Jumaat, 30 September 2011

MAT SABU HINA ARWAH, LIM GUAN ENG HINA ORANG YANG MASIH HIDUP

Apa beza mereka berdua nie,
Dekat nak sambut hari kemerdekaan dulu Mat Sabu mengangkat komunis sebagai Hero dengan mengatakan Mat Indra pejuang kemerdekaan sebenar, dan anggota Polis yang mempertahankan rumah pasong Bukit Kepong sebagai talibarut British, Mat Sabu menghina mereka yang telah meninggal dunia mempertahankan agama,bangsa dan tanahair.

Dua hari lepas Lim Guan Eng pula mengeluarkan kenyataan yang hampir sama menghina dan merendahkan pengorbanan angota Polis Di Raja Malaysia khususnya anggota -anggota Polis Negeri Johor. KALAU MAT SABU MENGHINA DAN MERENDAHKAN ARWAH -ARWAH, HARI INI  LIM GUAN ENG MENGHINA POLIS YANG MASIH HIDUP, yang menjalankan tugas menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat. Kenyataan Lim Guan Eng menuduh Negeri Johor negeri yang tidak selamat seolah-olah Polis yang ada di Negeri Johor nie tak buat kerja,goyang kaki saja.

Lim Guan Eng juga mengugut rakyat Singapura, katanya kalau datang Negeri Johor orang Singapura berkemungkinan akan di culik.

Tiada ulasan: