Ahad, 18 September 2011

HINDRAF TUNTUT 7 KERUSI PARLIMEN DAN 16 KERUSI DUN DARI PAKATAN

Mereka sudah mula berebut kerusi nampaknya, Pertubuhan Hindraf yang telah di halalkan dengan nama Human Right Party (HRP) melalui P Uthayakumar telah meminta dari Pakatan  7 kerusi Parlimen dan 16 kerusi Dewan Undangan Negari dalam PRU 13 nanti. Jika Pakatan tidak mengindahkan tuntutan ini mereka seramai lebih kurang 10,000 orang akan berdemo di hadapan ibupejabat PKR.

Kerusi Parlimen yang di idamkan HRP ialah Padang Serai (Kedah), Batu Kawan (Penang), Ipoh Barat (Perak), Kota Raja (Selangor), Teluk Kemang (Negri Sembilan), Cameron Highlands (Pahang) and Tebrau (Johor).

Manakala 16 kerusi DUN pula ialah Bukit Selambau dan Lunas (Kedah), Prai dan Bagan Dalam (Penang), Buntong dan Hutan Melintang (Perak), Port Dickson dan Jeram Padang (Negeri Sembilan), Tanah Rata dan Ketari (Pahang), Puteri Wangsa dan Tiram (Johor) dan Sri Andalas, Ijok, Seri Setia dan Bukit Melawati (Selangor).

Tiada ulasan: