Khamis, 10 Jun 2010

KETUA MILITAN PAS MELUDAH KE LANGIT, KENA BATANG HIDUNG SENDIRI

Nak tergelak aku dengar ucapan Ketua militan Dewan Pemuda PAS Pusat nie. Dia menyeru dan merayu agar negeri–negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat tidak memberi kerjasama kepada kerajaan pusat pimpinan BN dalam isu judi, dan menambah, Negeri–negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat mesti dilihat lebih baik dan mulia berbanding kerajaan Persekutuan. Kerajaan Pakatan Rakyat mestilah memberikan komitmen serupa tidak lagi memperbaharui lesen premis perjudian yang beroperasi dibawah wilayah penguasaan mereka. Komen aku. Ucapan sekadar retorik dan memperbodohkan perwakilan yang memang dungu tanpa melihat apa yang sedang berlaku di negeri di bawah pemerintahan PR. Di Selangor terdapat lebih 4, 500 rumah urut, premis judi “haram” dan berlesen. Haram bermaksud ia dilesenkan di bawah kafe siber tetapi dijadikan tempat melakukan pertaruhan. Rumah urut pula berselindung di sebalik lesen pusat kesihatan dan refleksologi tetapi menawarkan kegiatan seks. Bukankah Pas menganggap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz. Jadi sudah berapa banyak premis judi di Pulau Pinang ditarik balik lesen perniagaan mereka oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Di Kedah sendiri yang di bawah pemerintahan langsung Pas masih mempunyai premis judi berlesen dan tidak berlesen. Mengapa Pemuda Pas tidak mendesak Ustaz Azizan Razak untuk mengarahkan PBT menarik balik semua lesen premis judi di sana, Janganlah sekadar nampak kuman di sebarang tetapi bangkai gajah di depan mata buat tak tahu sahaja.

2 ulasan:

Unknown berkata...

ha ha ..pecah pecut gelak dgn puak2 PAS ni , nampak sangat tak tahu tadbir negeri , tapi ada hati nak tawan putrajaya ..

patutnya para pendekar PAS nasihatkanlah Tok guru dorang tu , atau nasihatkan husam , mahfus , hassan ali , anwar aljuburi , atau guan eng , atau kapal sinki ..bahawa judi itu tdk bagus , patut dihapuskan dinegeri2 yg dikuasai pembangkang ,
mana janji2 masa PR ? mana manifesto ?

salah satu tanda munafik ialah apabila berjanji , tidak dipenuhi ..

agbr47 berkata...

Tak payah seru. Memang tak pernah beri kerjasama. Maki hamun ada lah.

agbr47: Judi yang tidak boleh jika bertaraf international. Bertaraf negeri tak ape. Ambik cukai nak buat jalanraya dan jaga keselamatan mereka.