Selasa, 6 September 2011

BIARKAN MAT SABU TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA

Mat Sabu Naib Presiden PAS yang baru di julang dalam mukhtamar PAS ke 54, adalah sebahagian daripada barisan pemimpin PAS versi akal kontot yang bakal menjahanamkan PAS, ramai di kalangan penyokong PAS yang terdiri dari bekas tentera dan keluarga mereka yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong melahirkan rasa menyesal kerana memangkah PAS pada PRU 12 yang lepas, mereka bersumpah tidak akan memangkah PAS lagi setelah si Penglipurlara PAS itu mengiktiraf Mat Indera sebagai pejuang kerana menyerang rumah pasong Bukit Kepong.

Bukan sekongkol dengan penjajah

SHAH ALAM 4 Sept. – Anggota pasukan keselamatan yang berkhidmat semasa zaman British dan berjuang bermati-matian melawan pengganas komunis tidak sekali-kali boleh dianggap sebagai bersekongkol dengan penjajah. Bekas Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral (B) Datuk Amir Baharudin, 66, menegaskan, anggota polis dan Rejimen Askar Melayu pada ketika itu tidak sekali-kali berjuang mempertahankan British sebaliknya mereka menumpahkan taat setia terhadap Raja-Raja Melayu yang memegang kedaulatan Tanah Melayu.“Individu yang menyatakan anggota keselamatan pada zaman British mempertahankan penjajah sebenarnya tidak memahami dan buta sejarah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menafikan pengorbanan anggota polis dalam peristiwa Bukit Kepong pada 1950 dalam satu ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu. Laporan Harakahdaily hari ini pula melaporkan Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusof yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat menyatakan serangan ke atas balai polis Bukit Kepong adalah serangan ke atas sarang penjajah British dan bukannya kepada anak bangsa sendiri. Katanya, serangan itu merupakan manifestasi kemarahan rakyat terhadap penjajah British dan ia termasuk kemarahan terhadap anggota polis yang pada waktu itu ‘menjadi tali barut British’.

Amir yang dikenali sebagai Pak Guntur berkata, sepanjang penjajahan, raja-raja Melayu tidak pernah menyerahkan kedaulatan Tanah Melayu kepada British dan orang Melayu ketika itu hanya memberikan taat setia kepada raja mereka. “Oleh itu, anggota polis yang berjuang di Bukit Kepong bukan tali barut penjajah sebaliknya mereka berjuang menentang komunis bagi mengekalkan keselamatan dan keamanan penduduk setempat pada masa itu.

Tiada ulasan: