Rabu, 2 Jun 2010

NEGARA BANKRAP ATAU JATUH MISKIN?

Bara-baru ini seluruh rakyat terpinga-pinga dan risau bila Menteri baru di lantik selaku Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) Jabatan Perdana Menteri mengumumkan bahawa pada tahun 2019 negara akan Bankrap. Banyak persoalan timbul antaranya Pertama tentang kredibiliti dan kebertanggungjawaban semua menteri Kabinet DS Najib dalam menangani isu ini supaya Negara tidak bankrap, Kedua apakah istilah yang di gunakan oleh Idris Jala ini tepat. Ketiga adakah dengan pengisytiharan atau amaran ini akan memulihkan keadaan ekonomi Negara, Keempat tidakkah menteri ini berfikir tentang implikasi kepada rakyat bila mengumumkan perkara itu dan pelbagai andaian timbul berkenaan keberkesanan pentadbiran PM dalam hal ini, secara langsung pengumuman ini di gunakan oleh pihak pembangkang untuk memburukkan lagi kepimpinan DS Najib. Atau ADAKAH INI STRATEGI KERAJAAN UNTUK MENARIK BALIK SUBSIDI KEPADA RAKYAT?. Apakah kerajaan sekarang tidak mampu dan mahu lagi menjadi Negara kebajikan kepada rakyat?. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala bahawa negara boleh bankrap jika diteruskan pemberian subsidi kepada rakyat.Beliau berkata, kesan jangka panjang terhadap Malaysia jika subsidi diteruskan adalah akan menjadi negara ini miskin apabila banyak wang dikeluarkan untuk membantu rakyat manakala pendapatan pula berkurangan. ''Saya fikir untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai, Idris telah membesar-besarkan perkara ini kerana bagi saya Malaysia tidak akan bankrap sebaliknya hanya akan menjadi miskin," katanya.Malaysia merupakan antara negara yang memberi subsidi tertinggi kepada rakyatnya iaitu berjumlah RM74 bilion pada 2009.Dr. Mahtahir berkata, bagi memastikan Malaysia tidak menjadi miskin, kerajaan perlu mengurangkan pemberian subsidi kepada rakyat tetapi ia hendaklah dilakukan secara beransur-ansur dan bukannya mendadak. Kepada bapak –bapak menteri cubalah berfikir sebelum membuka mulut, jangan kejar publisiti yang akhirnya negara huru-hara.

1 ulasan:

ariffaiman berkata...

Kenapa masalah negara nak Bankrap atau miskin RAKYAT yg jadi mangsa ?
Wakil rakyat dan ahli parlimen yg jadi HAMBA RAKYAT patut rasa bersalah dgn KETIRISAN, KEBOCORAN kewangan negara.