumah pasong Bukit Kepong sebagai talibarut British, Mat Sabu menghina mereka yang telah meninggal dunia mempertahankan agama,bangsa dan tanahair.
Dua hari lepas Lim Guan Eng pula mengeluarkan kenyataan yang hampir sama menghina dan merendahkan pengorbanan angota Polis Di Raja Malaysia khususnya anggota -anggota Polis Negeri Johor. KALAU MAT SABU MENGHINA DAN MERENDAHKAN ARWAH -ARWAH, HARI INI LIM GUAN ENG MENGHINA POLIS YANG MASIH HIDUP, yang menjalankan tugas menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat. Kenyataan Lim Guan Eng menuduh Negeri Johor negeri yang tidak selamat seolah-olah Polis yang ada di Negeri Johor nie tak buat kerja,goyang kaki saja.
Lim Guan Eng juga mengugut rakyat Singapura, katanya kalau datang Negeri Johor orang Singapura berkemungkinan akan di culik.
"Orang dahulu berjuang, pertama hilang, kedua terbilang, tetapi orang sekarang berjuang, pertama cari menang, sudah menang cari wang, dapat wang jatuhkan orang,hidup di awang-awang, akhirnya jatuh terlentang". ~Tan Sri Abdul Aziz Tapa
Jumaat, 30 September 2011
Rabu, 28 September 2011
PEMIMPIN KESATUAN SEKERJA YANG DAH NAK PENCEN SIBUK MELOBI
Muktahir ini banyak orang memperkatakan soal menaikkan umur persaraan sektor swasta terutama pemimpin-peminpin tertinggi kesatuan sekerja yang rata-ratanya dah lebih umur atau dah hampir umur 55 tahun,mereka inilah yang kelihatannya begitu galak melobi agar umur persaraan di naikkan hingga sanggup berpiket mendesak kerajaan dengar cakap dia orang.
Pada pandangan MPG pinda lah dulu akta kerja 1955 supaya di masukkan had umur persaraan. Akta kerja tu sendiri dah pencen pun (dah 56 tahun) tapi masih tak de mencatitkan had umur persaraan pekerja swasta dan tidak ada di tetapkan faedah-faedah persaraan, itu yang sepatutnya di pinda kalau nak tolong warga tua yang dah pencen, sekarang nie terutama sektor swasta, kalau mengikut akta kerja 1955 satu sen pun tiada imbuhan atau bayaran yang perlu di bayar kepada orang pencen, kalau ada pun majikan yang murah hati akan bagi sagu hati atau lebih di kenali sebagai "Golden Shakehand". selain dari itu habuk pun tarak...bye-bye aje.
Selain dari pindaan Akta Kerja 1955, ada beberapa akta yang bersangkutan yang perlu di pinda terlebih dahulu seperti akta PERKESO 1969 dan akta KWSP 1991. Dengan pindaan tersebut mungkin matlamat dan tujuan menaikkan umur persaraan akan dapat di atasi dengan tidak perlu menyekat peluang golongan muda untuk mendapat pekerjaan atau naik pangkat. "win-win situation". mahhhhh...

Ahad, 25 September 2011
HUDUD, QISAS, DIYAT DAN TA'ZIR
Tujuan Hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Ta’zir
Hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir diperuntukkan dalam qanun jenayah syariah adalah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam yang tertakluk di bawahnya lima perkara:
1. Menjaga agama, iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang yang murtad akan disuruh bertaubat terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh akan dikenakan ke atas mereka.
...
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:“Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia.” (Riwayat Bukhari)
2. Menjaga nyawa, iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah menjaga anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan. Sesiapa yang membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh badan mereka itu dengan sengaja wajib dijatuhkan hukuman qisas atau diyat sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Dan di dalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orangyang berakal fikiran supaya kamu bertaqwa.” (Surah Al-Baqarah, 2:179)
3. Menjaga akal fikiran, iaitu memelihara akal fikiran manusia dari kerosakan disebabkan minum arak atau minuman-minuman yang memabukkan. Mereka yang meminum arak wajib dijatuhkan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Saiyidina Ali di dalam sebuah hadith yang bermaksud:“Rasulullah s.a.w. telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat puluhkali sebat, dan Saiyidina Abu Bakar telah menyebat empat puluh kali sebat juga, dan Saiyidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali .
4. Menjaga keturunan, iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan supaya nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhan haram itu tidak rosak. Orang yang melakukan perzinaan wajibdijatuhkan hukum sebat dan rejam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada `Ubadah bin As-Somit r.a. yang bermaksud:
“Ambillah peraturan daripada aku, ambillah peraturan daripada aku. Sesungguhnya Allah telah memberi jalan untuk mereka. Perawan dengan jejaka yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat, dan dibuang negeri selama setahun. Dan janda dengan janda yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat dan direjam.” (Riwayat Muslim dan Abu Daud)
5. Menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau dibuang negeri ke atas perompak. Hukuman ini tertakluk kepada cara rompakan itu dilakukan sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Dan orang lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka (hukumannya)potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah)Allah maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al-Ma’idah: 38)Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:
“Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi (melakukan keganasan merampas dan membunuh orang di jalan ) ialah dengan balasan bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja, atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman awam). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab siksa yang amat besar.”(Surah Al-Ma’idah: 33)
HUKUM JENAYAH ISLAM
1. Pengertian Jenayah.Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.WT. atau meninggalkan sesuatu perkara yang disuruh olehNya.
2. Falsafah Jenayah.Peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.WT. untuk dilaksanakan dalam sesebuah negara bagi menjamin keadilan dan keselamatan ummah
HUKUM-HUKUM JENAYAH ISLAM Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi kepada ; (a) Hukum Hudud
(b) Hukum Qisas
(c) Hukum Ta'zir
A. HUKUM HUDUD
1. Pengertian Hudud;
(a) Dan segi bahasa hudud bererti menahan atau mencegàh.
(b) Dan segi segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.
Maksudnya; "Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim"
2. Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya
(a) Zina; Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.
(b) Qazaf (menuduh zina);Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.
Hukuman : sebat 80 kali
(c) Minum arak;Meminum minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan akal.
Hukuman : sebat 80 kali
(d) Mencuri;Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
Hukuman : potong tangan
(e) Merompak;Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan danancaman.
Hukuman : sekiranya membunuh hendaklah dibunuh
* sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.*sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara
(f) Riddah (murtad)Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.
Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3 kali )
# Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman hudud tanpa sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt penjara @ wang.
B. HUKUM QISAS
1. Pengertian qisas;
(a) Dan segi bahasa qisas bermaksud memotong.
(b) Dan segi syarak bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas A1-Quran dan Hadis-hadis Nabi saw. kerana kesalahan-kesalahan yang melibatkan hak individu.
2. Jenis jenayah qisas;
Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah membunuh dengan sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan seperti mencederakan mata, hidung dan telinga.
3. Hukuman terhadap kesalahan qisas;
Mengikut hukum qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.
Maksudnya; "Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya maka menjadilah ia penebus dosa baginya" (Surah al-Maidah ayat 45).
Diat
Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas.
Kadar Diat
Kadar diat adalah dikira mengikut bilangan unta iaitu harta yang paling bernilai ketika itu.Kadar penuh diat ialah 100 ekor unta. Walau bagaimanapun, para ulama' berpendapat boleh mengantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut. Di antaranya ialah
a) wangemas = 1000dinar
b) wangperak = 10,000-12,000dirham
c) lembu = 200ekor
d) kambing = 2000ekor
e) Persalinan = 200 persalinan lengkap
a. Diat jenayah membunuh.
1. Pembunuhan sengaja - 100 ekor unta secara terus (tanpa tangguh) yang terdiri drp ;
A) 30ekor Juz'ah ( unta berumur 5 tahun)
B) 30 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)
C) 40 ekor Hulqah
# Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu qishas @ diat. Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, qishas bunuh dikenakan.
2. Pembunuhan separuh sengaja - 100 ekor unta spt di atas tetapi bayaran boleh ditangguhkan sehingga 3 tahun.
3. Pembunuhan tidak sengaja - 100 ekor unta dan ditangguhkan sehingga 3 tahun yang terdiri drp ;
20 ekor Juz'ah (unta berumur 5 tahun)
20 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)
20 ekor Bintu Labun (unta betina berumur 3 tahun)
20 ekor Ibnu Labun (unta berumur 3 tahun)
20 ekor Bintu Mukhad (unta betina berumur 2 tahun)
# Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan Pembunuhan Tidak Sengaja adalah Diat sahaja. Qishas tidak dikenakan
1/2 drp diat lelaki
1/2 drp diat merdeka
# Pembunuhan Sengaja ialah membunuh dengan niat.
# Pembunuhan Separuh Sengaja ialah spt seorang memukul orang dengan tongkat @ melempar dengan batu kelikir, tanpa disangka-sangka terus mati orang tersebut. (tanpa niat membunuhnya)
# Pembunuhan Tidak Sengaja ialah spt seorang yang tertembak rakannya yangdisangkanya binatang buruan.
# Bagi jenayah membunuh, pembunuh hanya boleh diampunkan oleh warisnyasahaja. Pemerintah tidak ada kuasa dlm pengampunan.
b. Diat jenayah mencederakan anggota
1. 100 ekor unta untuk anggota tunggal spt terputusnya lidah, hilang akal,menyebabkan lumpuh seluruh anggota badan dan hilang keupayaan bersetubuh.
2. 50 ekor unta untuk anggota yang berpasangan, jika kedua-duanya terlibat maka diatnya 100 unta. Ia melibatkan salah satu drp kaki atau tangan, mata dan telinga.
3. 33 ekor unta untuk luka al-Ja'ifah (luka hingga ke dlm bhg otak)
4. 33 ekor unta untuk luka Al-Ma'muumah ( luka yang sampai ke selaput kepala)
5. 25 ekor unta untuk anggota yang 4 bahagian (pasang) spt kelopak mata. Setiapsatu kelopak mewakili 25 unta.
6. 10 ekor unta untuk luka Al-Hasyimah (luka yang memecah @ mematahkantulang)
7. 15 ekor unta untuk luka Al-Munqilah (luka yang sampai ke tulang danmematahkannya sehingga tergeser dari tempatnya).
8.10 ekor unta untuk anggota yang ada 10 bahagian spt jari tangan dan jari kiri.Setiap satu jari jika patah mewakili 10 ekor unta.
9. 5 ekor unta untuk luka Mudhihah @ Muwadhdhohah (luka yang menampakkantulang)
C. HUKUM TA'ZIR
1. Pengertian ta'zir.
(a) Dan segi bahasa ta'zir bererti menolak atau menghalang
(b) Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu
2. Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategoni ta'zir;
(a) Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atau qisas.
(b) Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.
(c) Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat, menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.
3. Hukuman bagi kesalahan ta'zir.
(a) Nasihat Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak mengulangi lagi pada masa akan datang
(b) TeguranTeguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha untuk memperbaiki dirinya
(c) Ancaman Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab takut dikenakan hukuman.
(d) Pemulauan Hukuman pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersempit sekiranya ia berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat dengan orang lain dalam masyarakat
(e) Perisytiharan umum Membuat pengisytiharan kepada umum terhadap kesalahan penjenayah. Dengannya penjenayah berasa tertekan dan malu yang amat sangat
(f) Denda dan merampas harta; Iaitu hukuman ta 'zir dengan denda berbentuk kewangan dan merampas harta yang dimiliki oieh penjenayah.
(g) Penjara;Mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut pertimbangan realiti semasa.
(h) Sebat;Mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan jumlah sebatan yang tertentu mengikut realiti sekali
(i) Bunuh Hukuman bunuh bagi kesalahan ta'zir dibenarkan oleh syarak bagi menjaga kemaslahatan umum masyarakat
(j) Buang daerah Hukuman ini dikenakan supaya penjenayah berasa tertekan, mengalami kesusahandan tersisih akibat dipisahkan dari kaum keluarga dan sahabat handai.
Matlamat Hukum Hudud, Qisas dan Ta'zir
(a) untuk melindung masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum ia berlaku.
(b) untuk memperbaiki penjenayah dan membetulkan penyelewengan. Ini dapat dilihat daripada kesan yang ditinggalkan oleh hukuman ke atas penjenayah yang memberi pengajaran, memperbaiki dan menghalang seseorang daripada melakukan jenayah
(c) untuk membersih dosa penjenayah dan menyelamatkannya daripada azabakhirat. Peranan undang-undang jenayah Islam mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat.
(a) Undang-undang jenayah Islam menjatuhkan hukuman secara adil dan saksama. Misalnya orang yang membunuh dihukum bunuh balas. Ini menyebabkan warisnya berpuas hati dan hilang perasaan dendam.
(b) Hukuman jenayah Islam yang kemas dan tegas menyebabkan penjenayah dan orang ramai takut dan gerun untuk mengulangi jenayah. Akhirnya kehidupan masyarakat aman dan sejahtera.
(c) Hukuman jenayah Islam mengandungi unsur-unsur pendidikan kepada penjenayah dan orang ramai. Hukuman yang dikenakan mendorong seseorang penjenayah bertaubat dan menyesali kesalahan yang dilakukannya. Dengan ini jenayah akan berkurangan dalam masyaraka
Sabtu, 24 September 2011
Khamis, 22 September 2011
KITA BUKAN GILA KUASA, KITA NAK HALANG ORANG GILA DARI BERKUASA!
Siapa yang penulis maksudkan orang gila yang hendak berkuasa?.
Yang paksa YAB PM beri keterangan bersumpah didalam Mahkamah yang Anwar tidak meliwat stafnya Saiful. masuk akal ke tu? Sebab tu penulis kata ni kerja gila babi! Sebab itu penulis berpendapat YAB PM & YABhg Datin Sri Rosmah Mansur mengambil langkah tepat memohon Mahkamah membatalkan sapina yang diminta oleh Anwar dan Karpal. Anwar sendiri tak berani dan enggan beri keterangan bersumpah untuk membela diri dia, kenapa pulak orang lain, terutama YAB PM nak kena beri keterangan bersumpah bagi pihak dia.
JANGAN BUAT KERJA GILABABI, BABIGILA PUN TAK BUAT KERJA MACAM TU!
Klik sini untuk bacaan penuh : Datuk Zulkifli Nordin menulis

TIDAK KURANG 4 KERUSI PARLIMEN 6 KERUSI DUN JOHOR JADI REBUTAN DAP-PKR
Dua komponen Pakatan Pembangkang Johor - DAP dan PKR tidak mencapai kata sepakat di dalam rundingan mengenai pembahagian kerusi untuk PRU - 13 akan datang, lebih memburukkan lagi apabila ada antara pemimpin mereka mengeluarkan kenyataan sanggup bertanding sesama sendiri bagi berebut kerusi tersebut.
Antara kerusi DUN yang menjadi rebutan ialah
1. N 10 (Tangkak)
2. N 12 (Bentayan)
3. N 42 (Johor Jaya)
4. N 45 (Stulang)
5. N 49 (Nusajaya)
6. N 52 (Senai)
Antara Kerusi Parlimen yang menjadi rebutan DAP- PKR ialah
1. P 145 (Bakri)
2. P 150 (Batu Pahat)
2. P 159 (Pasir Gudang)
3. P 162 (Gelang Patah)

Selasa, 20 September 2011
FAUZIAH SALLEH AHLI PARLIMEN YANG OTAK DANGKAL
Fauziah Salleh nie sejak jadi Ahli Parlimen serba tak kena, semua kerja nak di buatnya sedikit masa dulu cuba nak jadi pakar Nuklear sibuk meracuni pemikiran orang-orang Kuantan khususnya penduduk sekitar Gebeng,
dengan mengatakan projek lynas tidak selamat, penipuan ini telah di selongkar oleh TV3 dengan mendapatkan pandangan Ahli Parlimen PAS Ulu Langat S'gor yang merupakan seorang pakar Sains Nuklear yang dengan tegasnya mengatakan bahawa Lynas selamat dan telah mengikut piawaian yang di tetapkan.
Kini terbaharu, Fauziah Salleh cuba pula untuk menjadi pegawai Pendaftaran Negara dengan warga Bangladesh di Malaysia mudah mendapat taraf warganegara bagi mengundi kerajaan. Bangang betul Ahli Parlimen kuantan nie.
Menurut Ketua Pengarah Pendaftaran Negara , Datin Jariajh Mohd. Said, Hanya 37 warga Bangladesh mendapat taraf kerakyataan sejak 1998. Lima (5) di beri taraf warganegara kerana menjadi isteri kepada rakyat Malaysia, Empat (4) di beri kepada anak warganegara , sembilan belas (19) kerana perkara 15(A) Perlembagaan Persekutuan.
Kantoi lagi Fauziah, nampaknya apa sahaja yang di jadikan isu oleh Fauziah Salleh ini pasti memakan diri sendiri, pengundi-pengundi Parlimen Kuantan kau orang fikir-fikirkan lah taraf wakil rakyat nie,
Ahad, 18 September 2011
HINDRAF TUNTUT 7 KERUSI PARLIMEN DAN 16 KERUSI DUN DARI PAKATAN
Mereka sudah mula berebut kerusi nampaknya, Pertubuhan Hindraf yang telah di halalkan dengan nama Human Right Party (HRP) melalui P Uthayakumar telah meminta dari Pakatan 7 kerusi Parlimen dan 16 kerusi Dewan Undangan Negari dalam PRU 13 nanti. Jika Pakatan tidak mengindahkan tuntutan ini mereka seramai lebih kurang 10,000 orang akan berdemo di hadapan ibupejabat PKR.
Kerusi Parlimen yang di idamkan HRP ialah Padang Serai (Kedah), Batu Kawan (Penang), Ipoh Barat (Perak), Kota Raja (Selangor), Teluk Kemang (Negri Sembilan), Cameron Highlands (Pahang) and Tebrau (Johor).
Manakala 16 kerusi DUN pula ialah Bukit Selambau dan Lunas (Kedah), Prai dan Bagan Dalam (Penang), Buntong dan Hutan Melintang (Perak), Port Dickson dan Jeram Padang (Negeri Sembilan), Tanah Rata dan Ketari (Pahang), Puteri Wangsa dan Tiram (Johor) dan Sri Andalas, Ijok, Seri Setia dan Bukit Melawati (Selangor).

Rabu, 14 September 2011
KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA MERISAUKAN LINTAH DARAT
Alhamdulilah, tak perlu melalak pun untuk menjadi Negara Kebajikan, PM Najib tetap mampu mengurus kebajikan rakyat terbaru dengan idea hebatnya mewujudkan kedai Rakyat 1 Malaysia. Sambutan terhadap kedai Rakyat 1 Malaysia ini cukup hebat sama hebat dengan sambutan terhadap Klinik 1 Malaysia.Terima Kasih PM.Najib
Kewujudan Kedai Rakyat 1 Malaysia ini rupanya mendedahkan siapa kah yang selama ini menjadi lintah darat mengambil keuntungan berlebihan dari rakyat marhaen, Kewujudan Kedai Rakyat 1 Malaysia menyebabkan lintah darat-lintah darat ini mengelepar dan merasakan perniagaan hisap darah mereka tergugat. Kedai Rakyat 1 Malaysia ini membongkar siapa dalang di sebalik kekurangan bekalan Minyak Masak,Tepung, Gula serta lain-lain bahan keperluan harian pada setiap kali musim perayaan.
Reaksi terbaru, TAIKUN besi The Lion Group, Tan Sri William Cheng dalam ruangan Bisnes Utusan Malaysia semalam mempertikai kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Kedai itu yang mula mendapat sokongan rakyat kini dianggap oleh William boleh menjejas peruncit biasa, Dalam ulasannya mengenai Kedai Rakyat 1Malaysia itu, beliau dipetik sebagai berkata, langkah (kerajaan) itu sedikit sebanyak menjejaskan operasi peniaga-peniaga runcit kecil di bawah naungan Gabungan Dewan Perniagaan Perindustrian Cina (ACCIM).
Selama ini pekedai-pekedai (yang dimaksudkan oleh William Cheng) menjual barangan dengan harga yang ada kalanya tidak masuk akal, sehingga ada yang berani menyorok bagi memberi tekanan supaya kerajaan menaikkan harga barangan tertentu. - Sumber: Zaini Hassan Utusan Malaysia.

Selasa, 13 September 2011
EPISOD PEMBOHONGAN PAS
Oleh Datuk Dr. Masitah Ibrahim.
1. Bagi menutup malu Pas kerana terhimpit dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah gereja 3 Ogos lalu, Datuk Mustafa Ali cuba mengalih pandangan dan menuduh UMNO sebagai dalang di sebalik isu itu. Bagi UMNO Selangor, ini satu pembohongan, dan sudahpun memulakan proses menyaman Setiausaha Agung Pas itu.2. Pemimpin Pas, Dr. Che Rosli Che Mat menyelar Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh kerana banyak mengeluarkan kenyataan tidak benar mengenai projek pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng. Che Rosli, seorang pakar sains nuklear, mendapati Fuziah menggunakan fakta palsu.
3. Che Rosli juga mengkritik Harakah kerana menyiarkan laporan tidak benar. Tapi Penerangan Pas Pusat dan kalangan pemimpin Pas tidak senang dengan tindakan Ahli Parlimen Pas Hulu Langat ini. Pas lebih senang rakyat terus dibohongi dengan maklumat palsu daripada diberikan fakta sebenar.
4. Terbaru, Jamilah Abu Bakar, yang melihat ibu bapa dan adiknya ditembak komunis 61 tahun lalu, memberitahu bahawa Naib Yang Dipertua Pas Pulai, Zaaba Ibrahim, telah memperkenalkan diri sebagai seorang pegawai kerajaan semasa melawat ke rumahnya Ahad lalu bagi pihak Mat Sabu. Jirannya, Mokhtar Jalok, 72, berkata pemimpin Pas itu berbohong kerana dia kenal Zaaba bukan kakitangan awam tapi peniaga besi buruk.
5. Jamilah dan keluarganya tidak mahu berjumpa Mat Sabu kerana sakit hati dengan pembohongan Timbalan Presiden Pas itu mengenai peranan dan jasa pahlawan Melayu yang menentang komunis. Mat Sabu berkeras mengatakan komunis adalah wira, seolah-olah polis dan tentera adalah tali barut British.
6. Sebelum ini, Mat Sabu terbabit dalam kontroversi pasca-Bersih. Dia mendakwa cedera dilanggar kereta polis. Rakaman polis yang ditonton jutaan penduduk Malaysia menerusi TV menunjukkan beliau tidak dilanggar kereta polis, malah jatuh longkang kerana motornya terbabas.
7. Pemimpin Pas pernah menyatakan kesanggupan bekerjasama dengan sesiapa saja, waima syaitan, untuk menjatuhkan UMNO. Belum sempat berpakat dengan syaitan, baru dengan PKR dan DAP pun, Pas sudah longlai dan tidak konsisten dalam perjuangannya. Kerana mahu ambil hati kawan, Pas sanggup gadai prinsip perjuangan. Kerana ingin mengecap sedikit kuasa, Pas tidak lagi mempertahankan konsep Negara Islam, tidak bercakap mengenai hukum hudud, malah bersekongkol dalam soal penjualan arak, judi dan rumah urut di Selangor.
8. Janji palsu terbesarnya ialah hudud. Pas menentang UMNO di Kelantan pada 1990 dan Terengganu pada 1999 kerana tidak melaksanakan undang-undang Islam. Bila dapat memerintah, Pas memberi pelbagai alasan kenapa tidak melaksanakan hudud. Antaranya, sekatan Kerajaan Persekutuan, mahu memberi masa kepada rakyat terutama bukan Islam memahami konsepnya dan tidak cukup pelaksana seperti peguam dan hakim.
9. Sebagai Menteri Besar Terengganu, Abdul Hadi pernah berkata hudud tidak penting untuk dilaksanakan kerana ia cuma 0.00001 peratus daripada syariah Islam. Di muktamar Pas ke-57 lalu, dia baru sedar negara Islam tidak disebut dalam al-Quran. Dalam keadaan sekarang, kerana bersekongkol dengan PKR dan DAP yang sememangnya menolak undang-undang syariah, maka janji Pas ini tidak akan tertunai sampai bila-bila.
10. Pemimpin Pas kutuk bangsa sendiri, malu jadi Melayu kononnya. Pas anggap orang Melayu yang tidak menyokong calonnya sebagai jahiliah.
11. Sejak 1950an lagi orang Melayu dikafirkan, dan masyarakat Melayu berpecah-belah kerana fatwa yang songsang.
12. Mat Sabu pula menghina pemimpin Melayu seperti Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak serta anggota keselamatan, yang sebahagian besarnya Melayu, menentang komunis untuk mencapai kemerdekaan.
13. Pas jelas adalah sebuah parti oportunis, dan hanya gilakan kuasa. Dulu Pas mahu lelong Putrajaya, sekarang mahu menguasai Putrajaya pula.
14. Pemimpin Pas apabila bercakap, sering merujuk diri dan kerja mereka dengan apa yang dibuat oleh Nabi Muhammad SAW. Kelantan pula disebut sebagai Serambi Mekah, dan Kota Bharu pula sebagai Kota Islam. Ini adalah strategi melengkapkan gambaran Islamik kepada pemimpin Pas dan negeri yang mereka perintah.
Tapi di manakah Islamiknya pemimpin Pas jika suka berbohong dan cakap berbelit-belit? Apakah merit parti yang menggunakan nama 'Islam' tapi memberi janji palsu, memberi gelaran buruk dan hina Muslimin lain?
UMNO tidak perlu berbuat apa sebenarnya. Sejak akhir-akhir ini, pemimpin Pas seperti Mat Sabu dan parti pembangkang lain bagaikan menggali kubur sendiri atas percakapan dan tindakan yang menyakiti hati rakyat. Episod terbaru ini pasti menyebabkan Pas kehilangan banyak sokongan dan undi orang Melayu.
Ingatlah, Nabi Muhammad menggunakan agama untuk mengislamkan orang-orang kafir. Tapi Nik Aziz dan Abdul Hadi menggunakan agama untuk mengkafirkan orang yang sudah Islam.
Sabtu, 10 September 2011
PAS TAK PERCAYA KEPADA ISLAM?
Punca Penyokong PAS keluar parti, melarikan diri dari Jama'ah, bukan kerana faktor luaran tapi kerana Presidennya Hj.Hadi dan kerana Timbalan Presidennya Mat Sabu Komunis.
Hj. Hadi dah gugurkan Negara Islam dengan bertukar kiblat kepada Negara Kebajikan macam Negara Greece sedangkan Timbalan Mursyidul Am PAS Dato Ustaz Haron Din bersunguh-sungguh nak wujudkan negara Islam acuan PAS.
Kesian Haron Din sorang-sorang. Mana pergi juak-juak PAS yang selama ini sanggup sembahyang 2 imam, sanggup ceraikan isteri, sanggup parangkan mak bapak, sanggup boikot jenazah muslim, semata-mata yakin dan percaya hanya PAS yang mampu mewujudkan negara Islam. Dah mati ke semuanya...atau dah jadi komunis semuanya...tak percaya pada Islam?

Jumaat, 9 September 2011
Rabu, 7 September 2011
MENTERI KDN DAH DAPAT ADUAN , JAIJ DAH TAHU, TAPI APA TINDAKKAN EEK?
Ayuh.....seluruh umat Melayu Islam Negeri Johor. Bangkitlah berjihad dalam isu ini, lupakan persengketaan politik kamu, marilah pertahankan agama islam kita.
Hentikan ketaksuban ini sebelum terlambat
Oleh Zaini Hassan
DUA hari sebelum hari raya baru-baru ini saya menerima sepucuk surat. Ia dialamatkan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan juga saya. Surat itu datangnya daripada seorang yang menggelar dirinya India Muslim (tak perlu saya nyatakan namanya) dari Johor Bahru.Ia mengenai satu kegiatan gereja radikal dari Singapura yang mula menjalankan dakwahnya di tanah Semenanjung, iaitu di negeri kelahiran Menteri Dalam Negeri itu sendiri, Johor. Dikepilkan juga satu surat bercop URGENT (Segera) untuk perhatian Majlis Agama Islam Negeri Johor.
Tajuk surat dalam bahasa Inggeris itu berbunyi: Gereja baru di JB untuk memurtadkan orang Islam.
Gereja itu menjalankan kegiatan agama dan mesyuarat penyebaran dakwahnya (evangelistic meeting) di sebuah hotel (tak perlu saya sebut hotel mana kerana KDN dan Majlis Agama sudah tahu) di Johor Bahru setiap pagi Ahad.
Gerakan ini ialah lanjutan daripada sebuah gereja radikal di Singapura, Victory Family Centre (VFC) (juga dikenali sebelumnya sebagai Calvary Charismatic Centre (CCC) pada 1990-an). Menurut surat itu, pengasas VFC Singapura ialah Rev. Dr. Rick Seaward (rakyat Singapura berbangsa Amerika) ialah seorang paderi yang radikal dan agresif berdakwah ke atas orang Islam.
Paderi kepada gerakan di JB itu ialah Paderi Jeremy Seaward, anak kepada pengasas VFC Singapura itu. Surat itu mendakwa, misi mereka ialah menubuhkan pusat itu di JB dan visinya untuk melebarkan kerja-kerja dakwah, khususnya kepada orang Islam di seluruh Malaysia. Gereja VFC itu menukar namanya daripada CCC pada 1990-an setelah kerajaan Singapura menumpaskan kegiatan dakwah mereka atau evangelikal secara radikal terhadap orang Islam, yang dikhuatiri akan mengganggu keharmonian beragama di negara pulau itu.
Kerajaan Singapura kemudian mengeluarkan satu Kertas Putih (White Paper) yang menyebut Rev. Rick Seaward sebagai punca mengapa Singapura perlu meluluskan satu undang-undang baru yang berbunyi: ‘‘Akta Memelihara Keharmonian Beragama’' (The Maintenance of Religious Harmony Act). Akhbar Straits Times bertarikh 30 Disember 1989 di muka 24 menulis berita bertajuk Stopping the over-zealous before they cause strife (Hentikan ketaksuban sebelum ia cetuskan persengketaan), yang dipetik daripada Kertas Putih bertajuk Memelihara Keharmonian Beragama.
Berita Straits Times itu berbunyi: ‘‘Kerajaan telah dari masa ke masa bertindak untuk menghalang perbalahan antara kumpulan agama, terutama antara orang Kristian dan Islam. Pada 1986, ISD (Jabatan Dalam Negeri Singapura) telah memanggil pemimpin 11 pertubuhan Kristian yang menjalankan gerakan dakwah terhadap orang Islam, untuk menasihati mereka menghindari daripada kegiatan yang boleh mencetuskan salah faham atau konflik.
“Sebahagian tidak mengendahkan nasihat itu. Paderi kanan Calvary Charismatic Centre (CCC), Rev. Rick Seaward, kemudian dipetik sebagai berkata bahawa CCC mahu ‘‘semua Melayu menjadi Kristian’'. Dalam khutbahnya yang berapi-api pada Ogos 1987, Seaward mengisytiharkan bahawa ‘‘Ancaman terbesar kepada agama Kristian... kepada semua manusia, bukannya komunisme tapi Islam’', dan Singapura satu hari akan menjadi negara Kristian, dan tugas khas Tuhan untuk orang Singapura ialah menghantar mereka menyebarkan ajaran Injil ke negara lain...”
Akhir kalam, kisah ini patut dijadikan teladan. Singapura telah mengambil langkah yang cukup berkesan. Jika wujud kebenaran daripada surat ini, pihak berkuasa kita harus siasat sedalam-dalamnya dan ambillah tindakan sebelum ia boleh mencetuskan huru-hara.
Selasa, 6 September 2011
HISHAMUDDIN DAH TAK YAKIN DENGAN PASUKAN POLIS?
Mengelepar, menggigil, mengetap gigi, mengengam penumbuk di buatnya bila MPG baca Utusan Malaysia hari ini ruangan Berita Dalam Negeri mukasurat 6. Kalau Menteri yang jaga KDN nie ada depan muka mahu aku tumbuk mulut besornya tu biar berjujai darah keluar. Kau orang baca surat khabar yang MPG maksudkan itu Tajuknya "Tak puas hati,Saman Mat Sabu-Hisham" Tengok tajuk MPG mula-mula tertanya juga sapa yang di maksudkan dengan Hisham tu, lepas baca 3 kali baru MPG faham yang cakap macamtu adalah menteri yang jaga KDN.
Yang jadikan MPG hangin satu badan ialah bila Menteri Dalam Negeri sendiri declare "untuk menunggu proses siasatan Polis dan Peguam Negara memakan masa" apa makna nie? Maknanya menteri yang jaga Polis dan Peguam pun tak yakin kredibiliti institusi penguatkuasa di bawahnya. Menteri jaga apa nie, jaga lembu lagi baik. Hishamuddin nie dah tak yakin dengan Polis gamaknya, kalau dah menteri macam tu apa guna kita semua buat laporan Polis beratus ribu. tak de makna tak de tindakkan apa-apa. Hishamuddin dah jatuhkan kredibiliti pasukan Polis Di Raja Malaysia.
Dan lebih parah lagi, menteri biol nie kata "Dalam hal nie saya minta pihak-pihak berkepentingan seperti keluarga Datuk Onn, Tunku Abdul Rahman atau persatuan bekas Polis dan Tentera untuk bangkit dan ambil tindakkan mereka sendiri". Dia nie dari keluarga mana,dai nie cucu siapa kenapa tak ambil tindakkan? Masa pemuda dulu asyik kerja mengarah, Sekarang nie datuk sendiri di hina pun masih arahkan orang lain ambil tindakkan. Dasar Politikus Bangsawan.

BIARKAN MAT SABU TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA
Mat Sabu Naib Presiden PAS yang baru di julang dalam mukhtamar PAS ke 54, adalah sebahagian daripada barisan pemimpin PAS versi akal kontot yang bakal menjahanamkan PAS, ramai di kalangan penyokong PAS yang terdiri dari bekas tentera dan keluarga mereka yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong melahirkan rasa menyesal kerana memangkah PAS pada PRU 12 yang lepas, mereka bersumpah tidak akan memangkah PAS lagi setelah si Penglipurlara PAS itu mengiktiraf Mat Indera sebagai pejuang kerana menyerang rumah pasong Bukit Kepong.
SHAH ALAM 4 Sept. – Anggota pasukan keselamatan yang berkhidmat semasa zaman British dan berjuang bermati-matian melawan pengganas komunis tidak sekali-kali boleh dianggap sebagai bersekongkol dengan penjajah. Bekas Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral (B) Datuk Amir Baharudin, 66, menegaskan, anggota polis dan Rejimen Askar Melayu pada ketika itu tidak sekali-kali berjuang mempertahankan British sebaliknya mereka menumpahkan taat setia terhadap Raja-Raja Melayu yang memegang kedaulatan Tanah Melayu.“Individu yang menyatakan anggota keselamatan pada zaman British mempertahankan penjajah sebenarnya tidak memahami dan buta sejarah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menafikan pengorbanan anggota polis dalam peristiwa Bukit Kepong pada 1950 dalam satu ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu. Laporan Harakahdaily hari ini pula melaporkan Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusof yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat menyatakan serangan ke atas balai polis Bukit Kepong adalah serangan ke atas sarang penjajah British dan bukannya kepada anak bangsa sendiri. Katanya, serangan itu merupakan manifestasi kemarahan rakyat terhadap penjajah British dan ia termasuk kemarahan terhadap anggota polis yang pada waktu itu ‘menjadi tali barut British’.
Amir yang dikenali sebagai Pak Guntur berkata, sepanjang penjajahan, raja-raja Melayu tidak pernah menyerahkan kedaulatan Tanah Melayu kepada British dan orang Melayu ketika itu hanya memberikan taat setia kepada raja mereka. “Oleh itu, anggota polis yang berjuang di Bukit Kepong bukan tali barut penjajah sebaliknya mereka berjuang menentang komunis bagi mengekalkan keselamatan dan keamanan penduduk setempat pada masa itu.
Bukan sekongkol dengan penjajah
Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my

Ahad, 4 September 2011
KEKALAHAN PERTAMA PAS DALAM PRU 13 : HANYA MINAT BERTANDING DI 60 KERUSI PARLIMEN.
Semboyan PRU 13 belum berbunyi tapi PAS dah kalah, mana tidaknya Presiden Parti dah umunkan hanya bertanding 60 kerusi Parlimen....60 kerusi dari 222 kerusi keseluruhan. Apa dah hilang akal ke nak perintah negara dengan 60 kerusi parlimen ,Apa dah hilang akal ke nak bertahkta di Putrajaya hanya dengan 60 kerusi Parlimen?. Apakah dengan 60 kerusi parlimen dah boleh jadi majoriti dalam pasukan pembangkang?
Atau Hj. Hadi memang dah sedar diri bahawa PAS tidak punya apa-apa dalam pasukan Pembangkang ?. Maknanya PAS kat mana sekali pun tetap jadi pencacai kepada rakan-rakan sekutu lain. Jadi wajarkan orang Melayu Islam berpayung kepada parti ini, mampukah PAS menjadi alternatif kepada UMNO?. Mampukan orang Melayu Islam bergantung harap kepada PAS.
Dah bangang sangat ke Hj.Hadi nie hanya mensasarkan 60 kerusi kemudian mengharapkan kerusi-kerusi dari parti-parti bukan Islam menyokong PAS, bercakap dengan budak-budak belum layak mengundi boleh lah sembang gitu....Hadi ooiiiii.

Sabtu, 3 September 2011
ERTI KEMERDEKAAN SEBENAR - LOJI AIR KEMBALI KEPANGKUAN JOHOR
PUBLIC UTILITIES BOARD SINGAPORE (PUB) menyerahkan empat loji dan rumah pam kepada Johor sempena hari kemerdekaan yang ke 54 hari ini. Selepas 50 tahun, empat kemudahan loji air dan rumah pam di Johor yang selama ini ditadbir dan diuruskan agensi air Singapura, PUB, akan diserah secara rasmi kepada kerajaan Johor. Loji itu adalah Loji Air Skudai, Loji Air Gunung Pulai, Rumah Pam Tebrau dan Rumah Pam Pontian di Sungai Pontian Kecil, dekat Pontian.
Penyerahan bersejarah itu dibuat kerana kontrak bekalan air selama 50 tahun antara PUB dengan kerajaan Johor, yang termaktub dalam Perjanjian Air 1961 membabitkan empat kemudahan tersebut, berakhir hari ini.
Akhbar Berita Harian Malaysia (BHM) semalam melaporkan majlis penyerahan itu akan dihadiri Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar; Menteri Sekitaran dan Sumber Air Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.Sejurus majlis penyerahan di loji Air Gunung Pulai, Syarikat Air Johor Holdings (SAJ) akan mengambil alih operasi semua kemudahan itu daripada PUB.
Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong, dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 24 Mei tahun lalu mengumumkan Singapura akan menyerah semua kemudahan air secara percuma dan tidak berhasrat menyambung perjanjian itu. Loji Air Skudai beroperasi sejak 1964 di tanah seluas 34.9 hektar dan mampu menghasilkan 189.2 juta liter (50 juta gelen) air bersih sehari. Loji Air Gunung Pulai pula siap dibina pada 1924 di tapak seluas 24 hektar dan mampu mengeluarkan antara 45 hingga 73 juta liter air bersih sehari bagi kawasan sekitar Jalan Straits View, Pontian dan Hospital Sultanah Aminah.
Back Dated Posting.

Langgan:
Catatan (Atom)