Ahad, 27 Jun 2010

USUL PEMUDA TAMAN MAWAR PASIR GUDANG MENDAPAT PERKENAN SULTAN

Pada 20/6/2010 Pergerakan Pemuda UMNO Taman Mawar telah mengusulkan supaya cadangan pembinaan Jambatan bagi menggantikan Tambak Johor itu mesti di teruskan. Kami Pemuda UMNO Tmn.Mawar mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada kerajaan Barisan Nasional yang tidak pernah lupa untuk menyediakan pasarana untuk kemudahan rakyat, dan tahniah kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang di bawah kepimpinan Sdr.Rohazamshah bin Ahmad, yang telah mendesak kerajaan supaya menyediakan laluan motosikal di sepanjang lebuhraya Pasir Gudang bagi keselamatan pengguna Motosikal, saya mendapat makluman bahawa di dalam Rancangan Malaysia ke 10, permintaan ini insyallah akan di tunaikan. Pembinaan satu lagi rangkaian lebuhraya lebuh raya empat lorong dari Senai ke Pasir Gudang, yang telah di siapkan telah dapat mengurangkan 20 peratus beban trafik yang kini ditanggung oleh Lebuhraya Pasir Gudang.Begitu juga dengan pembinaan lebuhraya lingkaran dalam yang menghubungkan antara Pasir Gudang ke Jambatan Permas menjadikan Kawasan Pasir Gudang ini mudah di masuki melalui pelbagai arah jalan darat, secara tidak langsung rakyat di Pasir Gudang memerima banyak limpah kebaikan. Melihat keadaan ini Pemuda UMNO taman Mawar ingin mengusulkan supaya Pembinaan Jambatan menggantikan Tambak Johor sudah sampai masa untuk di teruskan. Dengan terpecahnya Tambak Johor yang telah berusia 86 tahun itu maka kawasan Pasir Gudang akan dapat di masuki melalui Jalan Laut dengan lebih dekat oleh kapal-kapal dari arah timur tanpa perlu melalui Perairan singapura. Pembinaan jambatan (apa jua bentuk) bagi menggantikan Tambak Johor adalah satu strategi yang sangat rapi yang dicetuskan oleh Tun Dr. Mahathir untuk bersaing dengan Singapura selain ia adalah ibu segala akses pembangunan di sekitar Johor Bahru Selatan. Strategi yang diperhalusi oleh profesional-profesional korporat sebagai ‘maha hebat’ mampu menjana ekonomi yang menggunung dengan aktiviti dagangan pelbagai sektor. Rangkaian pelabuhan di Selat Johor / Selat Tebrau, seperti Pelabuhan Johor (Johor Port), Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan sokongan Tanjung Langsat dan pelabuahan ringan di perairan sungai Batu Pahat, itu semua akan beroperasi dengan hebat apabila tepercahnya Tambak Johor. Apabila keseluruhan Selat Johor boleh diakses dengan laluan perkapalan maka sudah tentunya ramai pelabur akan membina bandar-bandar baru di persisiran pantai selat tersebut.Seperti yang diketahui umum, Jambatan Bengkok melalui pintu masuk Gerbang Perdana yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan terkini akan menghubungkan keseluruhan rangkaian lebuhraya dari sekitar kawasan strategik Bandaraya Johor Bahru hinggalah ke Lebuhraya Utara-Selatan, Pasir Gudang, Lebuhraya sisir pantai Negeri Johor melalui kawaan Kulai, Senai, Link ke 2 hinggalah ke Kota Tinggi-Desaru-Pengerang. Perancangan ini semua dibuat melalui pemerhatian bahawa Tambak Johor akan digantikan dengan sebuah jambatan. Dari segi eko-system, kita dapati tambak Johor yang telah berusia 86 tahun ini telah menghalang laluan air dari timur ke barat, oleh kerana itu hidupan laut di sekitar selat tebrau tidak dapat membiak kerana habitat semulajadinya musnah, secara langsung nelayan persisir pantai termasuklah nelayan melayu dari Kg.Pasir Gudang Baru, Kg.Senibung, Kg. Melayu Kuala Masai dan Nelayan dari kampung-kampung tradisi di persisiran selat tebrau tidak lagi dapat menangkap ikan berdekatan dengan kampung mereka.Ini mengakibatkan ekonomi mereka terjejas. Selain dari itu peternak-peternak ikan dan kupang dalam sangkar juga sering menghadapi masalah kerana kualiti air di selat tebrau ini sudah terlalu menurun.Kita mengharapkan dengan merobohkan tambak Johor sedia ada dan di gantikan dengan jambatan baru masalah kualiti air di peraitan selat tebrau akan betambah baik. Pergerakkan Pemuda UMNO cawangan Tmn.Mawar dengan ini mengusulkan supaya kerja-kerja membina Jambatan Baru bagi menggantikan tambak Johor di teruskan juga walau dengan apa cara sekalipun demi untuk masa depan generasi dan maruah anak negeri Johor. Sekain, Wabillah hi taufik wal hidayah wassala mualaikum wbkth. Mohon di bahas dan diluluskan usul ini. HARI INI BAGINDA SULTAN JOHOR MENGARAHKAN SUPAYA DI BINA JAMBATAN BAGI MENGGANTIKAN TAMBAK JOHOR. Sultan Ibrahim bertitah, usaha menaik taraf Tambak Johor dengan membina jambatan tersebut amat penting bagi institusi Kesultanan Johor dan sentiasa ditunggu-tunggu oleh rakyat negeri ini sejak dahulu. "Saya yakin seluruh rakyat Johor berasa gembira dengan terbinanya bangunan JB Sentral yang serba lengkap dan indah ini, namun masih terdapat kekurangan dan kecacatannya apabila komponen utamanya iaitu jambatan masih belum dilaksanakan hingga hari ini. "Sekali lagi, saya ingin menyeru kerajaan Persekutuan agar dapat mempertimbangkan rancangan asal pembinaan jambatan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Johor," titah baginda. "Dahulu,Apabila kerajaan mengatakan wujudnya masalah untuk mencari tapak yang sesuai dalam kawasan Johor Bahru bagi memindahkan penghuni Flat Lumba Kuda dan Bukit Chagar agi tujuan perpindahan penduduk untuk di bina CIQ, maka Almarhum ayahanda saya telah memberi keizinan agar tanah milik kesultanan Johor di Kampung Bakar Batu digunakan secara menyeluruh bagi tujuan penduduk yang terlibat dalam projek tersebut. "Saya ingin mengambil kesempatan pada hari ini untuk menyeru kepada semua pihak agar memberi peluang dan keutamaan kepada syarikat bumiputera dan rakyat Johor dalam pemberian kontrak pembangunan yang dijalankan di negeri ini,'' titah baginda. (sumber : Utusan Malaysia 27/6/2010)

2 ulasan:

agbr47 berkata...

Daulat Tuanku. Patik merapak sembah kebawah Duli Tuanku sempena keberangkat mencemar Duli Tuanku ke Segamat pada hari ini. Rakyat menjunjung kasih ke atas Duli Tuanku. Kami berjanji akan mempertahankan kedudukan dan hak-hak Raja-Raja Melayu.

agbr47: Aku di antara rakyat yang masih mempunyai sultan dan berlindung di bawah payung mahkota baginda.

PUTRA MERDEKA berkata...

daulat tuanku !!!