"Orang dahulu berjuang, pertama hilang, kedua terbilang, tetapi orang sekarang berjuang, pertama cari menang, sudah menang cari wang, dapat wang jatuhkan orang,hidup di awang-awang, akhirnya jatuh terlentang". ~Tan Sri Abdul Aziz Tapa
Isnin, 28 Jun 2010
CERAMAH PAS JADI CERAMAH AGAMA
Ceramah Politik PAS bertukar menjadi ceramah Agama. Pelik bebenor aku bila menghadiri ceramah Parti hamPAS, tadi. Aku mengharapkan penceramah yang di undang jauh dari Kuala Lumpur yang bernama Azman Sharpawi dapat memberikan ceramah politik tetapi aku hanya dapat ceramah agama, alhamdulilah inilah baru pertama kali aku dapat majlis ilmu dari ceramah HamPAS nie,
Aku risik dari satu mamat dekat ceramah tu kenapa malam nie "tune" si azman sharpawi nie berbeza, dia orang cakap kat aku sebab kat depan tu ada 50 orang pemuda UMNO Pasir Gudang berdiri mengadap penceramah yang bersedia bila-bila masa membalas segala fitnah dan tomahan, jadi penceramah tak berani nak cerita bukan-bukan takut kena baling kasut agaknya.
Cuma satu mamat nie tak puas hati, laporan pada pihak berkuasa dah di buat, permit pun tak dapat tapi pihak berkuasa nie gagal menghentikan ceramah.aku pun turut pelik dan hairan kenapa boleh terjadi macamtu, siapa yang berkuasa sebenarnya?. Seluruh negara pembangkang menjual isu arwah amirulrashid,kugan,konspirasi dan bermacam-macam fitnah terhadap pihak berkuasa namun pihak berkuasa yang dah tak kuasa nie masih bertahan aje, bersunguh-sungguh betul si mamat nie explain kat aku.
Apapun aku ucap tahniah juga lah kat bebudak UMNO nie, sekurang-kurangnya sumbangan mereka malam nie menghentikan segala ceramah politik yang menfitnah, tukar ceramah agama maka dapat pahala lah orang-orang yang datang dalam majlis ilmu tu. Jadi akan datang aku cadangkan kalau ada ceramah PAS jemputlah pemuda UMNO datang sama duduk depan-depan penceramah pasti penceramah yang berniat untuk menabur fitnah tu akan tukar "tune"nya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan