"Orang dahulu berjuang, pertama hilang, kedua terbilang, tetapi orang sekarang berjuang, pertama cari menang, sudah menang cari wang, dapat wang jatuhkan orang,hidup di awang-awang, akhirnya jatuh terlentang". ~Tan Sri Abdul Aziz Tapa
Rabu, 9 Jun 2010
TAHNIAH TOK GHANI DAN TOK ZAINAL - Sekolah Agama Kerajaan Negeri Macamana pula ?.
Kira-kira 8,830 orang guru dan murid di 27 Sekolah Agama Rakyat (SAR) Negeri Johor bakal menikmati pelbagai kemudahan dan bantuan apabila sekolah mereka didaftarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). SAR di Johor mempunyai sebanyak 19 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat dengan 577 guru dan 5,563 pelajar manakala 8 buah Sekolah Rendah Agama Rakyat pula memiliki 208 guru dan 3,227 murid.
Isu ini sudah tertunggak sejak sekian lama, dengan menjadikan SAR ini sebagai SABK maka tenaga pengajar akan menerima elaun, kemudahan dan tangga gaji yang serupa dengan guru-guru di sekolah di bawah kementerian Pelajaran. Dengan perkembangan ini juga secara langsung golongan pelajar akan dapat ditingkatkan lagi kecemerlangan menerusi tenaga pengajar dan infrastruktur serta kemudahan sekolah yang lebih berkualiti dan lengkap. Tenaga pengajarnya pula akan di ambil dari mereka yang berkelayakan setaraf dengan tangga gaji. Di samping itu juga ibu bapa tidak lagi di bebani dengan yuran yang tinggi, bilamana di bawah SAR ibu bapa terpaksa mengeluarkan wang untuk menampung gaji dan elaun tenaga pengajar
Sebagai anak watan Johor yang pernah terlibat dengan sekolah Agama di negeri Johor ini saya amat berterima kasih kepada YB Adun Endau merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman ,yang telah menyambung usaha mereka yang terdahulu untuk membantu sekolah yang 100% muridnya adalah Berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Di kesempatan ini saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Datuk Zainal Abidin, selaku Pengerusi J/kuasa Agama Islam Negeri. Selain dari sekolah- sekolah di bawah kategori SAR dan SABK. Terdapat juga di Negeri Johor ini, Sekolah Agama Kerajaan Johor yang merupakan sekolah pendidikan Islam yang ditadbir terus oleh Kerajaan Johor melalui Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor. Sekolah Agama Kerajaan Johor diwujudkan atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Almarhum Sultan Abu Bakar, masyarakat Islam negeri Johor meraih manfaat yang besar sehinggalah amalan menghantar anak untuk mengikuti pengajian agama sudah menjadi sebahagian daripada budaya orang Johor.Kini, Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor telah diterima oleh masyarakat Islam Johor sebagai satu keperluan walaupun di masa yang sama anak-anak mereka mendapat pendidikan agama menerusi matapelajaran pendidikan Islam yang diajar di Sekolah Rendah dan Menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Justeru itu saya juga mengesa Yang Berhormat Datuk Zainal agar dapat membantu Sekolah Agama Kerajaan Negeri ini mendapat bantuan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, kerana sehingga hari ini lebih 389 buah Sekolah Agama kerajaan Negeri hanya bergantung sumber kewangan daripada Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Negeri untuk menampung kos gaji dan elaun guru serta pembinaan sekolah. Pada masa ini di anggarkan seramai 218,000 orang murid dan 5,000 guru terbabit dengan sistem persekolahan ini. Sebanyak hampir 121 buah Sekolah Agama Negeri yang masih belum mempunyai bangunan sendiri, tindakkan diambil bagi mengatasi masalah kekurangan bangunan sekolah agama yang semakin kritikal dengan guru dan pelajar terpaksa menumpang di bangunan sekolah kebangsaan, masjid dan juga menyewa rumah kedai atau lot bawah rumah pangsa yang di ubahsui sebagai bilik darjah.
Saya khuatir jika tiada campurtangan pusat melalui kementerian Pelajaran suatu hari nanti Sekolah Agama Kerajaan Negeri ini akan terhapus kerana tiada kemampuam kewangan untuk menguruskannya sama seperti nasib yang menimpa Sekolah Agama Rakyat (SAR)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan