"Orang dahulu berjuang, pertama hilang, kedua terbilang, tetapi orang sekarang berjuang, pertama cari menang, sudah menang cari wang, dapat wang jatuhkan orang,hidup di awang-awang, akhirnya jatuh terlentang". ~Tan Sri Abdul Aziz Tapa
Selasa, 29 Jun 2010
1: 40 - ARMAGEDDON KERAJAAN MELAYU
Kalau betul lah Kajian Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda UMNO yang mendapati nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak PRU 12 adalah 1 : 40 (satu orang Melayu, 40 bukan Melayu) sepertimana di laporkan dalam Akhbar Berita Harian 28/6/2010.
Maka PRU 13 nanti, bukan lagi Tsunami yang melanda tetapi ”ARMAGEDDON” yang akan menghapuskan Ketuanan Melayu di negara ini akan berlaku. Aku berharap pejuang-pejuang UMNO dan barisan kepimpinan Melayu dalam Barisan Nasional dan Kerajaan melihat perkara ini bukan sebagai satu gurauan sebaliknya adalah satu realiti yang harus di depani dengan penuh strategik dan hikmah.
Pergerakan Muda dalam UMNO (Pemuda dan Puteri) mesti mengambil langkah segera untuk membetulkan keadaan ini, janganlah terlalu banyak berpolitik mempertahankan kedudukan masing-masing hingga soal asas yang amat mustahak ini tidak di lihat dan di ambil tindakkan sewajarnya. Sdr.Ketua Pemuda UMNO Malaysia aku minta gerakkan lah jentera Pemuda kamu untuk membetulkan nisbah ini, hentikanlah perbalahan dengan Ibrahim Ali tu, memangnya kamu tidak layak mempersoalkan perjuangan Datuk Paduka Ibrahim Ali tu.
Hari ini, dalam akhbar yang sama juga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui lebih ramai bukan Melayu mendaftar sebagai pengundi selepas Pilihan Raya Umum 2008 kerana DAP paling agresif menjalankan program pendaftaran pemilih baru, terutama di kalangan belia Cina.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan