PUBLIC UTILITIES BOARD SINGAPORE (PUB) menyerahkan empat loji dan rumah pam kepada Johor sempena hari kemerdekaan yang ke 54 hari ini. Selepas 50 tahun, empat kemudahan loji air dan rumah pam di Johor yang selama ini ditadbir dan diuruskan agensi air Singapura, PUB, akan diserah secara rasmi kepada kerajaan Johor. Loji itu adalah Loji Air Skudai, Loji Air Gunung Pulai, Rumah Pam Tebrau dan Rumah Pam Pontian di Sungai Pontian Kecil, dekat Pontian.
Penyerahan bersejarah itu dibuat kerana kontrak bekalan air selama 50 tahun antara PUB dengan kerajaan Johor, yang termaktub dalam Perjanjian Air 1961 membabitkan empat kemudahan tersebut, berakhir hari ini.
Akhbar Berita Harian Malaysia (BHM) semalam melaporkan majlis penyerahan itu akan dihadiri Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar; Menteri Sekitaran dan Sumber Air Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.Sejurus majlis penyerahan di loji Air Gunung Pulai, Syarikat Air Johor Holdings (SAJ) akan mengambil alih operasi semua kemudahan itu daripada PUB.
Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong, dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 24 Mei tahun lalu mengumumkan Singapura akan menyerah semua kemudahan air secara percuma dan tidak berhasrat menyambung perjanjian itu. Loji Air Skudai beroperasi sejak 1964 di tanah seluas 34.9 hektar dan mampu menghasilkan 189.2 juta liter (50 juta gelen) air bersih sehari. Loji Air Gunung Pulai pula siap dibina pada 1924 di tapak seluas 24 hektar dan mampu mengeluarkan antara 45 hingga 73 juta liter air bersih sehari bagi kawasan sekitar Jalan Straits View, Pontian dan Hospital Sultanah Aminah.
Back Dated Posting.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan