"Orang dahulu berjuang, pertama hilang, kedua terbilang, tetapi orang sekarang berjuang, pertama cari menang, sudah menang cari wang, dapat wang jatuhkan orang,hidup di awang-awang, akhirnya jatuh terlentang". ~Tan Sri Abdul Aziz Tapa
Selasa, 29 Jun 2010
PEMUDA DAP CEMAS PENDEDAHAN 1: 40
Hari ini Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke, menafikan dakwaan biro keahlian dan daftar pemilih pemuda UMNO bahawa nisbah pengundi Melayu dan bukan Melayu 1:40 dan menganggapnya satu kenyataan bebaur perkauman
Apa hal si bedebah Anthony Loke nie, meroyan tak tentu pasal, Kalau tak ada muslihat tertentu kenapa DAP macam cacing kepanasan pulak. Apa kena mengena nisbah 1: 40 dengan perkauman. Apakah menjelaskan kajian yang di buat tentang data pemilih semasa di anggap sebagai perkauman?. Kenapa pemuda DAP takut dengan pendedahan ini. Apakah dia khuatir dengan tindakkan yang bakal di ambil oleh Barisan Nasional dan UMNO dalam usaha menambah jumlah pengundi melayu?.
Mungkin Loke takut 4 juta orang muda melayu yang belum mendaftar mengundi akan keluar untuk daftar mengundi. Dan kalau ini terjadi harapan dan angan-angan DAP untuk menguasai Putrajaya pastinya bertambah sulit. Rancangan sulit DAP ialah mendaftarkan seberapa ramai pengundi cina agar mengatasi jumlah pengundi melayu terutama di kawasan Bandar dan Pinggir Bandar, sampai masa pilihanraya isu perkauman akan di mainkan, isu pemberian tanah di Perak akan di jadikan modal untuk menarik sokongan orang cina. Isu pembangunan Kg.Baru di Kuala Lumpur di jadikan modal supaya orang cina menolak kerajaan Barisan Nasional.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
salam alaikum...
MARI KITA RAMAI RAMAI
"KEMPEN DAFTAR PENGUNDI UTK BANGSA MELAYU!!!!!!"
WAHAI ORG ORG MELAYU...
MARILAH DAFTAR SBG PENGUNDI!!!
DEMI AGAMA!!!
DEMI BANGSA!!!
DEMI TANAH AIR!!!
Catat Ulasan